Pages

Come and be with me

20111002

DUIT bukan segalanya....

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:55 pm 0 komen dari pembaca
Hari ini aku belajar sesuatu yang baru dalam hidup. Bahawa duit itu bukanlah segala-galanya. Pokok pangkalnya adalah ke mana diri kamu berada dan di bawa.

Diceritakan bahawa, sebuah panggilan makanan telah dibuat. Namun begitu, si penerima tersebut entah tidak diketahui ambil atau tidak pesanan itu membuatkan si pemesan berasa sangat lapar. Maka, si pemesan ini telah membuat panggilan skali lagi, namun begitu pada panggilan tersebut baru dinyatakan waktu pesanan. Jadi pesanan itu dianggap baru dinyatakan pada panggilan kedua sebagai pesanan utama.

Nyata bila manusia lapar, manusia akan mudah marah. Hakikatnya benar, oleh itu si pemesan telah turun dan mengingatkan sekali lagi kepada bahagian dapur itu. Kemudian barulah diberitakan bahawa bahagian dapur agak sibuk. Sedangkan sepatutnya nyatakan saja pada awal panggilan tersebut, supaya si pemesan tadi boleh membatalkan saja niatnya itu. Namun, disebabkan hal itu, si pemesan menjadi bengang.

Si pemesan telah menyatakan bahawa dia tidak akan membayar bil bagi menu makanan yang telah dipesan itu kerana telah melebihi kadar masa yang sepatutnya (dikenakan panelti).

Walaupun begitu, mungkin si penerima pesanan itu tidak mahu membesarkan hal ini, jadi dia membawa rakannya di bahagian dapur untuk menerangkan hal tersebut. Apapun alasan, yang si pemesan mahu adalah mahu berjumpa Pengurus.

Keadaan ini telah membuatkan si penerima pesanan berasa malu (mungkin), lalu beredar dengan kawannya dan menyatakan satu perkataan yang terus membuatkan si pemesan sangat tercabar.

Soalnya, ini bukan urusan DUIT. Tapi ini adalah berkaitan dengan prinsip, mematuhi peraturan dan mengikut arahan / prosedur. Jika anda mengutamakan pelanggan, layanla pelanggan anda mengikut kebenaran. Bukan kerana mengikut prosedur / nak menutup kelemahan diri sendiri.

Dalam hidup ini, pelajaran kita tidak hanya bertumpu di sekolah sahaja tetapi di mana-mana kita berada. Jadilah manusia yang tahu menjaga adab dan budi bahasa walaupun kita sedar kesalahan itu bukan kita yang lakukan. Jangan cuba untuk melawan sesuatu yang bukan sempadan kita.

Belajarlah untuk menerima teguran orang lain dan janganlah terlalu takut untuk berkata benar. Jika duit bukan segalanya, maka apa yang penting ialah Budi Bahasa dan sifat kasih sayang.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea