Pages

Come and be with me

20140624

Lara Hati

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:59 pm 0 komen dari pembaca

Aku ni nampak tak jujur ke?
Terkadang aku menangis sendiri.... walaupun air mata itu terlalu mahal... tapi apalah ertinya bagi orang yang tidak mengerti dan memahami...

Terkadang silap sedikit... lain pandangan..
Tertampar dengan bahasanya.. tercarik hati dengan kata2nya... terkadang bukan terniat pun aku berkata.. tapi lain pula yg dimaksudkannya.. kalau dah lain mungkin tak mengapa... habis bergunung sindirannya.. habis segala kata2 menghunus ke dada....

Mohon mengerti.. aku benar benar terasa.
Niatku ingin bergembira..
Salah sedikit.. dikira berjuta...
Terkadang berasa kesal membuka bicara...

Benar hidup umpama roda..
Tapi aku juga punya bicara..
Yg terkadang tak mampu diungkap
Dan kau baca...
Belum sempat aku bercerita
Kau dah buat andaian kau kita tepat belaka
Manakala aku terpaksa terima telahan yang tak ku tak minta
Entah mengapa hati ini terkadang benar2 terluka
Dek kata2 yang sia sia

Jika engkau mengertiku
Tak perlu ungkap kata begitu
Kerna aku tetap aku!!

20140611

ZALNAS - Indah Khabar dari Rupa

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:12 pm 0 komen dari pembaca

Lebih sebulan yang lalu saya dan suami ke Zalnas untuk menyewa teksi bagi menampung pendapatan kami sebagai pendapatan sampingan dan janaan wang tambahan. Kami telah beruang kali ke sana untuk mendapatkan kepastian akan kereta sewa yang akan kami gunakan.

Pihak yang menguruskan mengatakan semuanya OK dan berjalan dengan lancar dan kereta dalam keadaan yang amat baik sekali. (Terdapat penggunaan amat dan sekali dupaya lebih jelas kata kata menunjukkan bahawa keadaan kereta itu berada dalam keadaan yang sangat sempurna!).

Setelah pembayaran sewa dibuat... pihak Zalnas berjanji untuk menyempurnakan perkhidmatan penyelenggaraan enjin memandangkan kereta tersebut katanya telah lama tidak digunakan. Dan sebelum ini digunakan menggunakan gas ngv.

Kemanisan memandu dan mendapatkan penumpang hanya bertaan selama 2 hari saja.. di mana selepas itu kereta tersebut mengalami masalah pada enjin coil menyebabkan penyaman udara tidak berfungsi dan menjadi panas. Kami minta pihak zalnas mengambil semula teksi yang kami sewa ini.
Baru 2 hari guna dah jadi macam ni.. siapa boleh tahan...

Selama lebih seminggu kami menunggu teksi ini siap dibaiki. Apabila kami bertanyakan hal ini.. sepi.. sini tolak sana.. sana tolak sini... lalu kami mencari kedai yang menyenggara teksi kami itu.. setelah bertanya kepada tauke disitu.. beliau menyatakan pihak zalnas tidak membuat bayaran lagi kepada kedai mereka. Jadi mereka tidak mahu melanjutkan persiapan kereta itu.. kami maklum.. takkan la nak buat cantik2 kalau bayar pun belum..

Bila kami lanjutkan pada pihak zalnas... pihak zalnas buat kami macam bola. Ditolaknya ke sana.. ditolaknya ke sini.. seolah olah tiada penyelesaian bagi masalah ini. Takkan la kalian tak boleh nak bayar.. duit kami dah bagi.. kereta bermasalah kalian buat naya pada kami. Ape ni!!!!

Memang kami mulanya agak berlembut memandangkan kami mahu kan penyelesaian dibuat dalam keadaan segera dan mengikut permintaan kami. Bayangkan kami terima keadaan teksi yang tidak sempurna... biarpun namanya sewa... sewa pun dibayar.. bukan benda FREE. Agak2la dalam berrusniaga.. kami bayar.. kamu beri keadaan yang teruk! Apa kejadahnya semua ni....

Kami masih lagi bersabar... kami menunggu lagi seminggu untuk mendapatkan teksi itu.. masa yang ada terbuang begitu saja.. fikirkan nak dapatkan pendapatan sampingan.. tapi tak selesai... Selepas seminggu kereta itu siap dek sebab nak tunggu bayaran lewat daripada pihak zalnas.

Bila kami mula memandu.. keadaan kereta bertambah tambah teruk.. gear tak nak pegi.. i mean gear bermasalah pulak. Ape ni!!!! Kata dah baiki... tapi keadaan jadi lagi teruk.

Tapi kami masih sabar lagi ni.. marah dah memang marah.. tapi kami masih cakap elok elok pada pihak zalnas... kali ini kami beri amaran pertama.

Selepas kejadian itu pihak zalnas berjanji akan tukarkan kereta yang lain. Kami terpaksa tunggu lagi.. sebenarnya dah hilang mood dengan perangai pihak zalnas yang buat layanan macam ni pada kami.

Selepas 2 minggu kami menunggu... pihak zalnas hubungi suami untuk mengambil teksi lain memandangkan katanya insuran telah dihidupkan dan bla bla bla... sebenarnya kami dah letih dan sangst jelak dengan pihak zalnas!

Hari ni suami datang lagi ke sana seperti yang dijanjikan (janji manismu!!).... Ada bagi tayar botak!!

Agak agak la.. teksi ni nak dipandu setiap hari.. duit dah dibayar.. takkan la tau buat senggara minyak enjin je pihak zalnas oiiiii!!!!! Ingat kami ni tak tau apa2??? Ingat kami ni bodoh... main nak terima je apa yang kalian bagi dalam keadaan yang teruk. Apa ingat kami bayar pakai daun??? Petik petik petik... bayar???? Banyak tak banyak pun.. duit kami dah keluar kan. .. entah mungkin ada yang bergolok bergadai sebab nak daptkan teksi utk sewa bagi tampung kehidupan.. tapi pihak Zalnas amik mudah.. amik tak endah... wahhhhh!!!!

Kami dah rasa benar benar kecewa dengan tahap perkhidmatan pihak zalnas yang amat teruk ditambah lagi dengan sikap pekerja pekerja pihak zalnas yang seperti tak ada muka. Kami datang tidak dilayan. Wah.. anda ingat kami macam peminta sedekah menghadap anda.

Mungkin kami ni masih berfikir lagi.. kalau tidak kami akan suarakan menggunakan perundangan kerana kami benar benar merasa terhina dengan perkhidmatan dan tindakan kalian.

20140610

Ulangtahun Kelahiran

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:33 am 0 komen dari pembaca

Setiap kali meniti usia baru setiap tahun... usia semakin bertambah... Pertambahan usia menjadikan aku bersyukur dengan segala nikmat yang Allah telah berikan. ...

Apa pun ujian dan rintangan daripada Allah adalah cara untuk ku cuba mencari penyelesaian yang terbaik bagi setiap permasalahan..

Pertambahan usia menjadikan aku semakin matang dalam menilai sesuatu yang Allah berikan. Sama ada nikmat atau ujian.. ia penuh dengan hikmah dan pengertian yang aku perlu pelajari dan sesuaikan dalam hidupku. Semoga dengan kehadiran ulangan ujian daripada Allah... aku telah bersia untuk menghadapinya.. sama ada baik atau buruk pun aku perlu terima... supaya nanti aku jelas dapat menilai dan melaluinya dengan hati yang terbuka. .

InshaAllah. .. aku semakin kuat... ditambah dengan kehadiran insan tersayang di sisiku menjadikan aku kuat melalui segala ujian dan rintangan.

Usia mengajar aku untuk bersyukur dan terus bersyukur. Kerana usia bukanlah sesuatu yang perlu disia siakan.. usia ku kini semakin bertambah... Aku bersyukur apa yang Allah telah kurniakan untukku. Aku berdoa semoga hari hari yang mendatang lebih indah dan kami dapat lalui ujianMu dengan sabar dan tenang.

20140606

Menjelang exam

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:10 pm 0 komen dari pembaca

Assalamualaikum. .

Harao kali ni dapat la tulis apa apa.. sebab da lama sangat sunyi.. lepas ni mmg promise nak bagi input2 berguna utk tatapan pembaca bl9g ni.. get ready..
Insha Allah saya akan luangkan masa untuk menambah koleksi pengetahuan berguna untuk anda. Kalau tak banyak.. yg penting ada ilmu yg kita boleh kongsikan bersama...
Tak gitu.....

Lepas buat durian crepe yg tak menjadi dulu.. sedarla akan diri ini bahawa saya memang tak mampu nak buat durian crepe.. mungkin bidang kreativiti saya bukan kat situ.. ape pun.. saya akan terus mencuba untuk menambah ilmu dalam memasak makanan dan resepi lain.

Memang seronok bila kita dapat menambah ilmu.. maklumla.. sifat manusia lumrah fitrahnya memang bersikap ingin tahu.. jadi.. sebagai manusia kita wajib mencari ilmu. Ilmu yang ada perlu dikembangkan dan dikuasai. Baru kita boleh dipanggil pakar. Pakar rujuk.

Tak gitu??? Ha.. ok.. ini dulu untuk momentum blog saya.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea