Pages

Come and be with me

20100814

Kejinya Fitnah!!!!!!!!!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:52 pm 2 komen dari pembaca
Rahsia Shaliza... inilah bukti betapa kejinya fitnah itu!!!!
aku menyampah betul dgn fitnah.

Sampaikan orang yang tidak bersalah, dihina, dipulaukan..
dan kenapa masyarakat kita mudah sangat dengar fitnah.

Bila hati manusia ingin mengejar sesuatu, memfitnah orang lain adalah jalan mudah.
Di dunia ini... Hanyalah sementara bagi orang yang mengejar dunia.
Tapi, lihatlah nanti pembalasan fitnah terhadap golongan-golongan itu..

Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui...

Tunggulah balasan yang akan dibalas oleh Tuhanmu.

Tips Sihat Ketika Berpuasa

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:40 pm 0 komen dari pembaca
Artikel ini hanyalah sedikit panduan dan tips makan yang sihat untuk anda lalui bulan Ramadhan ini tanpa ada sebarang masalah.

Semasa bulan Ramadhan ini diet kita tidaklah perlu banyak berbeza daripada diet-diet harian kita sebelum ini. Kita mesti maintain berat badan. Tapi bagi mereka yang overweight bulan puasa ini sangat baik untuk mereka menurunkan berat badan. Dua hidangan sehari mungkin boleh membantu.

Untuk diet yang membantu kita menahan lapar lebih lama, amalkan makan makanan yang dicerna secara perlahan dan banyak serat. Contohnya makanan yang mengandungi bijirin seperti barli, oats, gandum, kacang dan nasi. Makanan yang banyak serat adalah seperti gandum, kacang, sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan kering seperti prun dan almond.

Makanan yang digoreng tidak berkhasiat dan harus dihadkan kerana ia boleh menyebabkan percernaan tidak sempurna, pedih hulu hati (heartburn) dan masalah berat badan.

Apa yang harus anda elakkan:

  • Makanan yang digoreng dan berlemak.
  • Makanan yang mengandungi banyak gula.
  • Makan berlebihan (terutama semasa sahur).
  • Minuman banyak kafein semasa sahur. Teh dan kopi menyebabkan anda kencing lebih banyak. Ini menyebabkan mineral yang diperlukan badan turut hilang dalam air kencing.
  • Merokok.

Apa yang anda dinasihatkan untuk amalkan:

  1. Makan banyak karbohidrat kompleks supaya lebih tahan lama.
  2. Makan kurma. Mengandungi kandungan gula, serat, karbohidrat, potassium dan magnesium.
  3. Makan pisang. Sumber potassium, magnesium dan karbohidrat yang baik.
  4. Minum banyak air atau jus buah-buahan sekurang-kurangnya antara buka puasa dan sebelum tidur.
  5. Semasa buka puasa, makan makanan yang ringan seperti bubur, buah atau kurma dan minum. Selepas Maghrib, barulah makan makanan yang berat.

Makan makanan untuk makan malam semasa bersahur. Ini penting bagi memulakan hari anda. Tapi masalahnya ramai yang tidak dapat bangun atau makan makanan yang berat semas bersahur.

Selamat Berpuasa..

Gaza Palestin... Hatiku terusik

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:03 pm 0 komen dari pembaca
Bila menonton M3 minggu ini (14 Ogos 2010), aku tergamam melihat usaha pihak sukarelawan yang bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat Palestin. Begitu juga dalam usaha mereka untuk masuk ke GAza dan terpaksa melalui pengalaman getir ditahan selama 8 hari.

Betapa sukarnya untuk memberi bantuan kepada mereka. Akhirnya hanya barangan bantuan sajaha yang dapat dibawa masuk. Hal yang ingin aku perjelaskan di sini bukanlah tentang bantuan dan sukarnya perjalanan itu. Tetapi apa yang lebih penting adalah kesedaran kita terhadap kesusahan Gaza yang masih dikepung.

Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membantu mereka supaya dapat bebas dari sempadan tembok tinggi yang mengasingkan mereka terus daripada dunia luar.
Ini memperlihatkan juga pengaruh pihak Mesir yang bersekutu dengan musuh utama dunia itu. Mungkin kerana Mesir sendiri sudah rasa bersalah tetapi terikt dengan perjanjiannya itu. Atau mungkin juga disebabkan Mesir rela untuk mengikut telunjuk musuh dunia itu.

Mengapa kita masih merasa gembira sedangkan saudara-saudara seagama kita menderita kerananya. Kenapa rakyat kita masih tidak peka dengan keadaan ini? khususnya remaja kita yang sedang leka dengan kelalaian masing-masing.. Entahlah.. kadang-kadang aku fikir apa agaknya yang akan membuatkan remaja kita sedar dan berubah. Mungkin dengan terjadinya perang seperti di Gaza, Palestin agaknya bagulah remaja kita buka mata, buka minda.

Walaupun seperti yang dilihat tidak seperti perang, tetapi dalam hati dan fikiran mereka.. mata mereka sudah nampak akan penderitaan yang dialami.

Bersatulah kita !!!!!

Lapar vs. Puasa

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:26 pm 0 komen dari pembaca
Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak: perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berkata Dzunnun: “Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.

Berkata ‘Aisyah r.aha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”

Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.

Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah: “Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata: “Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”

Diriwayatkan dari Amir bin Qois, bahawa dia berkata: “Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”

Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah: “Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”Beliau juga berkata: “Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal solehnya.”Beliau berkata lagi: “Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”

Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya: “Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”

Berkata Abu Imran Al-Juwaini: “Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”

Beliau berkata: “Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”

Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”

“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea