Pages

Come and be with me

20110606

Kenali E.Coli

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:05 pm
SAINTIS mendakwa bakteria merupakan salah satu hidupan tertua dan dipercayai wujud di dunia ini hampir 4,000 juta tahun lamanya. Dalam tempoh tersebut, hidupan ini menjalani kehidupan yang berbeza-beza dan cukup menarik.

Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa interaksi bakteria dengan lain-lain hidupan mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.

Ini termasuklah dalam proses pembuatan tanah, makanan lembu, mengawal serangga, ubat-ubatan, bioplastik, tumbuh-tumbuhan, mengurangkan pencemaran seperti minyak, plastik dan sebagainya.

Sebagai contoh, sebahagian besar haiwan mamalia seperti lembu dan kambing bergantung kepada bakteria untuk membantu menghadamkan makanan mereka.

Bakteria Escherichia coli atau singkatannya E. coli, juga di sebut
sebagai E.kolai adalah sejenis basilus gram-negatif. Ia merupakan
sebahagian flora normal usus pada haiwan dan manusia. Sebagai flora
normal, E. coli membantu menghalang penempatan organisme patogen yang
menyebabkan penyakit.

Selain itu, E. coli juga menghasilkan vitamin K dan B kompleks yang diperlukan tubuh.

``Bagaimanapun, sekiranya E. coli beralih daripada ekosistem asalnya, bakteria ini menjadi berbahaya. Ia dilaporkan, antara agen penyebab jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah atau septisemia, radang selaput otak pada bayi (neonatal meningitis), cirit-birit dan jangkitan luka selepas pembedahan terutama yang melibatkan pembedahan usus,'' kata Pakar Perunding Mikrobiologi dan Kawalan
Apakah E.Coli???

Infeksi, Jabatan Mikrobiologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Madya Dr. Nordiah Awang Jalil.

Bakteria E. coli julung kalinya ditemui dalam usus manusia oleh seorang pakar bakteria Jerman, Theodor Escherich pada 1885.

Beliau berjaya membuktikan bahawa terdapat beberapa jenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak. Bakteria ini juga dipercayai menyebabkan radang pada perut dan usus atau juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Ia merupakan kejayaan terbesar dalam kesihatan orang awam. Peringkat awal, bakteria ini lebih dikenali sebagai Bacterium coli.


Bagaimana E. coli dikenal pasti?

E. coli boleh dibiakkan di dalam makmal pada piring agar-agar daripada spesimen klinikal seperti najis, air kencing, darah dan cecair serebrospina pesakit. Ia kemudian diproses dan dikultur.

Selepas satu atau dua hari koloni E. coli yang tumbuh pada piring akan dikenal pasti menggunakan ujian biokimia.

Biasanya proses ini mengambil masa dua hingga tiga hari. Jika E. coli ditemui dalam air, ini boleh menjadi petanda bahawa air itu tercemar dengan najis haiwan atau manusia. Ia boleh terjadi sama ada melalui kumbahan sisa najis, yang boleh mengakibatkan penyakit tularan najis ke mulut seperti Salmonelosis dan kolera.


Rawatan

Rawatan untuk UTI, jangkitan kuman dalam darah atau septisemia, radang selaput otak pada bayi dan jangkitan pada luka pembedahan, pesakit perlu diberi ubat antibiotik tertentu.

Sebaliknya, pesakit yang mengalami cirit-birit perlu mendapat air dan garam gantian secukupnya sama ada melalui minuman atau intravena. Bagaimanapun, agen menghalang pergerakan usus seperti lomotil tidak disyorkan kerana ia mengakibatkan cirit-birit yang dialami menjadi semakin serius.


Pencegahan

Sehingga kini, belum ada vaksin digunakan secara rutin untuk mencegah jangkitan E. coli.
Penggunaan antibiotik profilaksis juga tidak disyorkan kecuali kepada individu yang berisiko tinggi menghidap cirit-birit akibat mengembara.

Lebih penting amalan kebersihan diri dan menggunakan air
bersih dapat membantu mengelakkan masalah ini. Selain itu:
* Mengelakkan daripada menggunakan kateter membuang air kecil
* Menyusu bayi dengan susu ibu
* Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya
* Minum susu yang dipasteur
* Kepada pengembara, pastikan mengamalkan makanan yang dimasak dan minum air yang dibotolkan atau dididihkan.

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea