Pages

Come and be with me

20110311

Cinta & Perkahwinan

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:45 pm 0 komen dari pembaca
diperoleh:
http://cheahmad.blogspot.com/2009/07/pesanan-imam-al-ghazali-tentang-calon.html



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: “Guruku, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”

Guru: “Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian, ambil lah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.”

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong…

Gurunya bertanya: “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”

Pelajar: “Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya…”

Guru: “Ya, itulah cinta.”

Di hari lain-nya pula, pelajar tersebut bertanya lagi kepada gurunya…

Pelajar: “Apa itu perkahwinan?”

Guru: “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu, tapi, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.”

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut…

Maka gurunya pun bertanya: “Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?”

Pelajar itu menjawab: “Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...”

Maka guru itu menjawab: “Itulah perkahwinan…”

Mari ku ajar kamu... kamu.. dan kamu!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:34 pm 0 komen dari pembaca
Imam al-Ghazali pernah berkata
"Bersungguh – sungguhlah Engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan."

Justeru, sebagai manusia kita dituntut supaya menuntut ilmu dari alam rahim sehingga ke liang lahad. Pembelajaran sepanjang hayat.

Banyak yang telah dibicarakan bagaimana untuk menjadi pelajar CEMERLANG. Acapkali kita mendengar dan melihat bagaimana seorang pelajar cemerlang itu mendapat kecemerlangan. Kita cemburu dengan kejayaannya? Ya, itu perlu. Tanpa perasaan untuk berusaha dan melihat kejayaan orang lain, kita tidak akan bermotivasi untuk meningkatkan diri kita. Kita akan berasa rendah diri dan tidak mampu untuk mencapai segala impian.

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak. Setiap ibu bapa berusaha siang malam mencari rezeki kerana ingin meningkatkan taraf ekonomi dan meninggikan statusnya dengan harapan anaknya itu nanti akan mendapat kehidupan yang lebih baik, kerjaya yang bagus dan boleh berdikari menghadapi dunia yang sangat mementingkan material ini.

Sebagai anak, keperluan kita hanya belajar.. belajar dan belajar...
Kerana ilmu saja yang dapat mengubah kedudukan kita, cara kita berfikir, cara kita menghadapi masa-masa sukar dan akan datang. Dengan ilmu pasti segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

Faktor kecemerlangan:
1. Niat yang betul.
2. Pengurusan masa yang berkesan
3. Pemakanan yang baik dan seimbang
4. Belajar dengan kaedah yang betul
5. Hubungan yang baik antara ibu bapa, rakan dan haiwan.
6. Mendekatkan diri kepada Tuhan.
7. Belajar dengan konsisten.
8. Tidak melakukan perkara lagha (sia-sia).

Innamal a’malu binniyyat…Memang tidak dinafikan skop perbincangan untuk topik ini adalah begitu meluas. Terdapat niat dalam melakukan pekerjaan, niat dalam membina baitul muslim dan sebagainya. Tetapi, di sini suka saya berkongsi tentang niat dalam pembelajaran seorang pelajar yang bergelar muslim. Belajar semata-mata untuk exam? Tidak dinafikan, ramai antara kita tidak punya visi dan misi yang jelas dalam menuntut ilmu. Bagi yang memilih bidang-bidang ilmu yang agak sukar mengaitkannya dgn tugas kita sebagai hamba Allah, tentu sahaja cabarannya agak besar. Semua itu kembali kepada niat kita. Ilmu Allah luas..kembalikanlah semuanya untuk menegakkan agama-Nya dalam semua bidang dan dalam masa yang sama, kita tetap berusaha melengkapkan diri dengan ilmu agama sebagai bekalan untuk menjadi hamba yang terbaik.

"Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia adalah manusia mulia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan."

Selanjutnya ku jelaskan kemudian...

Adegan yang tak ingin ku lihat

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:09 pm 1 komen dari pembaca
Terpulang kepada orang lain.. tapi ini pendapat aku.. benda yang aku memang rasa meluat nak tengok. Kan aku dah cakap.. terpulang.

Entah kenapa aku tak boleh tengok budak2 sekarang ni terjerit-jerit "Boo" kan kawan2 lain. Apa masalah kamu? Bila ditanya takda masalah. Tapi suka nak "Boo" kan orang lain.

Bila seorang buat salah, bukan main seronok. Dari depan sampai belakang tolong "boo" kan.. Aku tak faham dari mana datang perkara macam ni yang perlu nak dibangga-banggakan.

Bila tengok anak dara orang, dah tak peduli da orang tua ada ke tidak kat situ. Kalau boleh nak 'usha' sampai la anak dara tu tengok dan jadi sekutu kamu. Kamu pun suka kalau perempuan tu gedik-menggedik kat kamu.

Kalau orang tua tak nampak bukan main "mesra" kau laki pempuan. Kau ingat Yang Kat Atas tu tak nampak atau buat2 tak nampak? Kenapa dengan kamu ni? Dah serius sangat ke gi skewl nak cari pasangan? atau ragu dengan jodoh yang ditentukan Tuhan?

Kalau yang umur 16 dan 17 lagi la.. boleh kata setiap cermin tinggal separuh. Kotak rokok tak payah la nak sembunyi, kami tahu walaupun kami tak nampak. Kami tahu siapa yg jadi "supplier". Mungkin mata ini ada sepasang, tapi renungkanlah jugak, mana la tak jadi bodoh dan kurang cerdik masyarakat kita, kalau bawah umur lagi dah mula merokok. Nah, nak disalahkan siapa? Ibu bapa? Kolot sangat ayat tu. Sekarang kamu semua cakap "MENYIBUK". Tapi manusia tu memang cepat lupa sebab 'overdose' dengan hisapan rokok tu. Kalau cakap BODOH marah. Tapi memang hakikatnya pun.

Bila nak ke sekolah. Tak pernah nampak ada niat yang ikhlas datang skewl nak belajar. Nak tunggu sampai bunyi loceng baru terhegeh-hegeh nak ke pintu pagar sekolah. Tapi bila nak balik sekolah, 15 minit belum tamat loceng dan masa akhir, kaki seboleh-boleh dah nak sampai pintu pagar. Pulak tak kira dah ada orang tua ke lalu.. Habis sesiapa saja dilanggar..

Bab mencatat nota??!!! Apa tu? Tak relevan langsung. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Orang tua cakap di depan, dia bercakap di belakang. Buat-buat tak dengar. Telinga dah macam bernanah je. Tapi kalau tak suruh menyanyi, bukan main buat konsert walhal suara macam tersepit.

Aku tak faham ni trend zaman sekarang ke atau trend ni dari dulu dah ade, tapi aku yang tak perasan. Serius aku rasa dah terlalu serius masalah mereka ni. Nak kata dari sekolah rendah tak ajar.. tapi hari-hari ke sekolah. Dari mana datangnya bahasa-bahasa dan perangai macam ni?

Pokok pangkalnya hati. Niat. Kalau kita tak nak berubah, tiada apa yang dapat mengubahnya. Ramai antara kita lupa mengingatkan antara satu sama lain. Dan yang telah diingatkan terus leka dan tak mahu sedar dan bangun. Sebab itu kita semakin bodoh.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea