Pages

Come and be with me

20100420

Pengalaman Latihan Mengajar

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:58 am 2 komen dari pembaca
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah yang berada di Pulau Pinang itu membuatkan aku berfikir sejuta kali apakah betul tindakan dan keputusan yang telah aku buat. Walaupun begitu aku tak boleh memutar masa untuk berkata tidak. Bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya"... 
Mungkin keadaan ini boleh disamakan dengan keputusan yang telah aku buat. Hari pertama aku berada di asrama, aku mengemas barang-barang yang di bawa dari Johor Bahru. Perjalanan yang jauh tidak membuatkan aku berasa penat, kerana tempat ini benar-benar baru bagi aku.

Pada hari pertama aku berada di sekolah itu dan berjumpa dengan Pengetua sekolah serta pihak pentadbir, hati aku masih tertanya-tanya apakah benar jalan yang aku pilih ini..?

Ketika pelajar naik sekolah pada 4 Jan 2010 pun aku masih berfikir akan keputusan yang aku ambil ini. Jadual kelas sudah diberi oleh pembimbing aku. Dan aku perlu bersedia untuk mengajar dan menyediakan bahan pengajaran sebelum memulakan kelas.

Nah, pertama kali aku rasakan situasi mengajar di sekolah sebenar.. 
Pengalaman pertama kali masuk ke bengkel dan mengajar .. melihat mata pelajar seramai 21 orang membuatkan hati benar-benar bergetar.. Rasa nak terduduk tengok mereka. Namun aku cuba serasikan diri dengan situasi dan pelajar. Jantungku berdegup kencang melihat mereka. Sesi perkenalan dengan pelajar aku cuba buat sebaik mungkin dengan meminta pelajar mengeluarkan sehelai kertas. Aku minta mereka menulis latar belakang mereka. cita-cita, moto, harapan, kerjaya ibu bapa mereka dan tandatangan paling cantik sepanjang hidup mereka. Selesai kelas pertama itu, aku balik ke bilik guru. 

Aku mebaca helaian latar belakang pelajar kelas ini. Aku teliti setiap nama, pekerjaan ibu bapa mereka supaya aku dapat memahami cara hidup mereka dengan lebih jelas. Hari kedua aku masuk ke kelas itu untuk memulakan P&P seperti yang telah diarahkan di dalam silabus sekolah. Pada hari pertama pengajaran aku, aku dapat rasakan pelajar ini cuba memberi perhatian walaupun suasana dalam bengkel agak panas dan mengantuk. Aku dapat merasakan apa yang pelajar-pelajar rasai.

Topik yang aku ajar adalah Bab Taksiran,.. Aku merasa sangat bertuah kerana subjek ini adalah subjek pertama yang diberi dan aku bersyukur kerana kerjaya aku sebelum ini benar-benar membantu pelajar untuk faham topik ini. Sekiranya guru tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam topik ini, topik inilah yang memang sangat bosan dipelajari. Memang aku tidak nafikan kerana suatu masa dahulu aku juga pernah menjadi pelajar seperti mereka. Dan aku apat rasakan betapa bosan dan sukar nak faham topik taksiran ini  semasa di sekolah dulu. 

Kepada pelajar-pelajarku, sangat beruntunglah kamu.... 
Dari satu topik ke satu topik dalam bab taksiran dan aturcara kontrak ini aku huraikan kepada pelajar sambil menceritakan proses-proses sebenar yang berlaku di dalam pembinaan antara kerajaan dan swasta. Mereka juga gemar berkongsi idea dan bertanya kepadaku tentang lapangan-lapangan yang sesuai dengan kerjaya yang ingin diceburi. 

Bermula daripada mengumpulkan maklumat di dalam borang kuantiti sehinggalah mengeluarkan harga bagi nila kuanititi. Hasilnya salah seorang pelajar aku dapat 100% semasa ujian. Benar-benar aku rasa bersyukur kerana mereka faham dengan konsep yg diajari. Tidak dinafikan ada juga pelajar yang gagal, namun begitu aku cuba an terus membantu mereka untuk menyelesaikan permasalahan mereka. 

Hari terus berlalu... Tingkatan 4 pula masuk dan aku diarahkan untuk mengajar kelas A1 yang rata-ratanya mempunyai keputusan yang cemerlang dalam PMR. Suka aku ingatkan kepada mereka bahawa, kejayaan cemerlang sekiranya tidak diteruskan dan dikekalkan, akhinrnya tidak akan membawa ke mana-mana. 

"Kamu tidak boleh merasa senang dan selesa dengan keputusan lepas yang telah kamu perolehi, sekiranya kamu tidak berusaha, kamu tidak akan berjaya. Percayalah kata-kata saya"..

Walaupun begitu, aku juga merasa sedikit kecewa terhadap diri sendiri kerana tidak dapat mengajar pelahar-pelajar ini disebabkan kesilapan aku sendiri. Aku juga disalahkan kerana membiarkan pelajar-pelajar ini dan tidak membimbing mereka dengan baik disebabkan oleh kecemerlangan mereka. 

Akukah yang berfikiran kecil itu? Terpulang kepada sesiapa untuk meletakkan pernyataan seperti menghukum itu ke atas ku. Aku bersikap terbuka dan menerima kenyataan itu dengan positif. Sabagai langkah untuk mengatasinya aku mengadakan kelas malam supaya pelajar-pelajar dapat fahami apa yang sudah diajar oleh guru sebelumnya. Aku huraikan bab Keselamatan yang tertinggal itu. 

Juga, aku adakan kelas tambahan kepada kelas tingkatan lima bagi mengukuhkan kefahaman mereka dalam subjek baru iaitu Bab Struktur. Kadang-kadang aku terfikir bahawa kenapa mereka sukar mengingat konsep yang diajar? 

Sedangkan aku sentiasa mengulang-ulang kaedah penyelesaian tersebut. Apa sebenarnya masalah pelajar-pelajar ini? Adakah masalah ingatannya? atau masalah mereka terhadap perkara-perkara lain yang menyebabkan ingatan mereka terhad. Atau mingkin juga salahku kerana tidak mengajar dengan sebaiknya??

Mungkin juga ya....

Masa terus berlalu.. pada awalnya aku akui suara aku perlahan.. tidak tajam... tidak dapat memenuhi keperluan bengkel... aku bertanya pelajar dan meminta pelajar untuk membuat refleksi ke atas diriku.
Aku menerima.. dan cuba membuat perubahan...

Alhamdullillah.. aku semakin boleh menguatkan suara... melantangkan suara... tetapi tidak la setiap masa, kerana semakin aku cuba melantangkan suara.. keadaan ini membuatkan aku menjadi cepat penat.. aku tidak mampu untuk berdiri lama.. oleh itu, aku banyak mengadakan aktiviti dalam kelas supaya pelajar juga boleh memainkan peranan masing-masng dalam pembentangan yang diadakan.

Akhirnya.. Masa untuk meninggalkan sekolah itu.. Aku mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar kerana memberikan kerjasama sepenuhnya semasa penyelia datang untuk membuat penyeliaan dan juga dalam P&P. 

Aku doakan agar pelajar-pelajar ini nanti akan berjaya di dalam SPM dan masa hadapan. Insya Allah.


 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea