Pages

Come and be with me

20120404

Bulan itu datang lagi...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:35 am
Bila bulan itu datang ramai yang cuba isi borang. Mereka ingin mencuba nasib. Namun bukan semua manusia dikurniakan segala rezeki pada masa yang sama. Caranya juga berbeza.

Semua perlu akur. Aku juga cuba nasib. Jika ditakdirkan Ilahi, aku juga ingin pergi dari tempat ini. Masing-masing punya alasan tersendiri mengapa mereka mahu keluar dari sini.

 Cuma mereka yang betah tinggal di sini tidak perlu mengisi borang itu. Itu pun tak terlalu ramai yang berbuat demikian. Tiada apa yang lebih membahagiakan bila bersama si dia yang tersayang disisi. Setiap masa. Ketika pulang melihat wajahnya. Itulah doaku, itulah doa yang sangat-sangat ku harapkan. Aku ingin terbang ke kediamanku. Biarpun peluang bulan itu sangat tipis. Tapi apa salahnya mencuba. Itupun hal yang dikatakan USAHA. Yang penting usaha telah dilakukan. \

p/s: Masih berharap.

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea