Pages

Come and be with me

20100513

Dia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:52 am 0 komen dari pembaca
aku kenal dia setahun yang lalu... dalam waktu itu terlalu banyak perkara yang berlaku.. dan perubahan secara drastik itu berlaku... aku masih tetap bersamanya..

aku akui.. aku pernah mengalami satu situasi yang membodohkan diriku... kami masih terus bersama... aku juga insaf atas segala yang berlaku..

perkara yang berlaku pd pertengahan tahun yang lalu cukup besar ertinya bagi ku.. aku tidak mampu lagi utk truskan hidup bersama dengan yang lain.. ckup la dia hadir utk ku.. aku sayang sgt dirinya..

bersamanya.. pemikiran aku berubah.. dia juga banyak mengubah aku.. aku terima walaupun pd mulanya sukar untuk mengubah cara aku...

orang lain tak akan faham kenapa dan mengapa aku benar2 menyayanginya... cukupla hanya aku sahaja yang tahu siapa dia dan menerimanya seadanya aku. sayangku padanya makin bertambah walaupun pelbagai dugaan berlaku.. aku tidak merasa kesakitan yang dirasanya.. tapi aku cukup mengerti akan situasinya... perjalanan setahun itu benar2 menduganya... dan aku tetap bersamanya utk memastikan dia kuat mengharungi cabaran yang datang.. luka ditangan nampak berdarah.. luka dihatinya siapa yg tahu...

setiap kali mendengar ceritanya... air mataku mengalir deras. mengalir laju bagaikan empangan yang pecah.. aku sangat terharu.. aku berjanji dengan diriku.. aku mesti bersamanya... menjaganya, mencintainya apa adanya dan berusaha memahami dirinya..

fizikalnya berubah mendadak.. matanya yang cengkung... badannya mula susut. dia kurang tidur... makannya pula tidak menentu.. aku risau keadaan dirinya..sebab itu aku mahu sentiasa bersamanya supaya aku boleh menghilangkan rasa sakitnya..

benarlah... setiap perkara memerlukan pengorbanan.. akhirnya jalan yang paling baik adalah berhijrah.. awalnya pada akhir tahun aku ke penang.. dan dalam masa yang sama dia juga berhijrah ke kuala lumpur.. itulah saja cara yang paling baik. dan mungkin itulah cara yang baik utk atasi segala masalah itu...

alhamdulillah... walaupun pelbagai cabaran yang datangnya pada aku sendiri... dapat diselesaikan.. dan paling penting dia mula tenang dan kembali ceria.. aku dapat merasakannya.. walaupun luka itu belum benar2 pulih.. tapi dia makin sihat..

ckup la tahun lepas yang penuh dengan dugaan yang berpanjangan..

tahun ini adalah tahun perubahan.. setakat ini alhamdulillah. keadaan sudah semakin pulih..

aku dapat rasakan cabaran yang begitu besar berlaku sepanjang perkenalan kami. dan aku pula merasakan. ckup la sebuah hubungan pendek ini diakhiri dengan sebuah ikatan rasmi. aku sudah bersedia utk berdepan dgn cabaran akan datang...

Semoga hari2 yang datang akan menambahkan lagi keceriaan dlm hubungan kami..

Aku sentiasa berdoa semoga Allah merahmati ibu bapaku.. ibu bapanya dalam golongan orang2 yg beriman... amin.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea