Pages

Come and be with me

20120607

AKDN/ISA

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:18 am
ISA (Internal Security Act) atau dalam bahasa Melayunya Akta Keselamatan Dalam Negeri. Akta ini telah pun dimansuhkan pada Sept 2011. Tetapi rasanya ia masih terus ada dan digantikan dengan nama yang lain. 

Tak perlu nak bercerita panjang tentang sejarahnya. Apa yang pasti pada masa kini isa ni digunakan untuk menahan orang-orang politik, orang-orang tertentu yang dianggap mengganggu keselamatan negara. 
Satu hal yang aku rasa manusia normal boleh fikir secara rasional dan relevan (kata nak sangat bukti logik akal). Kalau manusia tu seorang ahli sastera pun dia boleh dianggap merosakkan keselamatan negara ke? 
Cuba fikir betul-betul. 

Lain la kalau orang tu adalah komando ke, badan-badan yang bersenjata, pemilik senapang atau bahan letupan. Mungkin ia layakla ditafsir sebagai orang yang boleh mengganggu keselamatan negara.Ada meriam sebiji ke kat rumah dia, ada molotov k. Ini tidak. 

Atau disebabkan mereka yang ditahan itu mempunyai pemikiran yang lebih baik dari kalian yang merasakan diri kalian bagus dan itulah sebabnya yang membuatkan mereka itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sayangnya orang-orang yang mempunyai kepakaran, kebijaksanaan ini dianggap manusia yang tidak siuman. Manusia yang gila seks. Manusia yang gila kuasa. Manusia yang kejam. Manusia yang mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. (itu lah alasan yang sering diberi bila mereka ini ditahan). Alasan yang sangat popular adalah mereka ini mengganggu gugat keselamatan negara. (That's idiot!!)

Mengapa mereka tidak diberikan pilihan dan ruang untuk menyatakan hasrat mereka? Mengapa kita hanya asyik mendengar sebelah pihak sahaja? Jika mereka salah, buktikan dengan kebenaran. Beri ruang untuk manusia-manusia lain menilai sendiri kebenaran atau kejahatan mereka. Ini telah nyata menunjukkan tidak wujud keadilan. Rasanya tidak salah mereka ingin mengusulkan sesuatu. Tetapi amatlah malang bagi mereka yang telah ditutup pintu hatinya.

Jika mereka yang dianggap gila ini benar-benar gila, mereka tidak berada di luar sana. Pasti mereka duduk di dalam sebuah hospital bersama pesakit kronik jiwa yang lain. Adakah selama ini kita hanya melihat sebelah pihak sahaja yang benar? 

Sekali lagi yang paling tak faham bila mereka ini difitnah dengan fitnah yang sangatlah luarbiasanya. Tetapi mungkin kita ini kena ingat bahawa segala-galanya boleh terjadi. Walaupun perkara itu dianggap mustahil.
Mungkin mereka ini lupa bahawa ada yang lebih Maha Berkuasa. Sementara mereka itu masih berkuasa. 

Ramai yang telah ditipu dan mentafsirkan dengan pandangan yang salah. Bukan kerana mencari kebenaran. Tapi bodoh dan tolol kerana menjadi lembu yang dicucuk hidungnya. Carilah kebenaran itu. Jika kita membiarkan diri kita dalam keadaan yang masih berterus-terusan begini. Kita akan rugi. Kerana kelemahan kita tidak mahu mencari apa yang benar dan apa yang salah. Yang salah itu sudah nyata. Tetapi apabila kita telah diapi-apikan oleh dakyah2 yang mengarut. Kita mula la nak kata itu hak kita. ini hak kita. Dimana yang dikatakan hak kita itu? Kaji lah. Apakah selama ni kita hanya mengikut telunjuk mereka tanpa berfikir dimanakah kebenaran atau semua ini secara kebetulan yang disengajakan?

Kita telah lama dibuai oleh perasaan "pampered" (dimanja berlebih-lebihan) sampai satu masa kita buta untuk menilai kebenaran. Kita rasa semua yang kita lakukan itu benar. Benar dan benar semata-mata. 

Renungilah sejenak, apa yang telah kita alami dan lalui sepanjang umur kita dan semasa kita berada di Malaysia ni. Bukan untuk menjadi manusia bodoh seperti lembu. Tetapi  ingatlah nanti tentang kehidupan mati kita. Hidup di dunia ini sementara. Carilah kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan. Tapi ia sesuatu yg sebenarnya amat menyenangkan hati kita. Namun jika kita selesa dengan apa yang ada dan masih rasa tidak ada apa-apa yang berlaku. Ingatlah bahawa, kita berada dalam kerugian. 

p/s: Rajin-rajin baca buku, bukan blog yang buat hati rasa panas. 

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea