Pages

Come and be with me

20140305

Mutiara Kata Dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:37 am 0 komen dari pembaca


Jika tidak mampu menangis kerana dosa... jangan pula sampai ketawa dengannya!

Mudah-mudahan kita tetap mengamalkan akhlak Rasulullah ketika menegur orang yang tidak berakhlak dengan Rasulullah... kerana begitulah yang ditunjukan oleh Rasulullah sendiri ketika menegur orang yang tidak berakhlak kepadanya! (sekadar satu renungan buat kita sesama umat Muhammad SAW.)

Jangan sampai apa yang kita 'tidak ada'  menghalang kita menghargai apa yang kita ada!

Dosa itu satu yang meresahkan hati kita. Jika kita resah besar kemungkinan banyak dosa. Kita harus jaga hati orang sebagaimana kita jaga hati kita supaya bersih. Hati yang bersih dapat buat pilihan yang baik.

Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!

Siapa yang lebih menyayangi, dialah yang paling banyak memberi. Justeru, ibu lebih menyayangi anak... kerana ibu lebih banyak memberi berbanding anak.
Dan di atas segala-galanya, Allah jualah yang Maha Penyayang justeru pemberian nikmat yang tidak mungkin dapat dihitung. Sesiapa yang mengaku sayang, meluah cinta harus bermuhasabah sejauh mana dia telah memberi - perhatian, kemaafan, doa, pertolongan, masa dan pengorbanan. Siapa yang paling cinta dialah yang paling banyak memberi!

Kita semua ialah orang 'berada' selagi berada di dunia. Kita sentiasa 'ada' untuk memberi, kerana Allah sentiasa memberi untuk kita boleh memberi!
Dengan doa, kita mengharap sebaik takdir. Dengan usaha kita melaksanakan sebaik tadbir. Tadbir yang baik akan menggamit takdir yang baik... Allah tidak akan mengecewakan hambaNya.

Terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'kesempurnaan' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Sidia adalah 'alat' Allah untuk mendidik kita!

ketika kita inginkan doa dimakbulkan dengan cepat... tidak terlambat, sebaliknya Allah dengan kasih sayangNya akan memakbulkan doa itu pada ketika yang TEPAT!

Ya Allah, kurniakanlah kami sifat ramah mesra, kerendahan diri dan ketulusan budi di alam NYATA... bukan di alam maya.

Di kejauhan kelihatan seolah-olah segalanya kerana cintakan Nabi, namun bila didekati... rupa-rupanya hanya kerana kepentingan duniawi. Hasad menjadi lebih buruk, apabila berhujahkan agama!
Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada melakukannya dengan terpaksa.

a) Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta... terasa kemanisan semasa melakukannya.
b) Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa... terasa kelegaan selepas melakukannya.

Sebelum sampai ke tahap kemanisan, laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan. Mujahadah itu awalnya susah... tetapi akhirnya indah!

Guru ada dua, pertama yang terserlah kepandaiannya. Kedua, yang ingin 'memandaikan' kita. Pilihlah guru yang ingin 'memandaikan' kita. Bagaimana mengenal antara keduanya?

a) Guru yang terserlah kepandaiannya... diri terasa ingin menghargainya.
b) Guru yang 'memandaikan' pula.... diri terasa dihargai apabila bersamanya!

Kita buat baik, bukan kerana kita sudah menjadi orang yang baik... tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik!

Guru yang baik, membuat kita terasa 'kecil' bila melihat keluasan ilmunya. Tetapi guru yang hebat, diri terasa 'besar' bila kita dihargai dengan ketinggian akhlaknya!
Untuk melakukan kebaikan sukar, untuk menyembunyikan kebaikan yang telah dilakukan jauh lebih sukar, namun untuk melupakan kebaikan yang pernah kita lakukan adalah suatu yang paling sukar.

All is well. Jika hujan, syukur. Jika panas, sabar. Yang penting 'cuaca' diri kita... sejauh mana hati ingat Allah. Ya Allah, bantulah aku sabar dalam sukar. Amin ya Rabb.

Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebabnya.
Pertama, kerana kita tidak benar-benar inginkannya. Kedua, kerana kita tidak membayar 'harga' untuk mendapatkannya!"Ya Allah, kami malu meminta syurgaMU dengan tangan yang berdosa dan mengaku cinta dengan hati yang alpa... namun kami tetap mencintaiMU walaupun cinta itu sering terganggu!"

Perkahwinan bukan sahaja menagih kebijaksanaan memanfaatkan PERSAMAAN tetapi memerlukan kesabaran menguruskan PERBEZAAN.

Apabila cinta 'demam', tanggung jawablah yang akan menjaga perkahwinan sehingga cinta pulih semula! Perkahwinan diserikan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab.

(terasa kerdilnya diri serba kekurangan.. meminta yg lebih pd Allah tp masih dlm keadaan penuh dgn dosa)

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea