Pages

Come and be with me

20150710

Ramadhan dan Syawal bagiku

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:07 am
Reactions: 
0 komen dari pembaca Links to this post

Setiap kali puasa.... Aku dah mula fikir apa erti raya...
Untuk kali ni.. Aku masih tak nampak apa erti raya.. Lagi lagi bila kehilangan insan yang ditunggu setelah sekian lama.. Lepas dilahirkan dalam minggu ks 26, dengan berat 735g, selepas 7 hari... Anakanda Murnee ku telah pergi menghadap Ilahi....

Aku menghitung detik detik akhir Ramadhan ini dengan penuh tanda tanya. Bahkan bukan sekali ini saja... Tetapi lebih kepada setelah kami mendirikan rumahtangga. Di mana kegembiraan menjelang Syawal.. Apakah ertinya kedatangan Ramadhan ini...

Kali ini aku hanya sempat berpuasa selama lebih kurang 12 hari... Tempoh berpantang membuatkan aku terus terusan dihambat perasaan sunyi dan kosong... Lagi lagi setelah berada di KL.

Aku sering berfikir di mana salah silapku hingga adakalanya aku melalui seharian sendirian. Bila aku tidur baru suamiku pulang... Adakah lebih baik begini? Aku ingin sekali berbual bual... Bukan mempersoalkan apa saja benda dalam telefon pintar ini.

Bila siang disoal ditanya.. Buat apa.. Buat apa.. Bukan itu soalan yang aku mahu dengar... Bukan itu sahaja!

Apa salahnya jika pulang awal dan membantu aku meringankan sedikit kerja di rumah. Jika tidak ajak lah aku berbual.. Bercerita... Tapi perkara2 ini tak pernah berlaku.. Perkara2 ini tidak pernah terlintas agaknya. Yang penting telefon pintar.. Gadget ini perlu dilihat.. Ditonton dan diselidik.. Adakah aku ini sedang menyembunyikan sesuatu....

Mengapa tidak pernah nampak apa yang ada diwajahku ini? Mengapa tidak pernah melihat ketulusan aku dalam hubungan ini?

Aku bertanya lagi tentang Ramadhan yang kian pergi tidak lama lagi... Sesepi hati ini... Cuma 12 hari itu aku benar-benar dapat memenuhi janjiku untuk membaca alquran. Walaupun tidak mampu menghabiskannya.. Setidak tidaknya dapat ke separuh. Inilah pertama kali seumur hidup dapat aku habiskan masa untuk beramal ibadah sepanjang bulan Ramadhan.

Entah mungkin aku belum pasti aku masih sempat untuk menemui Ramadhan akan datang..,.

Aku cuma melihatnya dengan perasaan kosong... Melaluinya.. Mengikutinya dengan perasaan yang aku tidak mampu untuk gambarkan...

Tidak membawa sebarang erti jika aku melaluinya berterus terusan begini.....

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea