Pages

Come and be with me

20110416

Masa belajar yang sangat menyeronokkan...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:25 pm 0 komen dari pembaca
Mungkin kenyataan di atas tu memberi gambaran kepada setiap orang. yang nyata itulah pendapat aku. Masa sekarang, mereka yang bergelar pelajar memang la rasa bosan giler.. kalau boleh nak cepat2 je habis sekolah.. tak mo dah tengok buku.. belek2 buku setiap hari.. ada yang sampai kata malas da nak tengok buku...

ERmmm... terpulang la pada setiap individu tu kan.. tapi pendapat aku sendiri, waktu sekolah tu la masa yang sangat menyeronokkan.. masa yang sangat berharga, dan masa yang sangat seronok untuk melalui perkara2 yang menyeronokkan...

Mestilah, selain dapat jumpa kawan, tak ada hal lain yang nak kena fikir. Masa yang ada hanya nak diperuntukkan untuk belajar. Ye, ada masa kadang2 kena uruskan hal rumah, macam tolong ibu bapa kemas rumah, jaga adik2 yang masih kecil. Tapi semua tu kan ibadah. Anggap semua tu pengalaman kite. Dan kite perlukan kemahiran2 asas tu ntuk masa2 akan datang. Apa salahnye pun.. tak payah nak berkira...

Masa sekolah plak, belajar je la... tak tau tanya.. bila ada masalah belajar tanya je la pada guru. Tak susah macam bila dah keje.. banyak perkara nak fikir. TU belum yang dah kahwin, ada lagi tanggungjawab lain yang nak kena pikul. Nak kena cari duit, berlawan antara keinginan dan keperluan.

Ah, pelajar sekarang kurang fikir kesusahan ibu bapa. Masing2 hanya tau mintak itu ini. Kemudian, tak fikir langsung nak bersungguh2 dalam pelajaran. Bila keputusan keluar, gagal.. salahkan saja guru.. Padahal semua perkara dia ambil mudah.

Tak sedar diuntung..
Rugi jadi manusia yang tidak berfikir dan kurang menggunakan akal untuk berfikir. Sedangkan Allah dah bagi otak untuk digunakan. tapi masih tak nak menggunakan dengan sebaiknya. Suka buat sesuatu perkara tanpa berfikir. yang kemudiannya merosakkan diri sendiri.. pulak tu tak sedar dengan kekurangan diri...

Sesungguhnya, belajar masa peringkat sekolah memang sangat seronok, lepas dah habis sekolah, tak mungkin akan masuk semula ke sekolah.. Lumrah...

Kerenah, Gelagat, dan terGELIAT

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:55 am 0 komen dari pembaca
Dunia hari ni terlalu mencabar bagi seorang guru. Mcm aku. Tak pasti la kawan2 yang lain. Memang setiap kerja ada cabaran masing2.. Apepun bersyukur la sebab kite dapat jugak kerja akhirnya. Dan aku paling bersyukur sbb tak pernah tak bekerja...

Bersyukur sebab masih guna sebahagian otak ni utk berfikir ke arah yang baik dan menjana sesuatu tindakan yang baik.

Erm.. hari2 aku melihat tingkah laku pelajar yang diluar bandar. Jauh dari bandar yang pesat. Jauh dari hiruk pikuk deretan kereta yang sibuk Beruntung sangat mereka ni. Tapi apa yang aku perhatikan, mereka ni adalah kebanyakannya anak peneroka. Boleh dihitung dengan jari penjaganya yang bekerja selain tu. Namun, masih lagi mereka lupa akan sesuatu hal yang penting. Kebanyakan mereka masih berada di zon selesa.

Berada pada ZOn Selesa yang aku maksudkan disini adalah dari segi tujuan utama (niat) mereka. Amat malang bagi mereka kerana tak sedar akan kelemahan diri sendiri. Puas aku bagitau pd mereka yang bahawasanya jika mereka tidak mahu mengubah nasib mereka, tidak akan ada orang lain yang dapat mengubahnya.

Sebagai guru dan pendidik, melihat anak bangsa menjadi orang yang berjaya adalah harapan kami dengan tulus ikhlas. Aku tak pernah ada niat lain datang ke sekolah. Memang tujuannya untuk menyedarkan anak bangsa ini dari terus leka dibuai mimpi indah yang masih belum kesampaian. Aku masih cuba dari hari ke hari.

Marahku tidak pernah berpenghujung niat untuk melukakakn hati mereka. Tetapi niatku hanya untuk menyedarkan mereka. Aku harap suatu hari nanti mereka pasti sedar dan diharap kesedaran itu belum terlewat.

Yang nyata, bila pelajar tidak berjaya, guru disalahkan. Mengapa? Sedangkan guru sudah bertungkus lumus untuk mendidik pelajar, menggunakan kepelbagaian keadah2 pengajaran, menganalisis pelajar dari pelabagai aspek perwatakan dan masalah. Namun, guru masih terus dianggap SALAH.

Ibu bapa yang nyata mengharapkan kejayaan anak2 ini, kurang menyedari bahawa anak mereka terdapat sebilagannya mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan. Kalaula mereka tahu akan usaha ibu bapa mereka ini, sudah tentu mereka sedar dan bangun untuk keluar dari kehidupan disini. Tapi masih ramai yang lupa akan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Mereka ambil mudah. Mereka tidak pernah berfikir akan kesusahan ibu bapa mereka. Allahuakbar!

Aku masih di sini, mencari jalan terbaik untuk mengeluarkan mereka dari mimpi indah yang ngeri ini. Semoga jalan penyelesaiannya mereka temui.

Insya Allah

Selamat Pagi

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:36 am 0 komen dari pembaca
Kedengaran macam pelik kan bunyi nya sbb masa aku taip tulisan ni pada pukul 12.34pg. Betul la dah pagi..
Agak lama tak 'update' tulisan ni.. dah 5 minggu aku biarkan. rasa dah berkulat..
aku tengok blog kawan2 semua 'update' .. huhu.. aku tak sempat lagi.. ni la baru terdaya.. ni pun sebab cuaca agak panas kat luar tu.. mungkin nak ujan.. atau mungkin aku je beranggapan macam tu.. harap2 takde la perkara pelik2 nak berlaku...

Jumpa lagi dalam tulisan seterusnya... hikhik
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea