- Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.
 - Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan.
 - Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran .
 - Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD.
 - Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu.
 - Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
 - Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan–bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah.
 - Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini.
 - Penyelaras menyediakan soalan –soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan.
 - Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.
 - Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
 - Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.
 - Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah.
 - Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk PMR dan SPM.
 - Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan.
 - Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan.
 - Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain.
 - Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik .
 - Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.
 - Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.
 - Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P.
 - Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan luar seperti PMR dan SPM.
 - Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.
 
20121207
Tugas Guru - Ketua Panitia
GURU KETUA PANITIA MATA 
PELAJARAN  
   Senarai tugas  




0 komen dari pembaca:
Post a Comment