Pages

Come and be with me

20101213

Hak Seorang Anak

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:42 am
Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".

A. Berikan nama yang baik kepada anak-anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.

Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.

Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).


B. Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah).

Sabda Rasullullah

"Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari."


C. Mengahwinkan anak apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya.

1. Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.
2. Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.
3. Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.
4. Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan.

Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."


Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.

Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.

Wahai ayah dan ibuku,

1. Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
2. Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
3. Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
4. Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
5. Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna
6. Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
7. Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
8. Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
9. Suburkan kecintaanku kepada Allah
10. Didiklah daku dengan sunnah Rasullullah
11. Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
12. Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
13. Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
14. Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
15. Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.

Sumber diperoleh: http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1277-hak-seorang-anak.html

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea