Pages

Come and be with me

20120405

Shout yours!!!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:22 pm

Bila kita dah bekerja, tiada lagi hal yang lebih penting difikirkan. Biasanya bagaimana kita nak tingkatkan lagi prestasi kerja, dapat peluang yang lebih baik, naik pangkat, dapat berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan kediaman. Memang itulah lumrah dalam kehidupan kita.

 Tapi berbalik kepada keadaan tempat kerja... Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Terkadang boleh tertangguh-tangguh jika kesuntukan masa. Dan mungkin disebabkan sikap kita yang suka melengah-lengahkan kerja. Oleh itu, jangan biarkan diri kita dibebani hutang masa. Hutang tugas.

Setiap tugas yang diamanahkan perlu diselesaikan secepat yang mungkin. Harap-harap di akhirat kelak kita tidak terpaksa membayarnya dalam keadaan yang sangat perit.

 Tanggungjawab manusia ini sangat besar. Tetapi jika manusia tidak menyedarinya, manusia itu akan tewas dalam dirinya sendiri.

 Hal yang paling rumit adalah menjaga emosi sendiri. Jangan biarkan diri kita diselubungi emosi yang tidak menentu. Kerana hal itu akan sangat memburuk. Terkadang kita tidak menyedari bahawa orang disekeliling sentiasa memerhati cara kita berkomunikasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, memberi arahan, menerima arahan, dan melaksanakan sesuatu tugas.

 Emosi adalah hal yang paling sulit untuk dijaga bila hati manusia tidak dapat berfikir dengan baik. Bekerja dengan manusia juga adalah hal yang merumitkan. Kata orang, banyak orang, banyak ragam. Lain halnya jika kita bekerja dengan mesin, kertas yang tidak dapat berbahasa kepada kita. Jika kita asyik mempedulikan kata-kata orang kita tidak akan maju ke hadapan.

Namun hal yang lebih menyebalkan bila kita melihat orang yang tidak mahu tersenyum kepada kita. Sedangkan kita tidak melakukan hal yang menyakitkan hati seseorang itu. Ya, memang kita tidak perlu merasa pelik. Namun,disebabkan kita bekerja dalam satu komuniti. Kita perlu berfikiran positif.

Setiap orang punya masalah. Namun bertindaklah secara rasional dan selesaikan secara terbuka. Sikap kita menunjukkan emosi kita, personaliti kita. Mengapa kita perlu bermasam muka sedangkan tersenyum merupakan hal yang baik dan menambah pahala. Apapun, sebagai manusia. Kita perlu berfikiran positif.

Semoga hari-hari kita akan lebih baik dari hari-hari semalam. Allah tetap memberi rezeki kepada kita, kerana Allah sahaja yang tau akan kebaikan mengapa Allah belum menjawab doa dan permintaan kita.

p/s: Segala yang terjadi dalam perancangan Allah. Maka itu, belajarlah untuk redha. :)

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea