Pages

Come and be with me

20121201

Ku menunggu

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 1:45 pm
Pukul 11 tadi aku menjawab panggilan telefon... Terus bergegas aku ke dapur, memotong ayam dan melumurkan ayam itu dengan rempah.

Lalu aku mandi.. dan bersiap-siap ke pasaraya untuk membeli barang keperluan memasak mee hoon goreng.

Sesampainya di Petronas bersebelahan pasaraya itu, aku memakirkan kereta ku. Sempat lagi mengeluarkan not hijau lumut dari ATM RHB bank. Ternyata ramai yang beratur di ATM CIMB. Takkan nak tunggu berbaris panjang. Malaslah!

Setelah itu, aku berjalan masuk ke pasaraya. Mengambil bakul dan terus mencari bahan-bahan untuk memasak. Selesai memilih apa yang perlu dan adakalanya aku gemar menambah barang-barang dapur supaya tidak perlu kerap ke pasaraya.

Seusai beratur dan bayar, aku berkejar pulang ke rumah. Oh lupa, setiap Sabtu kena beli plastik. (langkah pengurangan plastik). Apa-apa je la.

Namun langkah ku perlahan menuju ke rumah. Mendaki bukit..... Kalau jalan kaki mahu.. setengah jam baru sampai.

Nak masuk di pintu pagar perlu guna pas kebenaran masuk. Aku mencari petak parkir kosong yang berdekatan dengan pintu rumah. Namun agak hampa, mungkin ramai yang tidak keluar hari ni. Jauh sikit baru lah ada.

Aku menjinjit 2 beg plastik yang agak sarat dengan bahan-bahan masak.

Sesamai di rumah, terjengul di sofa, kawan anakku, Eyka. Dah bangun pun getus hatiku.
"Jenuh aunt kejut ko tak bangun pun ea... " saja aku tinggikan suara.
Tapi dia buat tak dengar je. Lalu barang-barang tadi aku letak di atas kabinet dapur.

"Dah, pegi kejut Alin dengan Tofik, lepas tu tolong aunt masak" ujarku.

Eyka banyak menolong ku bila ada dirumah ni. Bila dia ada di sini, dia tolong menyediakan bahan memasak, mengangkat kain dan mengemas dapur. Untung ada anak macam Eyka.

Aku sendiri senang meminta tolong Eyka berbanding dengan Alin.


Kami bersama-sama berada di dapur menyediakan bahan memasak. Sambil itu aku mengajarnya cara memasak yang betul. Memberi tips-tips berguna.

Bak kata ibu ku; "Siapa yang pandai masak tak rugi".

Benar bukan? Masakan seorang ibu/ bapa dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang akan menjadikan masakan itu lebih baik dan berkat. Anak-anak mudah mendengar kata ibu. Suami pula boleh mengurangkan belanja makan di luar. Sekali-sekala makan di luar apa salahnya. Kalau setiap hari makan di luar, apalagi di kedai mamak, baik kawin dengan mamak je.

Tambatlah kasih sayang kita dengan masakan. Tidak perlu resepi yang pelik-pelik. Resepi ringkas pun dah memadai. Adakalanya kita boleh menambahbaik masakan kita dengan mencuba resipi-resipi lain. Itu pun dan cukup bagus tu!

Lepas siap menggoreng mee hoon yang penuh berperisa dan perencah. Aku teruskan dengan menggoreng keropok.

Masih lagi berbual dengan Eyka.. Menceritakan kelebihan dan kekurangan keropok yang dibeli.

Ia lebih mudah bercerita bila ada orang yang sudi mendengar daripada kita membiarkan diri bercerita tapi orang tak berminat.


Sampai kini aku masih menunggu panggilan suamiku. Katanya mahu ke Seremban dan Port Dickson. Mungkin juga akan ke Johor Bahru. Tapi entah pukul berapa baru gerak ke sana.
Susah menunggu orang yang sibuk. Masanya sukar ditentukan.

Bila berjanji tentang masa sukar untuk dijangka. Lebih baik tak perlu terburu-buru.

Ini pun aku masih menunggu.......







                       





0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea