Pages

Come and be with me

20071103

Politik & Kematangan

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:13 am
Menyentuh hal politik dan kematangan bukanlah hak aku untuk mengelurkan fatwa seperti JAKIM.
Tapi sebagai seorang rakyat dari jutaan rakyat di Malaysia...
Aku bukanlah seorang yang terlalu sempurna untuk menyatakan apa-apa penyataan kerana aku bukanlah seorang yang berkuasa di Malaysia.
Sekecil semut je aku ni..
Tapi aku tidak faham kemelut politik sekarang ni..
Dewasa ini aku semakin belajar dan semakin mengerti tentang permainan politik.
Dan aku bukanlah orang yang tidak mengenal 3M.
Cuma aku hanya insan biasa....
Aku cuba mengerti dan memahami langkah pemimpin-pemimpin negara ku yang tercinta ini..
Tapi semakin aku tidak mengerti arah dan hala tuju perjuangan ini..
Disebalik perjuangan yang sering dijulangkan .. terdapat perkara yang tersirat yang tidak mampu untuk dimengerti oleh orang lain..
aku masih di sini memikirkan masa depan tanah air yang bakal dicorak oleh pemimpin-pemimpin ku ini...
Aku sayangkan negara ku yang tercinta ini..
Namun langkahku tidak dapat dipastikan sama ada ke kiri atau ke kanan..
Aku semakin dewasa untuk mempelajari politik ini...
Samakah perjuangan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W..
Aku masih menanti sebuah perjuangan yang suci untuk mempertahankan negara ini..
Bukan kerana suatu yang tersirat..
Bukan kerana kuasa yang menguasai diri..
Bukan kezaliman ke atas hak orang lain
Bukan kerana Nama
Bukan kerana kepentingan diri

Sekiranya aku perlu mengundi..
Aku masih terkaku tidak mengerti ke mana arah perjuangan yang memihak ke jalan yang benar...

Semoga Allah memberikan ku jawapan yang benar...

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea