Pages

Come and be with me

20100825

PLASTIC BAG punya cerita

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:43 pm
Entah berapa lama sudah kita pakai beg plastik. Setiap kali beli barang mesti masuk dalam beg plastik. Lepas guna, kita buang pulak dalam tong sampah. Paling tak pun kita guna beg plastik tu buat alas isi sampah. Kemudian kita buang jugak ke dalam tong sampah besar.

Bak kata pepatah, "Pi Mai Pi Mai Tang Tu". Apa cerita pula dengan plastik itu? Adakah ia terbiodegradasi? Persoalannya, berapa lamakah lagi kita akan mengamalkan kitaran beg plastik seperti ini?

Sedangkan kita sudah sedia maklum dengan pengetahuan bahawa plastik itu tidak akan terurai.
Namun mengapa kita masih tetap menggunakannya? Tidakkah ada cara yang lebih baik untuk menggantikan plastik sebagai bahan yang digunakan untuk mengisi barang.

Kita ambil contoh, terdapat beberapa negara yang menggunakan beg kertas sebagai pengganti beg plastik. Penggunaannya secara berleluasa telah menjejaskan pemandangan alam ini. Kita boleh lihat pelbagai warna yang tidak sepatutnya kita lihat.

Mengapa kita masih tidak peduli akan alam ini? Adakah kerana kita berfikir bahawa kita ini hidup sendiri? Pernahkah kita terfikir bahawa adakah ini yang akan kita tinggalkan kepada generasi kita akan datang dengan keadaan kotor disebabkan oleh plastik yang tidak terurai ini?

Marilah kita amalkan cara terbaik untuk mengelakkan penggunaan beg plastik ini.

Sayangi alam maya ini.

"Save the Earth"

2 komen dari pembaca:

Cik Engr Aishah Zakaria said...

ye betul...sekarang da la byk pencemaran..nak2 kilang sebelah asrama aku ni..eee...hari2 myedut asap hitam tu...pening aku

Nurain Shukree said...

tak elok la... penyakit tak nampak sekarang.. kalu hari2 ko sedut asap tu...
mana la tau 1 hari nnt ko akn pregnant... bahaya juga tu.. utk jangka masa panjang..
sebab tu la kita mudah dapat sakit yg pelik2...

Rawat sebelum lewat

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea