Pages

Come and be with me

20100506

AF ... bila lagi kita nak sedar??

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:21 am
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Akademi Fantasia atau lebih mudah disebut AF. Sekarang ni da masuk AF8. Bermakna dah 8 tahun AF ni bertapak di MAlaysia. Hakikatnya rancangan realiti ni dah makin tawar dan dah tak semenarik masa awal-awal disiarkan di TV. Dinaungi pulak di bawah ASTRO. Makin meriah dan gamat. Kalau tak guna astro macam mana la nak tengok siaran tu. Tak dapek la den nak nolong...

Tapi pada pendapat aku lebih baik tak tengok daripada tengok. Ye, memang lah kita nak lahirkan artis seni yang berbakat. Tapi mungkin agenda yang orang lain tak tau berada di belakang siaran itu.

Manakan tidak, setiap peserta AF akan mempunyai peminat masing-masing yang pada awalnya terdiri daripada ahli keluarga peserta, kemudian diundi pula oleh penonton-penonton.
Apa yang penting, matlamatnya sama untuk mengeluarkan artis yang serba boleh dalam bidang seni hasil RANCANGAN REALITI.

ya, realitinya ramai yang entah sedar atau tidak... atau buat2 tak tau akan hal ni..
Macam yang kita pernah tengok dalam drama "Anak Aku Penyanyi / Popular"... lakonan Dina,Didie Alias dan beberapa pelakon lagi. Drama itu mengisahkan tentang seorang anak perempuan yang nak sangat jadi penyanyi, dan dia pun memang sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi malangnya dia memiliki fizikal yang kurang menarik.
(Badan berisi dan gempal).

Hasil penculikan juri utama daripada Akademi Bintang itu telah membuatkan masing2 sedar akan betapa realitinya rancangan itu.
Agenda memang tlah dibuat dalam rancangan realiti itu, seperti dimasukkan beberapa peserta yang cantik, kurang cantik, berbakat, cun, hensem, macho, gedik dan macam2 lagi. Walaupun begitu, seorang peserta sebenarnya telah dipilih walau macam mana buruk nyanyiannya sekalipun, dia tetap telah dipilih untuk menjadi pemenang musim itu.

Kita berbalik pula kepada kisah rancangan realiti AF kita ni.. Perasan tak lagu2 yang diberi kepada seorang penyanyi tu. Sama dengan kehendak dan personaliti dirinya. Namun, peserta lain pula tak pulak dapat lagu macam tu. Alasannya peserta kena menyanyi pelbagai lagu. Tapi, seorang peserta tu pulak boleh plak bagi lagu yang sesuai dengan jiwanya... Bukan seorang. Tapi rasanya macam2 la alasan yang akan keluar..

Kita pun da tau kan siapa yang akan menang macam tu.. Walaupun undian tu tak naik2 daripada awal sampai ke hujung. tapi last2 orang yang duduk ditangga tercorot tu jugak yang menang. Nampak sangat la betapa realitinya rancangan ni.
Kamu buat la banyak mana pun undian. Yang untung pihak komunikasi jugak. Yang menang pun tetap orang yang telah ditentukan tu jugak. Tapi kenapa masih ramai yang tak peduli dengan pembohongan ini?
Masih berterus-terusan nak tengok rancangan macam ni? itu, tanya la pada diri sendiri.
Ramai yang memang suka buang masa dan suka membazir pada tempat yang bukan sepatutnya...

Hakikatnya bukan AF sahaja.. tapi rancangan realiti yang lain pun macam tu jugak..
Kalau tak percaya, buatlah analisis sendiri...
sampai bila kita nak diperbodohkan oleh media..

Oleh itu, anda fikirkan la mana yang baik dan yang buruk.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea