Pages

Come and be with me

20120412

Menginjak Kehidupan

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:02 pm 0 komen dari pembaca

Sehari kita menyedut oksigen yang entah kesekian kalinya. Ternyata ia percuma daripada Allah SWT.
Sedari kecil kita telah menyedut oksigen ini. Walaupun adakalanya oksigen itu tidak sebersih tahun-tahun awal semasa kita dilahirkan. Namun ia sangat penting untuk terus melestarikan kehidupan kita sehingga kini.

Oleh itu, kita perlu berfikir dan merenung kekuasaan Allah yang nampak kecil tetapi sangat berharga dan tidak ternilai ini.

Ok la.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih memberi nafas kepada saya. Memberi ruang kepada saya dalam mencurahkan ilmu kepada anak didik. Anak bangsa saya walaupun kita tidak sama.

Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang kadangkala tidak diendahkan oleh anak-anak bangsaku ini. Mungkin gaya, dan cara saya belum kena dan kaku. Mungkin juga saya kurang idea dan pengalaman untuk menggarap ilmu-ilmu yang ada diluar sana. Namun, saya bersyukur setidak-tidaknya Allah tidak pernah memberhentikan rezekinya kepada saya.

Usia semakin berlalu... Kalau dulu saya bersekolah seperti anak didik saya. Ya, ternyata masa persekolahan itu sangat indah. Tetapi mungkin saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Walaupun begitu, ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga kepada saya. Saya kutip satu persatu.

Pelbagai cerita yang tidak dapat dirungkai satu persatu, sangat 'synchronize' sampaikan terlalu panjang untuk ditulis setiap perkara. Pengalaman hidup dan berada berjauhan dengan keluarga banyak mematangkan pemikiran saya dalam berkawan, dan membuat keputusan. Saya ini dilihat konvensional. Tetapi saya bersyukur juga kerana keluarga saya adalah yang paling mementingkan masa depan saya.

Tanpa keluarga saya tak mungkin berada sejauh ini. Dengan kekuatan diri sendiri dan sokongan ahli keluarga saya takkan mampu untuk menyakinkan anak-anak bangsa saya.

Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi kepada mereka. Namun mereka boleh merancangnya sejak awal. Tiada manusia yang boleh gagal jika dia tidak berusaha. Kegagalan adalah sumber kekuatan kita untuk terus mengayuh dan mengorak langkah untuk terus berjaya.

Jika MALAS itu punca yang paling utama. Kita perlu menginjakkannya. Keluarkan diri daripada belenggu sifat itu kerana itulah sifat yang boleh membunuh segala-galanya. Sekalipun kerana minat, tetapi jika tidak ada apa-apa usaha dari dalam diri. Pasti tiada kejayaan.

Orang yang berjaya hari ini adalah orang-orang yang melalui zaman susahnya dengan perit. Tiada manusia yang malas berjaya. Tiada jalan pintas untuk menuju kejayaan. Untuk menjadi orang yang kaya sekalipun, pasti memerlukan usaha dan ilmu. 


Kehidupan kita hari ini adalah kerana lembaran masa lalu kita. Pengalaman mengajar kita mencari jalan untuk mengatasi kegagalan-kegagalan lalu. Ujian menjadikan kita terus tabah dan bersedia menghadapinya sekali lagi dengan penyelesaian yang telah disediakan. Dugaan menjadikan kita lebih tabah dan menghargai. Kesusahan menjadikan kita betapa perlunya kita keluar daripada perasaan itu kerana kesusahan itu mendekatkan kita dengan kefasikan. 


Belajar dengan  pengalaman diri dan pengalaman orang lain akan membuatkan kita lebih dewasa dan dapat membuat keputusan dengan baik dan wajar. Kita diberikan akal yang letaknya dikepala untuk digunakan bagi mengetuai dan berfikir sebelum mengarahkan anggota bahagian yang lain bertindak. 


p/s: Berfikir langkah yang seterusnya

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea