Pages

Come and be with me

20120410

Protokol Bangang Yang Sama-Sama Perlu Kita Hapuskan.

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:42 pm


Oleh: Teh Tarik Gelas Besar

Hari Ahad lepas saya hilang dompet saya dalam train komuter, which betul lah teori aku tentang kebangangan KTM Komuter tentang Ladies Coach. Bila ladies turut nak menyelit dalam coach lain, tapi coach ladies tak boleh dimasuki lelaki, mengakibatkan kesesakan yang amat sangat. Dan dalam kesesakan itu, kita hilang kawalan – sedar-sedar, wallet kena cilok, dan tak tahu siapa yang cilok.

Kehilangan wallet ini sama complicatednya dengan hilang motor atau hilang kereta sebenarnya. Cuma complicatednya ni kadang-kadang ridiculous sampai pada aku tak masuk dek akal.
Tatkala hilang wallet – maka hilanglah identiti kau, sebab IC kau, kad pengenalan kau, dan segala kad insurans (jika ada) akan hilang serta-merta. Pada masa tu, kau akan rasa kau kena start everything, all over again.

First sekali yang aku buat selepas kehilangan wallet ialah aku pergi report polis. OK, yang paling leceh bila pergi balai polis, bila polis menyoal siasat kita as if kita pulak yang penjenayah. Nasib baik time aku – polis macam malas nak tanya, dia tanya apa yang hilang and that’s it. Kawan aku pernah kena, siap kena khutbah Rabu lagi(dia report hari Rabu) – cakap tentang jaga wallet elok-elok. Pundek, orang dah hilang wallet, kau nak membebel lagi buat apa. Aku tengok muka dia tension je masa aku teman dia dulu. Nasib baik time aku, polis tu tak banyak karenah sangat.

Lepas report polis, aku kena pergi JPN untuk buat IC. Pergi ambik nombor – which is bagi aku ridiculous sebab aku tengok counter banyak, tapi macam semuanya tak buat apa-apa pun. Takpe, yang tu aku tak ralat sangat. Apa yang meralatkan aku ialah – aku kena bayar RM110. First, wallet aku kena cilok, definitely lah aku tak boleh keluarkan duit aku untuk bayar jadah ni, dan second – aku warganegara Malaysia, kenapa hak aku untuk berkad pengenalan perlu dibayar? Habis hasil cukai selama ni kau buat apa? Kenapa aku kena bayar hanya untuk aku tuntut hak aku sebagai warganegara? Lainlah passport – sebab nak keluar negara, maka hak aku di negara orang dijamin dengan bayaran tu. Ni aku nak buat duduk dalam negara.

Bukanlah aku nak whine sangat pasal bayaran tu, but bukannya orang sengaja hilangkan wallet untuk kau jadikan penghilangan kad pengenalan tu satu denda. Cuba kau tanya, siapa yang suka hilang wallet? Cubalah rational sikit. Dah la hilang wallet lepas tu kena pow lagi. If let’s say kau nak kenakan bayaran tu pun munasabahlah sikit, RM20 pun aku rasa okay dah. Ini sampai RM110 apa jadahnya? Kad biometriklah, apalah – lancau kau tahu, lancau?

Satu kata pentinglah – kalau Pakatan Rakyat benar-benar nak menang pilihanraya ni – kau cakap mansuhkan bayar denda RM110 ni – konfirm aku akan undi kau. Aku tak tahu orang lain – tapi aku bajet mereka pun setuju benda ni.

Lepas loan kawan aku aku pun pergi ke bank CIMB nak buat kad ATM yang baru. Lepas tu, aku pergi ke kaunter nak buat kad ATM tu. Perkara pertama yang dia cakap, “dik, mana MyKad adik?”. First, wallet aku hilang, dah kad ATM aku hilang, automatiklah IC aku hilang. Common sense lah sikit. Jangan terlalu skema dan protokol sangat sampai tanya soalan bangang macam tu. Apa kebangangnya, yang JPN tadi bangang, gi mintak duit time kad ATM aku hilang, automatiknya memang tidak ada duit, yang ni pulak, aku nak pergi buat ATM card automatiklah IC aku hilang.

“Dik, kad pengenalan sementara tak boleh, kena MyKad jugak”. Kad pengenalan sementara tak boleh, then takkan kau nak tunggu sampai 3 minggu bila MyKad aku siap baru aku boleh keluarkan duit? Kau cakap macam tu sebab tak ada details pasal aku, apa kau takde central data ke? Habis aku keluar duit kat ATM mana, bank mana, kau takde record ke? Takkan takde data aku langsung?

“Kalau adik nak buat kad ATM jugak jugak(memang dia cakap macam tu), adik kena pergi di cawangan yang adik buat kad ATM dulu”. Pundek, aku kena pergi USM Penang untuk buat kad aku balik, walhal aku di Shah Alam? Apa kejadah? Ni kerja gila bro.

Kadang-kadang orang kata, karenah birokrasi ni perlu bagi nak menguruskan urusan kerajaan atau bank dengan sistematik. Tapi apa yang aku nampak, ia hanya problematique yang hanya menyusahkan diri aku sebagai rakyat, dan menyusahkan aku sebagai seorang customer bank.

Kalau kau nak cakap aku benak sebab tak faham pasal sistem bank atau JPN, please enlighten me kenapa kau rasa benda-benda macam ni bukan sahaja menyusahkan aku, tapi menyusahkan korang juga. Central data, kan senang. Lepas tu JPN pun, berapa banyak kau nak pow rakyat lagi? Takkan buat kad macam bodo macam tu pun kena bayar RM110?

Jadi,lupakan ayat 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan – sebab aku tak fikir aku selaku rakyat – tak rasa didahulukan pun, dan aku rasa pencapaian CIMB pun takdelah power mana pun. Kalau tak, kenapalah Lejen Press punya bos suka complaint pasal CIMB?

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea