Pages

Come and be with me

20100421

Orang semakin sedar siapa Anwar

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:20 am
Buatlah penilaian yang sewajarnya.. manusia kan ada akal yang boleh digunakan utk berfikir...
Bukanlah kita semua baik, tapi kalau boleh.. jadila pemimpin yang baik.... 

KUALA LUMPUR 20 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin yang mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menyedari dan memahami peribadi sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Jika 'dibaca' dari luar, kata bekas Perdana Menteri itu, mereka tidak mengenali siapa Anwar tetapi apabila mendekatinya baru mereka tahu siapa sebenarnya beliau.
Katanya, Anwar bukan seorang yang ikhlas kerana kadang kala beliau membuat perkara yang tidak secocok dengan dakwaannya.
"Proses untuk menyedari siapa Anwar akan mengambil masa yang lama sebagai contoh, Dr. Chandra Muzaffar ialah pengikut kuat Anwar satu masa dahulu tetapi bertindak keluar daripada PKR.
"Kini Anwar menyaman Chandra berjuta-juta ringgit sementara salah seorang peguamnya, Zainur Zakaria juga telah bertindak meninggalkan Anwar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Multaqa Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad Bersama Guru-guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran dan Warga Perkim Peringkat Zon Tengah.
Dr. Mahathir mengulas tindakan bekas doktor peribadi Anwar, Datuk Dr. Halili Rahmat yang juga pengasas PKR mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO semalam.
Beliau juga mempersoalkan perjuangan sebenar Anwar sama ada berjuang untuk negara atau untuk menjadi Perdana Menteri.
Ditanya mengenai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yang ditohmahkan sebagai peminum arak, Dr. Mahathir berkata, terpulang kepada penilaian pengundi terhadapnya.
"Saya dahulu kena macam-macam, kononnya saya ada seorang isteri di Singapura dan itulah orang politik dan orang yang mendengar itu perlu membuat penilaian sendiri," ujarnya.
Mengenai dakwaan MIC hanya boneka kepada UMNO, Dr. Mahathir berkata, jika begitu keadaannya, sudah pasti Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu telah lama meninggalkan Barisan Nasional.

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea