Pages

Come and be with me

20110426

4SS/2011

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:57 am 0 komen dari pembaca
Pengenalan pelajar

Pelajar kelas ini terdiri daripada hampir keseluruhannya lelaki, perempuan lebih kurang 8 orang daripada 33 pelajar lelaki. Kelas ini menggabungkan 2 kelas iaitu Pendidikan Seni & Ekonomi Asas. Yang nyatanya tidak terlalu berbeza perangai mereka.

Seperti yang sedia maklum bahawa kelas ini paling bermasalah. Kes ponteng sekolah (seorang dua saja yang suka buat mcm tu) tapi satu kelas dapat nama. Suka ponteng kelas (tak dinafikan kelas lain pun sama jugak). Tapi paling selalu dengar, pelajarnya malas dan tak mahu belajar. Suka buat bising sesama sendiri.

Seminggu dua kali aku masuk ke kelas ni, hari pertama sekejap sebab ada Ceramah Anti Dadah.

Adapun sekali pernah aku masuk ke kelas ni, aku marah sebab mereka terlalu bising. Tidak memberi perhatian, terjerit-jerit sesama sendiri seperti aku tidak wujud. Dan satu masa suaraku memecah kebisingan kelas itu membuatkan mereka terdiam mendengarkan suaraku yang seakan-akan tersekat. Tersekat antara nada marah dan tangis. Tak mungkin aku mengalirkan air mataku ini. Aku tetap bertahan melihat telatah mereka. Terkaku tidak menyangka aku juga akan seperti itu.

Sungguhpun mereka dilabel macam-macam, aku rasa terpukul untuk cuba membantu mengatasi apa sebenarnya masalah mereka.

Pemerhatian

Melalui pemerhatian setiap kali kelas, didapati memang ada segelintir pelajar yang tidak berminat utk belajar.
Ada juga yang berminat utk belajar tetapi terganggu oleh pelajar yang tidak mahu belajar.
Ada juga pelajar yang ada niat belajar tapi M yang terlalu merajai hatinya.
Ada juga pelajar yang kurang kasih sayang ibu bapa (ibu bapa tidak memberi perhatian)
Pelajar lebih suka ke perpustakaan kerana terdapat banyak ruang utk berehat dan menyejukkan badan.

Kaedah yang cuba dilakukan.....
Melalui pemerhatian sebegini, mungkin ada banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru.
Aku cuba selagi termampu, menggali, mencangkul kaedah2 yang sesuai untuk mereka.

Memang tak dinafikan ada pelajar yang memang tak sepatutnya berada di sini. Mereka layak mengikuti kursus MPV. Mereka tidak ada minat nak belajar, tetapi disuruh oleh ibu bapa masing-masing. Sayangnya pelajar seperti ini....

Aku pernah cuba menguji mereka dengan aktiviti mencari perkataan tersembunyi, rata-rata mereka gemar aktiviti ini kerana dijanjikan dengan hadiah2.
(Mungkin utk jangka masa tertentu sesuai)

Selain itu, aktiviti yang lain seperti biasa dengan menguji minda pelajar, meminta mereka mengeluarkan pendapat. Yang nyatanya pelajar ini tidak lemah seperti yang disangkakan. Mereka sebenarnya mampu berfikir dengan baik. Cuma mereka perlu didorong dengan ayat-ayat positif.

Mungkin kerana mereka telah diisyhtiharkan sebagai pelajar-pelajar bermasalah dan suka membuat masalah, menyebabkan mereka terus leka dengan perasaan malas dan inginkan perhatian.

Pada pendapat aku, memang bukan mudah untuk menjadikan manusia menjadi manusia. Kita sebagai guru, perlu sentiasa berfikir keadah-kaedah yang terbaik untuk pelajar-pelajar ini.

Aku cuba memberi dorongan positif selagi termampu kerana mereka sebenarnya mampu untuk berubah. Harap Allah membuka pintu hati mereka supaya menjadi insan yang berguna terutama kepada diri mereka sendiri.

Insya Allah...

P/S: tiada manusia sempurna di dunia ini.. usahlah kita terlalu berprasangka negatif dan bersangka buruk. Buruk rupanya.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea