Pages

Come and be with me

20121114

Salam Maal Hijrah 1434H - Teruskan Perjuangan!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 3:38 pm

Assalamualaikum

Dah lama rasanya saya tak meng'update' blog ni kan?

Maklum lah, sibuk sangat dengan aktiviti harian disekolah.
Alhamdulillah.. Allah beri kesempatan pada saya untuk menulis pada saat ini.

Terlalu banyak yang telah kita lalui sepanjang 1 tahun tempoh yang diberikan. Bila kita hitung semula apa yang telah kita lakukan dan apa yang kita azam tahun ini.. Adakah semuanya telah dilaksanakan dengan baik? Cemerlang?

Ya, hanya kita saja yang tau apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh 24 jam, 1 minggu, dari hari ke hari kan?

Cukup sekadar mengingatkan apa yang kita azamkan tahun ni telah sempurna dijayakan atau tidak. Ia nya bergantung kepada kita sendiri.

Apa pun, tahun depan merupakan tahun yang akan dilalui dengan debaran, cabaran serta dugaan. Kita berdoalah harap-harap Allah tetap berada di sisi kita. Insha Allah.

Allah akan beri pertolongan pada hamba yang sentiasa meminta kepada Penciptanya.

Jadi tanpa membuang masa.... saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1434H untuk semua pembaca blog saya. Semoga Allah akan memberi kita kurniaan rezeki yang melimpah ruah, menjaga kita, keselamatan kita, menjadikan kita manusia yang sabar.

Insha Allah.

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea