Pages

Come and be with me

20100810

Telunjuk ke diri sendiri

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:28 pm 0 komen dari pembaca
Ibarat jari, kurang satu, susahla berfungsi sebagai anggota tubuh. Hilang satu jari disebabkan luka terkena pisau pun dah rasa hilang nikmat.

Tapi bila kita sebut tentang telunjuk ke diri sendiri, ramai yang tidak ambil kisah hal itu.
Senang benar mengata dan bercerita tentang keburukan dan mencari kelemahan orang lain.
Si polan ini begini lah. Si polan ini begitu lah..

Ada sahaja yang tidak kena bila hati tak suka.

Nah, apa masalahnya yang sebenarnya? Masalahnya berpunca daripada hati yang sakit. Hati yang tidak sihat, hati yang sering merasa sakit dengan perbuatan orang lain. Itulah lumrahnya dari mata turun ke hati. Jika tidak kerana mata yang sakit melihat, tidak mungkin hati akan tergerak untuk melakukan sesuatu. Akhirnya lidah yang mengatakan...

Puncanya di mana? Asalnya juga pulang kepada diri kita. Kita lihat orang berpolitik menceritakan hal yang tidak baik terhadap lawannya. Begitu lah juga sebaliknya. Mungkin di satu sisi ada baiknya kerana kita menyedari bahawa kita ini bukanlah yang sempurna. Tapi bila difikirkan semula, tidakkah kita sebenarnya menceritakan hal yang tidak baik kepada orang lain tentang kekurangan itu?

Mudah benar kita menuding jari mencari kesalahan orang lain. Kenapa tidak hanya melibatkan orang yang dimaksudkan dan bukannya dengan mewar-warkan kepada semua orang bahawa si polan itu atau pihak yang terbabit itu ditegur. Mengapa mahu didedahkan kepada media? Mengapa mahu menjatuhkan bangsa sendiri? yang mungkin sama. Mengapa kita sering mencari kelemahan orang lain?

Tidakkan kita sedar sememangnya kita ini hanya manusia biasa yang memerlukan orang lain untuk hidup bersama? Kadang-kadang kita rasa terlalu angkuh dan sombong. Namun, hal seperti ini tidak disedari. Bila kita berada di atas, kadang-kadang kita lupa semasa kita berada di bawah. Mungkin asalnya kita orang yang di atas, tapi tidak mungkin selamanya kita akan berada di atas.

Dan hal yang paling tidak dimengerti, kenapa kita merasa sempurna, angkuh dan sombong sedangkan kita ini adalah makhluk yang dicipta. Dari segumpal darah yang sama.
Jari yang dituding memang adakala warna putih, cerah, hitam manis. Tapi adakah yang Maha Mencipta itu melihat warna tersebut sebagai bahagian daripada pilihannya? Janganlah terlalu mudah menuding jari terhadap orang lain. Kelak kembali kepada diri sendiri.

Wallahua'lam.
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea