Pages

Come and be with me

20100825

Orang GILA!!!!!!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:05 pm
Hah? Dengar ayat je pun da boleh agak... Memang sekarang dah ramai orang yang gila.
Macam-macam gila. Macam lagu Datuk M. Daud Kilau dengan Wings.. Gila judi, gila harta, gila pangkat, gila kuasa, gila (skizoprhenia)...

Kebelakangan ni saja dah macam-macam cerita disebabkan pendeknya akal manusia, kurangnya rasa sabar dan gila la senang cerita. Simbah cuka getah di muka, bunuh anak sendiri (menggugurkan kandungan), buang anak, bunuh isteri dan cederakan anak, dan yang paling terbaru, sebelih anak sendiri.

Kalau dah memang ada masalah mental, kenapa tidak mendapatkan ubat? Adakah kita sengaja mahu mencari padah?

Pendapat-pendapat mudah dikeluarkan, tetapi apa yang penting perlu kita sedar di sini bahawa segala tindak tanduk manusia hari ini bergantung sebenarnya dengan perubahan alam (cuaca dunia).

Kalau kita renungkan sejenak, disebabkan pemanasan global yang semakin ketara dan meningkat ini telah menyebabkan ramai diantara kita yang jadi berubah sikapnya. Yang secara tidak langsung menjadi agresif, mudah marah, merasa tertekan, mudah tersinggung dan juga mengakibatkan mereka ini berfikiran singkat.

Mengapa tidak, masakan ramai manusia dibunuh, Dan hampir setiap hari ada sahaja pembunuhan terjadi di dunia ini. Adakah manusia sudah hilang rasa perikemanusiaannya?

Hal yang kita tanyakan ini saling berkait dengan alam .. dan sebagaimana kita merosakkan alam..
begitula juga alam bertindak terhadap emosi dan pemikiran kita. Mungkin telahan saya ini tidak masuk akal pada ahli pengkaji, tetapi mungkin juga ada benarnya.

Sebagai makhluk yang dikurniai akal fikiran, sewajarnya kita selalu tanyakan pada hati, adakah betul apa tindakan yang akan kita lakukan ini. Dan bawalah ia bersama persoalan minda..

P/S: Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.

1 komen dari pembaca:

Cik Engr Aishah Zakaria said...

yup..aku stuju statement ko yg mgaitkan perubahan cuaca mpengaruhi emosi org lain..ustaz aku pernah cakap dulu manusia jadi lebih agresif,stress bila cuaca panas..sebab jadi xselesa n effect ke otak tu..tu yang wat manusia hilang pertimbangan dan wat segala kerja gila tu

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea