Pages

Come and be with me

20120226

Kisah Budak Penjual Kuih

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:04 am 0 komen dari pembaca
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.




"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:59 am 0 komen dari pembaca
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. ( Al-i`Imran : 145)

Untuk renungan bersamaa��


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMIN.

P/s: Bacalah surah Yassin sepenuhnya. Setiap ayat ada fadhilatnya. Semoga kita beroleh ganjaran pahala dan ilmu darinya.

~~ Ada Lidah Tetapi Tiada Hati~~

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:54 am 0 komen dari pembaca
Salam untuk semua warga di sini.
Semoga apa yang kita jalani hari ini
adalah lebih baik dari semalam. Dan
sentiada bersama rahmat Allah swt.






Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
(Riwayat Ahmad)


  1. Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
  2. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi mereka sendiri lari dari Allah.
  3. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
  4. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.


Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
 

Kisah SedihPerjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:49 am 0 komen dari pembaca
Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka.Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudara Baginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.


Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas ke Taif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana,

Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.


Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan: "Hoi, benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?

"Kata seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?

"Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian: "Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau."


Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w. berasa hampa dan gagal barang sedikit jua pun. Selepas meninggalkan pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif. Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usaha Baginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman.

Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik, mengejek, mengacau dan melemparinya dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka.

Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:
" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"


Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya berkata:" Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."


Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."


Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."


Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.

Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaa ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.

Jutawan Amerika Peluk Islam - Perniagaan Paling Hebat Dalam Hidupnya

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:39 am 0 komen dari pembaca
Richard Patterson pergi ke Arab Saudi atas urusan perniagaan bagi menguruskan projek melatih ahli Bulan Sabit Merah Saudi mengenai teknik perubatan udara. Beliau memiliki satu syarikat yang mengkhususkan kepada aktiviti menyelamat melalui kenderaan penerbangan.


Dalam tempoh tersebut dia telah dijemput oleh tiga orang penting Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi untuk makan malam dan mereka meperkenalkan keindahan Islam kepadanya. Segala yang didapatinya daripada pertemuan tersebut ternyata amat berlawanan daripada persepsinya terhadap agama Islam selama ini.


Hasilnya dia telah memeluk Islam dan tidak menyangka kehadirannya di sana dalam urusan perniagaan membawanya kepada perniagaan yang cukup besar dalam hidupnya, iaitu memperhambakan dirinya kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.


Dia menyeru para usahawan muslim agar lebih serius berdakwah kepada para usahawan bukan muslim terutamanya melalui penonjolan akhlak sebagai seorang muslim. Sekadar memberikan bahan bacaan tidak dapat menggambarkan keadaan sebenar keindahan Islam tersebut, ia perlu diterjemahkan dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang telah disuluh oelh Al-Quran dan Sunnah..
Baca ceritanya di bawah.

‘Embracing Islam is the best deal I made in the Kingdom’
By WALAA HAWARI | ARAB NEWS

US businessman and pilot calls for efforts to project true image of his new religion

RIYADH: Just after spending one month in the Kingdom, where he was treated with kindness in a spiritual atmosphere, American businessman and pilot Richard Patterson, converted to Islam.

Richard, who is now called Abdulaziz, owns a company providing services in critical care. It has a capital of $50 million, and a fleet of two aircraft and two helicopters, specializing in medical flights.

Abdulaziz arrived in the Kingdom on a contract with the Saudi Red Crescent to train students for air emergency. During his stay, three members of the Ministry of Islamic Affairs, Endowments, Call and Guidance invited him out for dinner. The members who worked with the “Guide Me to Islam” project, talked to Abdulaziz about Islam and it’s real essence.

“I came to the Kingdom for a commercial deal. I was so thrilled to make the best deal of my life with God Almighty by converting to Islam,” said Abdulaziz, during the conversion ceremony, commending the Saudi attire and describing it as comfortable and beautiful.

When Abdulaziz was in his country, he used to hear negative things about Islam through media channels, which were aimed at distorting its image.

“Just reading about Islam is not enough to understand Islam. It’s meeting people who best represent it and reflect its true spirit,” said Abdulaziz. He considers himself lucky to discover through Muslim friends he met and dealt with in the Kingdom that Islam is a religion of righteousness and tolerance. “Muslims and Saudis are kind, humble and open to others,” said Abdulaziz, adding that he felt they were like family to him, and never experienced alienation or ill treatment from their side.

What attracted Abdulaziz the most to the Saudi society is that it is religious. That helps people relate to religion as a part of their daily life. “I wish I could bring all my colleagues to the Kingdom to experience what I have and change their viewpoints on Islam,” he said.

Abdulaziz called upon fellow Muslim businessmen to work on attracting foreign businessmen to Islam, accusing them of not taking serious initiatives to call their peers to this glorious religion. “We can provide books on Islam to delegates during business meetings which help present true image of Islam to others,” said Abdulaziz.

Teacher and scholar Esam Abdul Razzaq, who translated for Abdulaziz, said that celebrities and key figures play a greater role in their societies in projecting a certain image. “Successful people have a credibility among members of their society, as they are considered important. Therefore, when they choose to convert to Islam, they trigger curiosity in others, who in turn, want to know more about this religion,” said Abdul Razzaq.

20120225

Surah al-Kahfi & Kelebihannya

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:29 pm 0 komen dari pembaca
Dipetik dari: http://muzir.wordpress.com/2012/02/17/surah-al-kahfi-kelebihannya/


Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.


1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:


“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”


(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)


2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”


(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.


(HR Muslim 809)


Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.


Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

90 peratus konflik berpunca dari komunikasi.

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:26 pm 0 komen dari pembaca
Di tempat kerja saya, untuk mengelakkan pertikaian berlaku berkaitan tugasan harian, kami sering berkomunikasi dalam mesyuarat, perbincangan. Banyak sekali komunikasi adalah melalui e-mel. Perbincangan melalui e-mel digalakkan di kalangan orang bawahan hinggalah ke pengurusan syarikat secara telus.

Ada kalanya satu topik perbincangan dibalas lebih 10 kali dalam 1 hari, agar semua pekerja di syarikat faham apa masalah yang berlaku, dan apa tindakan yang perlu dibuat. Dan dalam kitaran e-mel tersebut, pihak pengurusan tertinggi memantau dan memberi pandangan bila perlu.

Ingat, 90 peratus konflik di kalangan kita adalah berpunca dari komunikasi yang kurang berkesan atau lemah. Perbaikilah komunikasi sesama kita.

Jika di tempat kerja dengan semua kemudahan komunikasi, telefon, sidang video, e-mel dan sebagainya dapat menyelesaikan 90 peratus masalah tersebut, bayangkan jika kita hanya berjumpa setahun sekali ketika mesyuarat agung, sebulan sekali ketika mesyuarat bulanan dan sebagainya, sudah pasti 90 peratus masalah akan timbul.

Ada e-mel gunakan untuk perbaiki komunikasi. Ada SMS gunakan untuk perbaiki komunikasi dan seterusnya.

http://waghih.blogspot.com/2012/02/90-peratus-konflik-antara-ahli-kita.html

JANGAN MENGELUH,,,....

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:23 pm 0 komen dari pembaca
JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................




KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216




KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
 
  


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12






Kalu nak mengeluh lagi ............jom gi ngaji

Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran

10 Negara paling berpendidikan di seluruh dunia

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:14 pm 0 komen dari pembaca
Berikut adalah senarai 10 negara yang diiktiraf mempunyai rakyat paling berpendidikan di seluruh dunia. Laporan oleh OECD

1. Kanada
50% atau separuh warga Kanada berkelulusan universiti. Satu rekod yang sangat tinggi..berbanding Malaysia yang hanya 15% berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama pendidikan di Kanada adalah Bahasa Inggeris dan Perancis.....(wilayah Quebec dan New Brunswick menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa ilmu dari peringkat tadika hingga universiti)

2. Israel
45% warga Israel berkelulusan Universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Hebrew..namun pelajar juga diwajibkan lulus bahasa Inggeris dan Arab.

3. Jepun
44% warga Jepun berkelulusan universiti...dan Jepun hanya menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dari peringkat tadika hingga ke universiti. Namun pelajar digalakkan belajar bahasa asing seperti Korea,Cina,Inggeris,Jerman dan Russia.

4. Amerika Syarikat
41% warga Amerika berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Inggeris...namun ada sekolah di Amerika khususnya di negeri selatan seperti New Mexico, Florida, Arizona dan Texas menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar.

5. New Zealand
40% warga New Zealand berkelulusan universiti. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama.

6. Korea Selatan
39% warga Korea Selatan berpendidikan universiti. Korea Selatan hanya menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa pengantar utama di sekolah hingga ke universiti...namun pelajar digalakkan menguasai bahasa asing seperti Inggeris, Cina, Russia, Jepun dan sebagainya.

7. Norway
37% warga Norway berpendidikan tinggi. Norway juga menggunakan bahasa Norway sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah hingga universiti...namun pelajar diwajibkan lulus sekurang-kurangnya satu bahasa asing.

8. United Kingdom

37% warga Britain juga berpendidikan tinggi. Bahasa utama semestinya bahasa Inggeris...namun di Scotland dan Wales..ada usaha menjadikan bahasa Scottish dan Welsh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan universiti terutama selepas Scotland dan Wales mendapat kuasa autonomi ekoran daripada "devolution of British Parliament".

9. Australia

37% warga Australia berpendidikan tinggi dan bahasa utama adalah bahasa Inggeris. Australia juga dipuji kerana pada masa sekarang Australia adalah negara yang menjadi tumpuan pelajar antarabangsa.

10. Finland
37% warga Finland berpendidikan universiti.,.dan negara Finland hanya menggunakan bahasa Finland sebagai bahasa pengantar utama di sekolah hingga universiti.


Kesimpulan....di mana Malaysia????.....di mana negara Islam?????.....

Rutin harian seorang GUru

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:46 pm 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum,
tahun ni tahun yang agak sibuk bagi saya.
Sekolah ni kecil jadi seorang guru akan memegang banyak jawatan.
Segala-galanya perlu difikirkan, disiapkan dan juga dilakukan secara individu.
Bukan macam di MRSM, siap ada PA, kerani untuk selesaikan segala kerja2 guru dan kerja2 pentadbiran.

Buat masa ini, saya memegang jawatan sebagai Guru Tingkatan 4 aliran Teknologi. Selain itu, mata pelajaran yang diajar ialah Sains (T1), Kemahiran HIdup Tingkatan (1&2), Pendidikan Seni Visual (T1), serta Lukisan Kejuruteraan (T4&5).

Jawatan bagi Kurikulum - Setiausaha Panitia LK/TK, Pentaksir PBS LK, Guru Biasiswa Dato' Onn, Guru Penyelaras SPBT Ting. 3, Setiausaha Prog. Pemantapan SPM.
Jawatan bagi Kokurikulum - Ketua 1Murid1Sukan (Bola Jaring). Persatuan SPBT. Guru Bilik LK, Guru Bilik Yayasan ISkandar.

Serabut kadang-kadang nak fikir. Mana nak selesaikan Rancangan Mengajar harian. Cilok-mencilok baik punyer la keje saya.

Kadang-kadang bila dah balik rumah, saya rasa terlalu letih lantas memang terus tak ada perasaan nak buat kerja. Selesai solat, makan, saya akan tertidur. Keletihan.

Rutin ini mungkin akan berkurang selepas berakhirnya Pertandingan Bola Jaring MSSD. Tentunya saya akan turut sibuk sebab sekolah kami menjadi tuan rumah untuk acara bola jaring tahun 2012 ini.

Kadang2 saya gunakan masa hari jumaat untuk selesaikan semua rancngan mengajar. Otak saya sentiasa berfikir untuk membantu melancarkan proses P&P. Namun disebabkan keletihan otak, saya tak mampu untuk melakukannya.

Tahun ni satu cabaran jua buat saya, melihat keputusan SPM 2011 LK yang bakal diwar-warkan tak lama lagi. Saya masih menanti keputusan sama ada pelajar lepas dapat meningkatkan prestasi LK atau tidak.

Nak menanda buku pun saya tak boleh siapkan di rumah. Dirumah adalah masa untuk saya berehat dan menyiapkan kerja2 di rumah. Oleh itu saya tidak berminat untuk membawa pulang kerja2 sekolah di rumah.

Saya tak pasti adakah guru2 lain sama seperti saya. Tapi saya rasa ada guru lain yang mempunyai beban mengajar yang banyak. Seminggu saya ada 26jam utk menghabiskan masa mengajar.

Selasa mungkin jadual saya nampak "free". Tapi kadang2 tak rasa lapang pun, sebab ada pelajar2 yg nak berurusan biasiswa. Kadangkala saya terpaksa menghalang mereka untuk datang ketika saya mengajar di kelas.

Dunia hari ni terlalu mencabar. Guru diasak dengan macam2 perkhidmatan melalui talian. Manakala pelajar2 pula hilang minat untuk belajar. Masing2 ada agenda tersendiri. Klau kualiti p&p guru tak melibatkan pelajar, rasanya ramai guru dah pegang title GC.

Sangat beruntung kepada guru2 yg mengajar bukan di sekolah harian. Tapi kaalu mengajar di sekolah harian, segalanya perlu diselesaikan SEGERA, dan tidak boleh ditangguh! Kalau ditangguh kerja akan semakin melimpah ruah.

So, tahun ni saya tak de mood sangat nak jaga exam.
Kalau boleh saya nak relaxkan minds. Last year, masa sy kawin pun saya jaga periksa SPM. Belum sampai hujung tahun pun jadual saya masih padat. Dari pukul 5.30pg saya bangun dan siap2 ke sekolah, balik sekolah dan ke sekolah semula selepas asar, balik sekolah pukul 6.30petang.

Saya berterima kasih kepada pelajar2 saya yang sanggup datang untuk latihan bola jaring. Terima kasih atas komitmen anda.

Memang saya seorang guru,kata orang gajinya banyak, elaun lagi macam2. Tapi kalau sy berada di kawasan ini sy rasa tak berbaloi. Tapi tak guna nak cerita lebih2. Allah Maha Mengetahui.

Cuma saya doa untuk dapat pindah ke tempat yang lebih dekat dengan suami. Itu sahaja harapan saya.

Keadaan ini sudah cukup melelahkan saya. (Saya mengeluh di sini)...
;p

20120201

12 Barisan di Akhirat Nanti

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:07 pm 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum...

Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."





Maka, dijelaskanlah oleh Rasulullah ke 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Shook Car Price Promotion: LATEST BEST PRICE DEAL 01-02-2011

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:45 pm 0 komen dari pembaca
Shook Car Price Promotion: LATEST BEST PRICE DEAL 01-02-2011: 01 FEB 2012 BEST PRICE IN MARKET (NOTE : ALL PRICE - NEGOTIABLE UPON BOOKING) TOYOTA HARRIER HARRIER G L-PACKAGE2006 BLACK RM185,800.00 ...

Shook Car Price Promotion: LATEST BEST PRICE DEAL 01-02-2011

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:45 pm 0 komen dari pembaca
Shook Car Price Promotion: LATEST BEST PRICE DEAL 01-02-2011: 01 FEB 2012 BEST PRICE IN MARKET (NOTE : ALL PRICE - NEGOTIABLE UPON BOOKING) TOYOTA HARRIER HARRIER G L-PACKAGE2006 BLACK RM185,800.00 ...
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea