Pages

Come and be with me

20101203

Sepetang di bulan Disember...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:23 pm 0 komen dari pembaca
Sebenarnya memang tak ada topik yang nak dibualkan, tapi disebabkan waktu ini agak lapang.. dan belum pun aku nak fikir beban.. jadi menulis sebentar semasa teringat.

Musim hujan dah melanda di Johor Bahru ni, bersiap sedia la eak, mana tahu banjir datang. Tak sempat pulak nak alih barang.

Memang sibuk mana pun, mata aku suka nak baca blog orang lain. tengok bahasa dan penulisan mereka. Cara mengolah ayat dan menimbulkan isu. Tapi, yang pastinya isu politik menjadi pilihan. Ye, tiba-tiba mataku terbaca alkisah penulis blog ni cakap pasal "Betina Bodoh". Wah, bukan main hebat ayatnya. Sekaligus menunjukkan sikap sebenar sang penulis itu. Mungkin dia benar-benar marah. Rata-rata ramai yang tidak setuju dengan corak pemerintahan negara ini.

Pun aku masih belum pasti di mana tahap kematangan sebenar penulis atau pemerintahan negara ini. Yang kadang-kadang terfikir di benakku ini, selagi pemerintah tidak mengagihkan saluran dana (kewangan) kepada parti-parti pembangkang dan mencabar mereka untuk menggunakan bajet yang ada untuk disalurkan ke jalan yang dirancang, parti pembangkang tidak dapat menunjukkan kehebatan masing-masing.

Memanglah, apa yang diharap adalah kualiti kepimpinan. Namun, secara tidak langsung, modal kewangan adalah hal yang penting untuk terus membangunkan sesebuah parti.

Hakiktnya, aku menulis tidak pro mana-mana. Melihat senario yang terjadi di negaraku ini membuatkan kadang-kadang naluri ini ingin bercakap juga.

Kalau hanya menuding jari kepada pihak sebelah, tidak akan ada jalan penyelesaiannya. Kenapa tidak bersama-sama mencari sesuatu yang mewujudkan jalan persatuan? Adakalanya kita terlalu berat sebelah. Menyatakan hal ke dunia luar untuk menunjukkan siapa kita di mata mereka. Namun, kita tidak sedari masalah yang sebesar gajah di mata kita.

Kita katakan hal yang remeh. Tapi sebenarnya, itulah kuman. Kuman yang akan menjadi virus. Sampai bila kita dilihat mementingkan diri sendiri, dan rela dicemuh? Kenapa tidak kita bersatu dalam keamanan dan kedamaian?

Bukankah ini hal yang menguntungkan?

Jumaat yang Mulia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:09 am 0 komen dari pembaca
Salam Jumaat saudara saudari semua..
Semoga akhir jumaat ini telah memberikan kita pelbagai ilmu dan pengalaman.
Tidak lupa juga,sekiranya ada hari-hari yang bakal datang...
Ingatlah kita dalam mempersiapkan diri di hari Jumaat yang mulia ini.

Bukan menanti cuti di hari Sabtu & Ahad saja ye.. Semoga amalan kita sebelum hari Jumaat ini benar-benar berkualiti dan diterima. Insya Allah.

Selamat Menunaikan Solat Jumaat kepada kaum Adam. Jangan ada yang tak ke masjid pulak ye...
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea