Pages

Come and be with me

20140610

Ulangtahun Kelahiran

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:33 am

Setiap kali meniti usia baru setiap tahun... usia semakin bertambah... Pertambahan usia menjadikan aku bersyukur dengan segala nikmat yang Allah telah berikan. ...

Apa pun ujian dan rintangan daripada Allah adalah cara untuk ku cuba mencari penyelesaian yang terbaik bagi setiap permasalahan..

Pertambahan usia menjadikan aku semakin matang dalam menilai sesuatu yang Allah berikan. Sama ada nikmat atau ujian.. ia penuh dengan hikmah dan pengertian yang aku perlu pelajari dan sesuaikan dalam hidupku. Semoga dengan kehadiran ulangan ujian daripada Allah... aku telah bersia untuk menghadapinya.. sama ada baik atau buruk pun aku perlu terima... supaya nanti aku jelas dapat menilai dan melaluinya dengan hati yang terbuka. .

InshaAllah. .. aku semakin kuat... ditambah dengan kehadiran insan tersayang di sisiku menjadikan aku kuat melalui segala ujian dan rintangan.

Usia mengajar aku untuk bersyukur dan terus bersyukur. Kerana usia bukanlah sesuatu yang perlu disia siakan.. usia ku kini semakin bertambah... Aku bersyukur apa yang Allah telah kurniakan untukku. Aku berdoa semoga hari hari yang mendatang lebih indah dan kami dapat lalui ujianMu dengan sabar dan tenang.

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea