Pages

Come and be with me

20101210

Sinar Jumaat

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:12 am
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post
Alhamdulillah, hari Jumaat telah kembali lagi.. Semoga lembaran hari ini menjanjikan ibadah yang lebih berkualiti dengan Hijrah baru tahun 1432.


" Tazkirah "

Ubat Pencuci Dosa

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk di atas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hassan Basri mara ke hadapan tabib itu dan berkata, “Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa serta menyembuhkan penyakit hati?”.
Berkata tabib itu, “Ya, saya ada”. Lalu pemuda itu berkata, “Berikanlah pada saya”.
 Berkata tabib itu, “Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu :

Ambil olehmu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha dan giling sampai halus dengan pengetam.

Qana’ah. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa dan tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat.



Mendoakan Saudara

Dari Abu Darda ra bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tiada seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya, kecuali malaikat berkata, dan untuk kamu pula seperti itu”. (HR Muslim).



Mutiara Kata

Abdullah Antaqi berkata 5 perkara termasuk ubat bagi hati iaitu :

* duduk bersama-sama orang soleh
* membaca Al-Qur’an
* mengosongkan perut dengan berpuasa
* solat malam
* merendahkan diri ketika menjelang Subuh

Petua Imam Syafie : Empat Perkara Menajamkan Mata

* duduk menghadap kiblat
* bercelak sebelum tidur
* memandang yang hijau
* berpakaian bersih

4 Jenis Ibu

* ibu kepada ubat adalah kurangkan makan
* ibu kepada kesopanan adalah sedikit berbicara atau bercakap
* ibu kepada segala ibadah adalah sedikit dosa
* ibu segala cita-cita adalah sabar

Renungan

Sesungguhnya hati orang yang beriman itu dapat merasakan betapa sakitnya membuat dosa. Setitik dosa dirasakan bagai gunung yang menimpa. Terasa jaraknya dari Allah makin jauh. Jalannya semakin terpesong. Hatinya resah gelisah. Dia bagaikan mencari sesuatu yang telah hilang. Lalu Allah menunjukkan jalan. Allah memimpinnya. Allah melihatnya. Allah terima taubatnya. Allah mengasihinya. Alangkah indah hidup bersama Ilahi.

Ya Allah, tidakku sedari selama ini cintaMu tak pernah menyepi,
Rahmat dan kasih sayangMu yang tiada bertepi,
Setiap hambaMu tetap Kau sayangi,
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini,
Janji pada hambaMu tak pernah Kau mungkiri,
Maafkanlah,
Redhailah.


Sumber diperoleh: http://sinar.cikedis.com/sinar-jumaat
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea