Pages

Come and be with me

20101112

Etika Makan : 3 Aturan Agar Sukses Berdiet

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:34 pm 0 komen dari pembaca
Tidak hanya sekadar buah-buahan, sayuran, ataupun daging tanpa lemak, yang dapat mempengauhi berat badan Anda. Para peneliti menemukan bahwa cara kita makan juga dapat memiliki dampak besar pada lingkar pinggang.
Cuba Anda ingat, apakah Anda sering makan sambil berdiri di meja dapur? Atau kerap menikmati makanan ringan di depan TV? Atau langsung merasa lapar ketika Anda mencium sesuatu yang beraroma sedap?

Tiga penelitian terbaru menunjukkan bahwa sedikit kesadaran mungkin dapat membantu Anda menurunkan berat badan.

1.
Duduklah, dan nikmati sendiri.
Gaya makan sambil berdiri atau sambil duduk ternyata memberi kontribusi besar pada banyaknya makanan yang Anda asup. Dalam sebuah percobaan, para psikolog dari Kanada memberikan makanan dalam jumlah yang sama kepada orang-orang, baik yang duduk di meja atau berdiri di dapur meja.

Para peneliti menemukan bahwa partisipan yang makan sambil berdiri, 30 persen makan lebih banyak dibanding mereka yang duduk. Menurut Patricia Pliner, PhD, seorang profesor psikologi di University of Toronto Mississauga dan penulis utama studi tersebut, salah satu alasannya mungkin karena makan sambil berdiri membuat makanan lebih terasa seperti camilan. Ia juga mengingatkan untuk tidak makan dijalan. Karena, saat Anda makan dijalan maka Anda akan merasa seperti tidak makan, sehingga membuat Anda mempertimbangkan untuk makan kembali.

2.
Menghirup, tetapi bukan menikmati.
Para ilmuwan di Yale University School of Medicine baru-baru ini menemukan bahwa ketimbang rasa, aroma makanan lebih dapat memicu area otak yang berbeda. Tentu saja ini, dapat menimbulkan masalah besar bagi orang-orang yang mudah sekali mengalami berat badan.

Aroma mengaktifkan sirkuit yang dirancang untuk membuat kita mencari makanan, yang secara psikologi dapat memicu hasrat untuk makan, kata Dana Small, PhD, seorang profesor di Yale yang melakukan penelitian. Dalam penelitiannya dia menemukan bahwa aroma makanan dapat menempatkan seseorang ke dalam kondisi gelisah, seperti mengebu-ngebu ingin memakan coklat.

Karena itu, Anda perlu menyedari kekuatan hidung Anda. “Anda dapat mengurangi rasa terpengaruh terhadap aroma makanan yang menggoda - pada otak Anda dengan berulang kali mengabaikannya," ungkap Dana.

3.
Makan dengan Sadar.
Sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior menemukan bahwa asupan kalori seseorang dapat meningkat hingga 71 persen ketika mereka makan di depan televisyen. Brian Wansink, PhD, seorang profesor di Cornell University dan penulis Mindless Eating, menjelaskan bahawa mengunyah sambil menonton TV atau bahkan membaca akan menjadi idea yang buruk karena dua alasan.

Pertama, Anda cenderung tidak memperhatikan berapa banyak makanan atau sukatan bekas yang sudah Anda makan.

Kedua, Anda sering tidak berhenti makan sampai akhir acara, terlepas apakah perut Anda sudah penuh.

Jika Anda terbiasa memakan camilan selama acara kesayangan Anda, pilihlah camilan rendah kalori namun kaya serat, seperti buah anggur ketimbang makanan padat kalori seperti es krim atau keripik.

Dan jangan pernah membawa atau meletakan seluruh kemasan makanan di sofa, tempat Anda duduk. Cukup ambil segenggam atau letakan di mangkuk kecil.

diperoleh daripada: http://conectique.com/tips_solution/diet_nutrition/diet/article.php?article_id=8912 (bahasa ditukar supaya lebih mudah difahami)

sayangi mata anda

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:01 pm 0 komen dari pembaca
1. Sekiranya anda menonton televisyen, pastilan anda duduk tegak dan jarak anda tujuh kali lebih jauh dari televisyen.

2. Semasa membaca dibilik bacaaan, pastikan lampunya tiga kali labih terang daripada lampu diruang tamu. Jangan sesekali membaca ditempat yang gelap.

3. Elakkan mata terdedah terlalu lama dihadapan komputer. Masa yang banyak terdedah kepada komputer biasanya akan lebih cepat rabun. Sebagai penyelesaian, rehatkan mata beberapa minit dari mengadap komputer. Duduk tegak dan pastikan komputer berada diparas mata yang sesuai, bukannya mendongak mahupun menunduk.

P/s:Elak sebelum teruk.

Untuk yang buta Sejarah Malaysia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:12 am 0 komen dari pembaca
Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²).

Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[2] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan.

Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu.

Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster, dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[2] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.

Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia.

Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Asal-usul nama

Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "tanah bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Melayu.

Pada tahun 1850, seorang ahli ethnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl mencadangkan agar kepulauan Indonesia dinamakan Melayunesia atau Indunesia ketika mengarang Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (Jurnal Kepulauan Hindia dan Asia Timur). Beliau menggemari Melayunesia demi kemudahan pihak kolonial. Berikutan ekspedisinya di Oceania pada tahun 1826, pelayar Perancis, Jules Dumont d'Urville mencipta istilah Malaysia, Micronesia dan Melanesia untuk membezakan budaya dan gugusan pulau Pasifik daripada istilah Polynesia yang sedia ada. Pada tahun 1831, beliau mengusulkan istilah-istilahnya kepada Société de Géographie (Persatuan Geografi). Dumont d'Urville menyifatkan Malaysia sebagai "kawasan yang lebih dikenali sebagai Hindia Timur".

Ketika itu, adalah dipercayai bahawa kesemua penduduk kawasan berkenaan boleh dipanggil "orang Melayu" sama sekali, selaras dengan konsep kaum Melayu ketika itu, yang bertentangan dengan takrifan masa kini yang memerikan "Melayu" sebagai kelompok etnik yang seragam budayanya, bertutur bahasa Melayu dan tinggal di pantai timur Sumatera, Kepulauan Riau, Semenanjung Melayu dan pesisiran pulau Borneo. Istilah "Dunia Melayu" pula digunakan sebagai gelaran kepada keempat-empat kawasan tersebut pada keseluruhannya, iaitu bersinonim dengan Nusantara.


Malaysia ialah sebuah negara beraja elektif berperlembagaan persekutuan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, ketua negara persekutuan. Yang di-Pertuan Agong dipilih dari kalangan sembilan Raja Melayu untuk sepenggal lima tahun; tanpa penyertaan empat negeri lain (Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah) yang hanya dipimpin oleh Yang di-Pertua Negeri.[45] Sistem kerajaan di Malaysia banyak berasaskan sistem parlimen Westminster yang diwarisi daripada zaman penjajahan British.[12]

Kuasa perundangan diagihkan kepada badan perundangan persekutuan dan negeri.

Parlimen Malaysia yang dwidewan terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dewan Rakyat dianggotai oleh 222 Wakil Rakyat, iaitu ahli-ahli yang dipilih oleh kawasan pengundian masing-masing untuk penggal maksimum lima tahun.

Kesemua 70 Senator (ahli Dewan Negara) dilantik untuk penggal tiga tahun; 26 daripadanya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, manakala 44 yang selebihnya dilantik oleh raja atas syor Perdana Menteri.

Parlimen Malaysia mengikuti sistem pelbagai parti dan ahli-ahlinya dipilih menerusi sistem pemenang undi terbanyak. Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia ditadbir oleh parti campuran Barisan Nasional (dahulunya Parti Perikatan).

Selain Parlimen persekutuan, setiap negeri ada sebuah Dewan Perundangan Negeri ekadewan yang mendapat ahli-ahlinya daripada pilihan raya peringkat negeri.

Kerajaan negeri diketuai oleh Menteri Besar untuk negeri-negeri Melayu atau Ketua Menteri di negeri-negeri tanpa raja, yang merupakan ahli dewan undangan negeri dari parti majoriti di Dewan Undangan Negeri. Di setiap negeri beraja, Menteri Besar diwajibkan berketurunan Melayu, dan dilantik oleh Sultan atas nasihat Perdana Menteri.

Pilihan raya parlimen diadakan lebih kurang sekali dalam empat atau lima tahun; pilihan raya umum terkini diadakan pada Mac 2008.

Pengundi berdaftar yang berusia 21 tahun ke atas boleh mengundi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Rakyat tidak diwajibkan mengundi.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kuasa eksekutif terletak di tangan jemaah menteri pimpinan perdana menteri; Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa perdana menteri mestilah seorang ahli Dewan

Cabang kehakiman Malaysia bebas daripada pengaruh eksekutif dan perundangan. Badan kehakiman tertinggi ialah Mahkamah Persekutuan yang dibawahi oleh dua mahkamah tinggi, iaitu satu untuk Semenanjung dan satu lagi untuk Malaysia Timur. Sistem undang-undang Malaysia berasaskan undang-undang am Inggeris.

Sistem mahkamah syariah berasingan dari mahkamah awam, untuk menerima kes-kes yang melibatkan umat Islam di Malaysia.

Mahkamah syariah sama paras dengan sistem mahkamah biasa, dan menjalani pembaharuan yang menyaksikan pelantikan hakim-hakim wanita yang pertama.

Di Malaysia wujudnya perbahasan sama ada negara ini wajar mengamalkan kerajaan sekular atau Islam,memandangkan ada negeri yang meluluskan undang-undang Islam, tetapi tidak berkuatkuasa kerana ditentang oleh kerajaan persekutuan.

Organisasi Antarabangsa

Berikut merupakan senarai organisasi antarabangsa yang Malaysia sertai:

* EAEC sebelumnya EAEG
* EAF
* ASEAN + 3
* ASEAN
* OIC
* Negara-Negara Komanwel
* Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
* NAM

Tokoh utama di Malaysia
Tunku abdul Rahman

1. Dato' Onn bin Jaafar
2. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Hamid Shah
3. Tun Abdul Razak Hussein
4. Tun Hussein Onn
5. Tun Dr Mahathir Mohamad
6. Tun Abdullah Ahmad Badawi
7. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Agama

Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia.

Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang.

Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragama Sikh, dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.

Umat Islam diwajibkan menurut keputusan Mahkamah Syariah untuk perihal berkenaan agama Islam. Hakim syariah sewajarnya mengikuti fahaman perundangan Syafii selaku mazhab utama di Malaysia.

Bidang kuasa mahkamah Syariah terhad kepada hal-ehwal umat Islam seperti pernikahan, pewarisan, perceraian, kemurtadan, mualaf, hak penjagaan anak dan lain-lain lagi.

Tiada kesalahan jenayah atau awam lain yang terletak dalam bidang mahkamah Syariah yang serupa hierarkinya dengan Mahkamah Sivil.

Mahkamah-Mahkamah Sivil (termasuk Mahkamah Persekutuan) selaku mahkamah agung negara pun tidak melayan perihal amalan Islam.

Bahasa

Bahasa rasmi Malaysia dikenali sebagai Bahasa Malaysia, iaitu bahasa Melayu dalam bentuk yang piawai. Bahasa Inggeris pernah dijadikan bahasa pentadbiran negara de facto untuk suatu ketika dahulu, dan masih kekal sebagai bahasa kedua yang kukuh dalam sesetengah masyarakat Malaysia di samping menjadi matapelajaran wajib di sekolah awam.

Penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia berasal dari bahasa Inggeris British, dan banyak digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan. Sesetengah rakyat Malaysia cenderung bertutur dalam bahasa rojak atau Manglish, iaitu campuran pelbagai bahasa di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang fasih berbahasa Inggeris, walaupun sekadar dalam bentuk 'Manglish'. Kerajaan Malaysia menegah penggunaan bahasa rojak dan Manglish.

Rakyat Malaysia bertutur dalam sejumlah 137 bahasa hidup, yang mana 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung.Kaum peribumi Malaysia Timur bertutur dalam bahasa tersendiri yang ada hubungan tetapi berbeza sekali dengan bahasa Melayu.Bahasa Iban ialah bahasa etnik utama di Sarawak manakala bahasa-bahasa Dusun menjadi bahasa asli utama di Sabah.

Bahasa Tamil merupakan bahasa utama masyarakat India di Malaysia. Kaum Cina pula bertutur dalam pelbagai loghat selatan China, seperti bahasa Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Fuchow dan Hainan.

Pendidikan

1. Prasekolah
2. UPSR (darjah 6)
3. PMR (tingkatan 3)
4. SPM (tingkatan 5)
5. STPM (tingkatan 6)

Skop pendidikan adalah luasa di mana warga Malaysia boleh menyambung pelajaran di dalam negara atau luar negara di universiti tempatan (IPTA) atau swata (IPTS).


Negeri
Peta negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia
Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia

Berikut adalah tiga belas negeri dan ibu negeri masing-masing (dalam kurungan):

1. Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
2. Kedah Darul Aman (Alor Setar)
3. Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
4. Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
5. Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
6. Pahang Darul Makmur (Kuantan)
7. Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
8. Perlis Indera Kayangan (Kangar)
9. Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
10. Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
11. Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
12. Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
13. Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)

Wilayah Persekutuan

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Wilayah Persekutuan Labuan
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya


untuk info lebih lanjut, sila ketik http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia.
Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:53 am 0 komen dari pembaca

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea