Pages

Come and be with me

20101110

Guru dan kemana Posting nya?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:21 am 0 komen dari pembaca
Hai.. bila baca comment kawan2 di fb, aku selalu terfikir.. apa yang lebih, apa yang kurang, apa salahnya kami?

Kenapa wujudkan course yang macam bagu tapi tak dapat tempat pun dalam pengambilan.
Masa aku nak di'interview' hari tu pun aku dikhabarkan dengan perkara yang sama...
Kenapa ya?

Kenapa KPLI yang memang ada ilmu tertentu, tapi kami yang belajar lama dalam course kami ni macam dianaktirikan?
Apa yang bagus sangat dengan mereka? Mereka sama je dengan kami. Kenapa mereka didahulukan?

Kami pun belajar di tempat yang sama? CUma bezanya kami ni tahap sarjana muda pendidikan.

Masa nak ditemuduga tu pun, pegawai sumber manusia pendidikan bahagian perlantikan cakap mereka nak yang dah ada Sarjana atau berserta diploma pendidikan?

Apa yang kureng sangat tentang kami? Mengapa kami menjadi mangsa eksperimen Universiti2 seperti ini? Kami rasa macam terkilan...
Kalau begitu, mengapa tidak dijumudkan sahaja course ini? Terus di "space"kan untuk Sarjana Pendidikan sahaja.. Kan mudah! Tak menyakitkan hati, membazir duit dan membuang masa kami.

Mereka (yang dimaksudkan saya) ibu bapa kami, amat berharap supaya kami dapat menjadi guru, dan mengajar anak didik. tapi orang lain, tak tahu apa nasib kami....

Kami menunggu dan terus menunggu.... ibarat pungguk yang rindukan sang bulan....

Kemudian, bila keputusan dikeluarkan.... Dicampaknya kami ke merata-rata...
Sedangkan kami tahu keperluan sekolah di Semenanjung...

Yang paling lawak sekali adalah, mereka melihat keputusan SPM yang sudah 8-10 tahun tu. Zaman dah berubah, kalau ye pun, takkan la nak tengok keputusan yang 10 tahun sudah. Penguasaan bahasa inggeris dah pun semakin meluas. Kenapa tidak dilihat keputusan paling terkini? Sekurang2nya upgrade keputusan MUET.

Tak mengapa kawan2 sekelian... Kita berdoa... dan dalam pada itu, jangan merasa kecewa... buatlah apa sahaja yang boleh.. kalau mungkin terus berharap... entahkan jadi.. entahkan tidak...


p/s: bersabar sebahagian daripada iman.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea