Pages

Come and be with me

20110606

Kain putih ...

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 12:31 am
kehidupan ini lebih indah bila setiap manusia saling sayang menyayangi antara satu sama lain tanpa ada perasaan syak wasangka apatah lagi buruk sangka.

Bila melihat kanak-kanak yang baru belajar erti kehidupan dunia, mereka yang polos mudah menyalurkan perasaan sayang mereka. Benih yang baik disemai, menjadikan kanak-kanak ini mempunyai perasaan cinta yang sangat kuat terbina.

Pada masa inilah kita mengajarkan mereka erti ketakutan, erti kejahatan, erti kemusnahan.. yang sebenarnya dimomokkan oleh kita barangkali sejak zaman dahulu lagi.

Sucinya kain putih itu sering dibejatkan dengan limpahan warna-warna yang kadangkala menjadi kabur dan kadangkala menjadi sangat menjengkelkan. Salah kan siapa lagi? Sudah tentu ibu bapa kerana mereka yang mencorakkan warna pada kain putih itu.

Hari ini warna putih itu dicontengkan lagi dengan didikan-didikan pengasuh yang entah dari mana asalnya. Maka, acuannya menjadi berantakan. Ibu bapa hari ini menaruh sepeunh kepercayaan tidak kurangnya juga kepada anak-anak mereka. Lantas mereka terus biasa dan binasa.

Masihkah kita mahu menganggap dunia hari ini sama dengan dunia kita yang dahulu? Fitrahnya begitu, walau bagaimanapun hakikatnya tidak begitu. Sedari keperluan dan kehendak dunia hari ini untuk terus mencorakkan warna supaya kekal suci tanpa setitik noda atau ibarat semut hitam di malam yang gelap.

Ayuh, sedarinya sebelum terlambat.

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea