Pages

Come and be with me

20110309

tentang my new life at "somewhere"

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:59 am
Memang dah lama sangat aku tak menulis blog ni. Alhamdulillah masih diizinkan untuk mencoret di laman ini. Terasa bagai bertahun meninggalkan penulisan ni...
Oh ye... pada 7hb Febuari 2011, dengan rasminya aku telah menukar 'title' sebagai seoran GURU. Memang inilah tanggungjawab yang paling berat dalam mencorak masa depan anak bangsaku yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Alhamdulillah, bersyukur kerana segala inayah Ilahi aku telah ditempatkan di sebuah sekolah di kawasan Johor. But don't ask me more where is the specific place, yeah!

Aku ditempatkan di sini kerana opsyen mengajar bagi subjek ini kekurangan guru. Disebabkan guru sebelum ini telah menyambung pelajarannya ke peringkat PhD. Bangga aku dengan guru sebelum ini memang begitu hebat nak dibanding dengan pengalaman mengajar aku yang baru setahun jagung ni. Setahun pun belum.

Memang ada kelebihan dan kekurangannya dimana-mana pun. Namun, alah bisa tegal biasa kata orang.

Hari pertama aku berada di sini, aktiviti padat dengan mesyuarat rumah sukan... kemudian hari-hari seterusnya latihan rumah sukan. Perkara yang bakal aku lakukan setiap tahun. Hujung minggu tersebut diserikan lagi dengan Larian Mahkota. Aku dan sebahagian guru menjadi juruacara poco-poco.

Rata-rata pelajar tidak mengenaliku, tetapi disebabkan poco-poco ni aku tiba-tiba dikenali.

Hari-hari kemudian, aku terpilih menjadi jurulatih Sukan MSSD. Sekali lagi aku perlu menguruskan pelajar dan melatih pelajar bagi acara jarak jauh. Memang tak pernah dalam fikiran aku akan jadi jurulatih. Memang tak dinafikan aku tidak berpengalaman langsung. Tetapi alhamdulillah, pengalaman pertama ini memberikan aku pengetahuan yang banyak dalam melatih pelajar. Dan semestinya jika aku terpilih untuk menjadi jurulatih, teori dan praktikalnya sudah aku tahu.

Inilah perbezaan bagi pekerjaan ku sebelum ini. Melibatkan kepelbagaian aspek untuk diuruskan. Tidak dinafikan, menjadi guru pada hari ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Psikologi, pedagogi semestinya perlu difahami berserta kefahaman falsafah pendidikan yang menjadi tanggungjawab seorang guru.

Alhamdulillah, walaupun tempat ini boleh dikatakan jauh. Namun aku masih mampu untuk pulang ke rumah orang tua ku.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibuku yang telah menghantar aku ke sini. Dan terima kasih kepada tunangku tersayang kerana berusaha memenuhi keperluan ku di sini. Segala usaha dan pengorbanan kalian kupanjatkan doa kepada Yang Esa, semoga Allah memberikan rezeki yang murah untuk kalian. Insya Allah.

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea