Pages

Come and be with me

20140611

ZALNAS - Indah Khabar dari Rupa

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 2:12 pm 0 komen dari pembaca

Lebih sebulan yang lalu saya dan suami ke Zalnas untuk menyewa teksi bagi menampung pendapatan kami sebagai pendapatan sampingan dan janaan wang tambahan. Kami telah beruang kali ke sana untuk mendapatkan kepastian akan kereta sewa yang akan kami gunakan.

Pihak yang menguruskan mengatakan semuanya OK dan berjalan dengan lancar dan kereta dalam keadaan yang amat baik sekali. (Terdapat penggunaan amat dan sekali dupaya lebih jelas kata kata menunjukkan bahawa keadaan kereta itu berada dalam keadaan yang sangat sempurna!).

Setelah pembayaran sewa dibuat... pihak Zalnas berjanji untuk menyempurnakan perkhidmatan penyelenggaraan enjin memandangkan kereta tersebut katanya telah lama tidak digunakan. Dan sebelum ini digunakan menggunakan gas ngv.

Kemanisan memandu dan mendapatkan penumpang hanya bertaan selama 2 hari saja.. di mana selepas itu kereta tersebut mengalami masalah pada enjin coil menyebabkan penyaman udara tidak berfungsi dan menjadi panas. Kami minta pihak zalnas mengambil semula teksi yang kami sewa ini.
Baru 2 hari guna dah jadi macam ni.. siapa boleh tahan...

Selama lebih seminggu kami menunggu teksi ini siap dibaiki. Apabila kami bertanyakan hal ini.. sepi.. sini tolak sana.. sana tolak sini... lalu kami mencari kedai yang menyenggara teksi kami itu.. setelah bertanya kepada tauke disitu.. beliau menyatakan pihak zalnas tidak membuat bayaran lagi kepada kedai mereka. Jadi mereka tidak mahu melanjutkan persiapan kereta itu.. kami maklum.. takkan la nak buat cantik2 kalau bayar pun belum..

Bila kami lanjutkan pada pihak zalnas... pihak zalnas buat kami macam bola. Ditolaknya ke sana.. ditolaknya ke sini.. seolah olah tiada penyelesaian bagi masalah ini. Takkan la kalian tak boleh nak bayar.. duit kami dah bagi.. kereta bermasalah kalian buat naya pada kami. Ape ni!!!!

Memang kami mulanya agak berlembut memandangkan kami mahu kan penyelesaian dibuat dalam keadaan segera dan mengikut permintaan kami. Bayangkan kami terima keadaan teksi yang tidak sempurna... biarpun namanya sewa... sewa pun dibayar.. bukan benda FREE. Agak2la dalam berrusniaga.. kami bayar.. kamu beri keadaan yang teruk! Apa kejadahnya semua ni....

Kami masih lagi bersabar... kami menunggu lagi seminggu untuk mendapatkan teksi itu.. masa yang ada terbuang begitu saja.. fikirkan nak dapatkan pendapatan sampingan.. tapi tak selesai... Selepas seminggu kereta itu siap dek sebab nak tunggu bayaran lewat daripada pihak zalnas.

Bila kami mula memandu.. keadaan kereta bertambah tambah teruk.. gear tak nak pegi.. i mean gear bermasalah pulak. Ape ni!!!! Kata dah baiki... tapi keadaan jadi lagi teruk.

Tapi kami masih sabar lagi ni.. marah dah memang marah.. tapi kami masih cakap elok elok pada pihak zalnas... kali ini kami beri amaran pertama.

Selepas kejadian itu pihak zalnas berjanji akan tukarkan kereta yang lain. Kami terpaksa tunggu lagi.. sebenarnya dah hilang mood dengan perangai pihak zalnas yang buat layanan macam ni pada kami.

Selepas 2 minggu kami menunggu... pihak zalnas hubungi suami untuk mengambil teksi lain memandangkan katanya insuran telah dihidupkan dan bla bla bla... sebenarnya kami dah letih dan sangst jelak dengan pihak zalnas!

Hari ni suami datang lagi ke sana seperti yang dijanjikan (janji manismu!!).... Ada bagi tayar botak!!

Agak agak la.. teksi ni nak dipandu setiap hari.. duit dah dibayar.. takkan la tau buat senggara minyak enjin je pihak zalnas oiiiii!!!!! Ingat kami ni tak tau apa2??? Ingat kami ni bodoh... main nak terima je apa yang kalian bagi dalam keadaan yang teruk. Apa ingat kami bayar pakai daun??? Petik petik petik... bayar???? Banyak tak banyak pun.. duit kami dah keluar kan. .. entah mungkin ada yang bergolok bergadai sebab nak daptkan teksi utk sewa bagi tampung kehidupan.. tapi pihak Zalnas amik mudah.. amik tak endah... wahhhhh!!!!

Kami dah rasa benar benar kecewa dengan tahap perkhidmatan pihak zalnas yang amat teruk ditambah lagi dengan sikap pekerja pekerja pihak zalnas yang seperti tak ada muka. Kami datang tidak dilayan. Wah.. anda ingat kami macam peminta sedekah menghadap anda.

Mungkin kami ni masih berfikir lagi.. kalau tidak kami akan suarakan menggunakan perundangan kerana kami benar benar merasa terhina dengan perkhidmatan dan tindakan kalian.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea