Pages

Come and be with me

20101202

Terima Kasih...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:12 pm
Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa sangat bertuah dan bersyukur.
Bersyukur kerana hidup selepas zaman merdeka. Pun begitu, saya bersyukur kerana lahir pada pertengahan tahun 80an. Masih dikatakan zaman yang baru nak meningkat naik dan membangun negara Malaysia yang tercinta ini.

Saya merasa bertuah dan bangga kerana lahir dalam keadaan yang cukup sifat. Mempunyai kedua ibu bapa yang perhatian dan mengambil berat tentang pendidikan saya. Begitu juga mempunyai adik-adik yang mampu berfikir secara terbuka. Tida ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Namun, alangkah indahnya jika kita menghargai kehadiran setiap individu yang ada di sisi kita. Tidak kira sesiapa pun.

Dengan rasa yang sangat bersyukur, walaupun pernah merasa sedikit kehidupan yang payah, namun berkat didikan agama dan asuhan ibu bapa, saya dapat menahan segala perasaan yang kadang-kadang membuak-buak. Zaman beralih zaman. Keinginan manusia melampaui segala-galanya. Namun, saya bersyukur kerana masih hidup dalam keadaan sederhana. Mungkin biarlah perkataan sederhana ini pada saya.

Melihat kehidupan insan-insan lain sering membuatkan saya pasrah untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Bukan kita saja yang susah. Dan kesusahan orang lain itu lebih lagi. Maka, bersyukurlah kita.

Ayat "SYUKUR" ini banyak benar saya gunakan kali ini.

Alhamdulillah.. Berada di negara sendiri.. saya melihat telatah ramai manusia. Walaupun belum rezeki saya untuk ke luar negara kecuali Singapura. Saya rasa memadai dengan melihat perangai manusia negara kita sendiri yang pelbagai rencam dan budaya. Persaudaraan yang telah diciptakan ini hasil daripada migrasi dan imigran kaum-kaum sebelum saya.. Malah, hingga kini masih ramai yang suka akan Malaysia. Bukan sebagai destinasi pelancongan, perdagangan, mahupun pekerjaan.

Saya bersyukur melihat ramai orang luar negara sanggup bekerja sebagai tukang sapu di tepi jalan. Buruh binaan yang membuat KLCC dan rumah-rumah yang kita diami ini. Tukang cuci jalanan yang menaiki basikal dari rumah ke rumah. Bai jual roti. Penjual tikar, permaidani dari Pakistan. orang kemboja yang menjual aiskerim di halaman rumah. Orang filipina, bangladesh,yang bekerja dikilang elektronik dan pelbagai kilang di Malaysia. Tidak lupa juga kepada pembantu-pembantu rumah.

Nah, bersyukurlah kita.. dan jangan terlalu memanjakan diri sendiri.
Kadang-kadang kita terlalu berfikiran sempit. Sentiasa mengharapakan simpati. Sedangkan ramai orang luar negara yang susah sanggup datang ke negara ini demi mencari sesuap nasi. Walaupun ada diantara mereka yang tidak makan nasi.


P/s: renung-kan.... betapa besarnya sumbangan....kita atau mereka???

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea