Pages

Come and be with me

20121224

Siapa yang harus dipersalahkan?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 10:52 pm
Ok.. Hari ni mungkin hari yang sangat padat untuk kami.. Apapun .. Selagi masih ada masa, kita gunakanlah sebaiknya.

Hari ini kita santai-santai.... Tugas saya yang formal sebenarnya masih belum bermula. Mungkin nampak tak sabar untuk memulakan langkah baru dalam perjalanan 2013 terutama bila berada di sekolah baru. Saya tidak mampu untuk berfikir apa yang akan dan bakal terjadi di skewl nanti. Harap semuanya akan baik dan meriangkan.

Saya bukanlah antara manusia yang gembira setiap masa. Kehidupan yang dilalui menyebabkan saya rasa hanya perlukan sedikit masa untuk ketawa dan gembira. Apa yang penting ialah meluangkan masa bersama yang tersayang dengan berkualiti.

Ok... tak payah nak cerita lagi. Kat sini saya nak nasihatkan lah sikit kat anak-anak muda... Saya rasa tak terlalu tua.. Tapi berdasarkan apa yang telah dialami. Kata orang.. "Guru yang terbaik dalam kehidupan kita ialah PENGALAMAN". Ya, terus terang pengalaman banyak mengajar kita dalam merangka kehidupan yang seterusnya. Bermula dengan sesuatu yang difikirkan BAIK atau TIDAK bagi kita. Seterusnya LANGKAH yang diambil. Setelah itu wujudlah sebuah PENGALAMAN. Mungkin saja pengalaman itu suatu yang terbaik atau sesuatu yang paling buruk dalam hidup kita. Tetapi apa pun kita tidak mampu untuk mengubah masa. Ya, TIDAK MAMPU. Apa yang mampu kita lakukan adalah dengan belajar daripada PENGALAMAN yang telah dilalui itu.

Sebagai anak muda remaja yang masih belajar untuk mengenal dunia.... Saya sarankan anda untuk mencari kawan. Carilah seberapa ramai kawan yang ada. Anda pun tau nak cari kat mana kan? Sekarang ni banyak saluran-saluran. Tetapi, pilihlah kawan yang baik. Maksud baik di sini ialah yang anda rasa dia membantu anda untuk meningkatkan kehidupan anda. Tidak kira kawan itu seseorang yang kaya atau yang miskin.

Sebagai insan yang dilahirkan mempunyai akal yang sihat dan waras (jika anda tidak merokok dan meminum arak) --> akal anda dikira sihat. Anda wajar untuk mempertimbangkan kebaikan, kelebihan yang anda boleh perolehi daripada persahabatan itu. Seseorang yang berkawan, pasti ada niat tertentu. Tidak mungkin seseorang itu bersahabat atau berkawan tanpa tujuan. Betul tak? MUSTAHIL. Anda tak payah lah tipu. Hati anda lebih mengetahuinya.

Kalau boleh biarlah pilihan kawan itu juga disuakan kepada ibu bapa anda. Biar ibu bapa anda dapat menilai sejauh mana kawan yang anda pilih itu. Jangan timbulkan masalah dikemudian hari. Anda perlu tahu bahawa apa-apa sekalipun masalah dalam kehidupan anda akhirnya akan merujuk kepada keluarga anda. Kawan-kawan biasanya ada semasa anda senang. Bak kata orang.. Anda dapat menilai erti persahabatan semasa anda berada dalam kesusahan. Itulah sebenar-benar KAWAN.

Lebih baik tidak punya kawan daripada mempunyai kawan yang hanya merosakkan hidup kita. Sebab itulah sedari kecil kita diajar supaya memilih kawan-kawan yang baik dan dapat memberi faedah kepada kita. Bukan kerana mengambil kesempatan di atasnya. Tetapi mengambil kebaikan supaya kita dapat maju bersama-sama dengannya.

Allah mengurniakan akal kepada kita untuk memilih antara baik dan yang buruk. Oleh itu gunakanlah akal fikiran yang diberi itu untuk menentukan kebaik dan kejahatan. Malangnya ramai diantara kita yang mudah digoda, tergoda dan ternoda. Hilangnya perasaan malu menyebabkan kita mudah untuk membenarkan orang lain menguasai diri kita. Sedangkan kita berhak ke atas diri kita sendiri.

Oh, lihatlah saja ramai anak muda hari ni tak dapat membezakan antara kasih sayang dan cinta. Mudah terpengaruh dengan ajakan teman sendiri. Menganggap dirinya dicintai, sedangkan dia telah dipergunakan sewenang-wenangnya oleh teman itu. Kalau nak kata bodoh, tak boleh terima. Lihat saja di laman sosial, begitu mudah anak-anak remaja itu menuding jari kepada orang lain mengatakan bahawa mahkotanya telah dinodai. Tetapi yang bodohnya adalah dirinya sendiri. Masa buat atas dasar suka sama suka. Bila dah ditinggalkan, menyalahkan teman itu. Malah, lebih memalukan lagi bila dia pula menyebarkan cerita itu secara terang-terangan di laman sosial. Di manakah malumu????

Ramai diantara kita yang hanya sedar bila terlanjur. Puas diingatkan. Berulang-ulang kali telah diberitahu. Sampai satu masa berlaku perkara yang tidak diingini. Kesalahan itu dituju kepada orang lain. Masih tidak melihat dimana sebenarnya kelemahan itu.

Persoalan di sini.... Entah sampai bila keadaan ini akan terus berlaku. Sekarang ini tidak mungkin atau tidak mustahil perkara itu berlaku dikalangan ahli keluarga kita. Kita lihat bagaimana peranan masyarakat kita hari ini. Kita tak perlu tuding jari terlalu jauh. Kita lihat bagaiamana ibu bapa memainkan peranannya dalam hal mendidik anak-anak.

2 komen dari pembaca:

lynmunir said...
This comment has been removed by a blog administrator.
lynmunir said...

Apa yang saudari katakan itu memang betul. Sebenarnya lebih banyak dari kita bertindak sebagai penghukum bukan sebagai pendakwah. Lebih ramai yang ' menyentap ' dalam kata dari menghulur tangan dengan mesra.

Banyak yang merasa hanya diri mereka yang mulia sedang orang lain dosa belaka. Hingga kadang kita terlupa yang kita pun hanya salah seorang dari yang menumpang di bumi Allah ini.

Kerana itu kadang kala saya berpendapat ramai di antara kita selalu bersikap ;
sibuk menunjuk orang berkain singkat, hinggakan tak sedar kain labuh kita menyapu tahi.

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea