Pages

Come and be with me

20110311

Mari ku ajar kamu... kamu.. dan kamu!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:34 pm
Imam al-Ghazali pernah berkata
"Bersungguh – sungguhlah Engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan."

Justeru, sebagai manusia kita dituntut supaya menuntut ilmu dari alam rahim sehingga ke liang lahad. Pembelajaran sepanjang hayat.

Banyak yang telah dibicarakan bagaimana untuk menjadi pelajar CEMERLANG. Acapkali kita mendengar dan melihat bagaimana seorang pelajar cemerlang itu mendapat kecemerlangan. Kita cemburu dengan kejayaannya? Ya, itu perlu. Tanpa perasaan untuk berusaha dan melihat kejayaan orang lain, kita tidak akan bermotivasi untuk meningkatkan diri kita. Kita akan berasa rendah diri dan tidak mampu untuk mencapai segala impian.

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak. Setiap ibu bapa berusaha siang malam mencari rezeki kerana ingin meningkatkan taraf ekonomi dan meninggikan statusnya dengan harapan anaknya itu nanti akan mendapat kehidupan yang lebih baik, kerjaya yang bagus dan boleh berdikari menghadapi dunia yang sangat mementingkan material ini.

Sebagai anak, keperluan kita hanya belajar.. belajar dan belajar...
Kerana ilmu saja yang dapat mengubah kedudukan kita, cara kita berfikir, cara kita menghadapi masa-masa sukar dan akan datang. Dengan ilmu pasti segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

Faktor kecemerlangan:
1. Niat yang betul.
2. Pengurusan masa yang berkesan
3. Pemakanan yang baik dan seimbang
4. Belajar dengan kaedah yang betul
5. Hubungan yang baik antara ibu bapa, rakan dan haiwan.
6. Mendekatkan diri kepada Tuhan.
7. Belajar dengan konsisten.
8. Tidak melakukan perkara lagha (sia-sia).

Innamal a’malu binniyyat…Memang tidak dinafikan skop perbincangan untuk topik ini adalah begitu meluas. Terdapat niat dalam melakukan pekerjaan, niat dalam membina baitul muslim dan sebagainya. Tetapi, di sini suka saya berkongsi tentang niat dalam pembelajaran seorang pelajar yang bergelar muslim. Belajar semata-mata untuk exam? Tidak dinafikan, ramai antara kita tidak punya visi dan misi yang jelas dalam menuntut ilmu. Bagi yang memilih bidang-bidang ilmu yang agak sukar mengaitkannya dgn tugas kita sebagai hamba Allah, tentu sahaja cabarannya agak besar. Semua itu kembali kepada niat kita. Ilmu Allah luas..kembalikanlah semuanya untuk menegakkan agama-Nya dalam semua bidang dan dalam masa yang sama, kita tetap berusaha melengkapkan diri dengan ilmu agama sebagai bekalan untuk menjadi hamba yang terbaik.

"Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia adalah manusia mulia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan."

Selanjutnya ku jelaskan kemudian...

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea