Pages

Come and be with me

20100608

tiada kesudahan

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:04 pm
Ketawa dan airmata
itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pastiku rasa
begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
ia mengajarku erti setia
apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan

Walaupun sering kau kutinggalkan
itu tiada bermakna
kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata (3x)


orang cakap zaman bercinta indah dan romantis sekali. tapi bukan semua seronok itu sentiasa ada. masa jatuh hati ok lagi.. tapi bila da masuk nak kenal ati budi masing-masing... kemudian nak jaga ati.. nak pertahankan hubungan ni.. macam-macam juga dugaan yang melanda.. kalau kuat hubungan dapat bertahan, kalau tak sampai separuh jalan.

Bukan mudah nak jumpa 'soulmate' yang macam dijodohkan tu. mungkin lepas dua tiga kali putus baru la jumpa dengan Mr/Ms Perfect. Ye la, bukan memilih sangat nak yg beragama, keturunan yang baik2, berilmu dan tambah lagi bonus cantik. Siapa yang tak nak orang yang cantik. Biasa kalau dah cantik lagi sukar nak buat pilihan. Mungkin tu dugaan untuk orang yang cantik. Kalau kurang cantik atau biasa-biasa, susah jugak nak cari Mr/Ms Perfect.

Kalau boleh semua orang nak yang sempurna. Bukan ape, nak tutup kelemahan kita, dan mungkin juga melengkapi kekurangan kita. Tak semua yang kita nak bleh dapat dalam 1 masa terus. mesti ada lebih dan ada kurang. Selagi kita manusia, tak ada yang sempurna..
Hatta sekalipun perasaan cemburu..

Perasaan cemburu ni kata orang, sikit-sikit tu kena ada juga. Kalau tak ada langsung macam dayus je bagi seorang lelaki. Tapi kalau terlampau keterlaluan cemburu pun susah juga. Mungkin pengalaman yang lepas menjadikan seseorang bersikap cemburu buta. Mungkin juga kerana kesalahan yang pernah dilakukan oleh seseorang pasangan itu menyebabkan seseorang itu menjadi cemburu. Selagi nama manusia, selagi tu la ada sahaja rasa yang tidak cukup dan tidak puas dengan apa yang ada.

Mungkin juga panas baran, kalau setakat panas baran dan tak menyakiti pasangan tak apa la juga. Tapi kalau dah sampai naik tangan kt badan pasangan, baik lupakan saja hasrat untuk meneruskan kehidupan bersama. Sedangkan belum menjadi pasangan suami isteri pun dah berani pukul orang, lagi la kalau dah hidup berpasangan. Bertindak awal sebelum terlewat.

Dalam melewati usia hubungan, baik la cepat-cepat mendirikan rumah tangga. Lagipun dengan sosialiti sekarang ni, pelbagai gambaran yang tidak elok sering terpapar di media. Banyak sangat dah kes buang anak. Kesian anak-anak yang tidak berdosa itu. Selain itu pula, ada kalangan pasangan yang sanggup mendera anak sendiri. Begitula pincangnya masyarakat hari ni.

Soal kahwin dan jodoh ni memang sukar nak kita ramal. Tapi, percayalah bahawa setiap pasangan kita dah ditentukan. Kalau kita tak cari, tak mungkin jumpa. Dan kalau dah jumpa elok la percepatkan hubungan tu dengan ikatan rasmi. Zaman sekarang ni dah kembali ke zaman dulu.

Soal cinta, perasaan dan kehidupan adalah persoalan yang sentiasa ada dalam jiwa manusia.. selain daripada urusan kerja.. keperluan rohani ini perlu dititikberatkan kerana semua orang inginkan kasih sayang.. tanpa kasih sayang dan tanggungjawab.. Jadi berwaspadalah dalam mengatur urusan rohani....

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea