Pages

Come and be with me

20110523

Pelajar itu...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:05 pm 0 komen dari pembaca
Ketika peperiksaan sedang berjalan aku merenung ke arah seorang pelajar tingkatan 1 kelas itu. Kertas yang dijawabnya bersaiz A3, berbanding rakan-rakan sekelasnya yang lain menjawab di dalam kertas A4 sahaja. Memang pelajarku ini mengalami masalah penglihatan yang agak teruk.

Namun apa yang diperlihatkan adalah usahanya untuk terus menimba ilmu dan menjawab soalan peperiksaan. Nak dibandingkan dengan pelajar lain, masing-masing kalau boleh nak meniru, nak berbincang dan kalau boleh tak nak jawab soalan peperiksaan.

Pelajar ini dibekalkan kertas A3 oleh ibu bapanya sendiri supaya pihak sekolah tidak merasa terbeban disebabkan oleh pelajar yang satu ini. Pelajar seperti ini ingin berjaya. Tetapi pelajar yang diberi penglihatan yang sempurna tidak mahu berusaha dengan tekun.

Memang adakalanya kekurangan diri atau kekurangan dari sesuatu aspek membuatkan seseorang lebih terdorong untuk berjaya. Kerana dia ingin mengatasi yang lain. Kerana dia ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

Pengajarannya, bersyukurlah kita akan kurniaan Allah kepada kita. Manusia tidak pernah sempurna dan seringkali mencari kesempurnaan. Tetapi adalah lebih baik berusaha dari berharap saja.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea