Pages

Come and be with me

20130529

HAL YANG PASTI DATANG!!!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:42 pm 0 komen dari pembaca

Assalamualaikum wbt....

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog saya. Mungkin kali ini entri yang saya tulis agak hiba. Maafkan saya.

              Dalam kehidupan kita ini Allah beri semua perasaan yang kita perlu rasakan. Ada rasa gembira, seronok, marah, sedih, sakit, pedih, dan pelbagai lagi perasaan seiring dengan ujian serta peringatan yang Allah sentiasa beri kepada kita. Tidak akan ada manusia yang tidak merasa segala perasaan itu. Selagi kita hidup di dunia ini, Allah pasti menganugerahi segala perasaan.

              Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Hal yang paling pasti adalah KEMATIAN. Sejauh mana kita lari dan bersembunyi di balik tembok yang tinggi. Tempat yang paling kebal... Maut tetap akan menghampiri kita. Kita tidak perlukan SEBAB untuk hal ini. Kerana janji Allah itu PASTI.


Seketika kita perlu berfikir sedari kita dihidupkan di dunia ini. Sejak itulah malaikat melihat kita. Mengira detik-detik yang hampir kepada kita untuk menuju Allah yang Esa.


Allah juga memberi ujian kita dalam pelbagai cara. Sama ada kesusahan atau kehilangan. Bagi kita, ujian yang Allah beri sudah terlalu hebat sehinggakan kita meminta Allah untuk menghentikan segala kepedihan dan keperitan. Tetapi sesungguhnya Allah menduga insan-insan lain dengan lebih lagi. Allah menguji kita untuk menjadikan kita insan yang sabra, tabah dan redha dengan qada dan qadarNya. 

          Sebagai insan biasa kita hanya mampu berdoa supaya Allah memelihara kita. Menetapkan hati kita dengan keimanan dan mematikan kita dalam keadaan yang baik. Insha Allah...


Kita tidak dapat mengelak akan hal yang berlaku kerana ketetapan itu datangnya dari Allah sebagaimana kisah ini terjadi... Ada sebuah keluarga yang sangat sederhana. Keluarga ini mempunyai ibu, bapa dan tiga orang anak serta adik kepada ibu itu. Berawal daripada ayahnya yang mendapat sakit sehingga tidak mampu berjalan. Beberapa tahun kemudian, berlaku kebakaran sehinggakan rumah lama yang didiami mereka dan rumah itu hangus dalam kebakaran. Nasib baik mereka semua ketika itu tidak berada di rumah kerana keluar bekerja. Kejadian itu berlaku sebelum bulan Ramadhan. Bayangkan tidak ada apa yang tinggal apalagi pakaian untuk dipakai.

Hasil bantuan orang ramai, keluarga ini akhirnya dapat menyewa sementara rumah di tapak asal kebakaran dibina semula. Alhamdulillah pada awal tahun 2013, rumah yang dibina oleh sumbangan orang ramai dan kerajaan dapat diduduki. Belum pun sempat Ramadhan kali ini... Pada Khamis malam Jumaat = 23hb Mei 2013. Allah menguji lagi keluarga ini dengan kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka. Anak lelakinya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu balik dari tempat kerja. Kejadian ini berlaku sekelip mata.  Sesungguhnya jika kita berada di tempat mereka.... Apakah perasaan kita?

Inilah ujian daripada Allah untuk menguji ketabahan hati hambaNya.



Jika kita dapat merasa kasihan dengan apa yang telah terjadi. Bagi mereka yang mengalami tentulah mereka merasa sangat berat dugaan ini. Kita berdoa semoga Allah tetapkan hati ibu ini... Semoga ibu ini kuat untuk terus menghadapi hari hari yang mendatang. Kita harap ibu ini akan terus mendapat sokongan daripada semua orang terutama keluarga terdekatnya. Sebenarnya bukan harta dan wang ringgit yang kita perlukan sangat dalam kehidupan kita. Apa yang kita inginkan adalah kekuatan dan penghargaan untuk kita terus bertahan dan menjalani hidup ini sehingga tiba pula ajal kita.



Mereka ini adalah saudara terdekat saya. Saya tidak pernah membayangkan kejadian seperti ini akan berlaku dalam kehidupan saya apatah lagi saudara saya. Sesungguhnya Allah telah menunjukkan bahagianNya kepada mereka. Saya tertanya-tanya bagaimana pula nanti bahagian saya dan keluarga saya. Yang pasti saya berdoa dan berharap agar Allah memberi kekuatan untuk ibu saudara saya. Dan saya berdoa berharap kematian yang baik untuk kita semua.


p/s: Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah untuk pemergian saudara saya iaitu almarhum Mohd Zuhairi bin. Mat Hussain. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Insha Allah.


 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea