Pages

Come and be with me

20140918

Kenapa lebih mudah bersekedudukan daripada berkahwin?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:12 pm


Pada zaman ini hal yang danggap pelik sudah menjadi biasa. Perkara yang dianggap taboo pun dah diterima dalam masyarakat kita. Entah mengapa keadaan ini menjadi semakin berleluasa…. Kita lihat dimana mana saja anak muda tidak kira remaja dan ada juga yang sudah berumur pun melakukan hal yang sama.




Perkara ini dahulunya dianggap sangat memalukan keluarga. Namun kini, keadaannya seperti biasa. Tiada membawa apa masalah selagi masalah besar belum berlaku.



Hari ini berapa ramai pasangan yang tidak berkahwin lebih gemar tinggal bersama dan berkelakuan seperti pasangan suami isteri. Mungkin tidak perlu bersusah payah mendaftar perkahwinan. Mungkin juga tidak perlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga amanah daripada Allah. Mungkin juga pasangan ini tidak mampu mengadakan majlis yang dirasakannya terlalu mahal. Mungkin juga untuk sekadar berhibur.

Ramai remaja juga kini berani untuk melarikan diri dan tinggal bersama pasangan masing-masing. Mereka berpendapat kebahagiaan dapat dikecapi apabila bersama orang yang dicintai apabila mereka dapat bersama-sama dalam keadaan yang tidak sah.

Mengapa ibu bapa seperti membiarkan hal ini berlaku? Adakah ibu bapa sebenarnya tidak mengetahui akan perbuatan anak mereka? Atau ibu bapa tahu akan apa yang berlaku namun tidak mampu lagi untuk menasihati apatah lagi untuk menghalang perbuatan ini daripada terjadi?

Dan apa yang pelik tapi benar, mengapa mereka sanggup untuk bersekedudukan tanpa ikatan yang sah. Adakah mereka tidak pernah berfikir penghujung perjalanan hidup mereka?
Ada yang kata… .”Jika pernikahan pun boleh berlaku perceraian… jadi mengapa kami perlu bernikah jika sampai masanya kami bercerai juga?”
Mengapa mereka masih mahu menolak kebenaran dengan cara yang salah? Mengapa ada yang sanggup mempertaruhkan kehormatan diri kononnya demi insan yang dicintai secara terang-terangan hal yang salah? Adakah mereka nanti tidak akan merasa malu jika mereka akhirnya berpisah dan mencari pula pasangan hidup yang lain? Adakah semudah itu meletakkan maruah hanya dengan berkata dan bercerita tentang hal-hal lama? Adakah mereka akan bercerita kisah silam mereka?

Mengapa mengapa mengapa diri sendiri sanggup untuk membiarkan kezaliman itu dan menerima kezaliman itu tertanggung pada diri sendiri? Jika pasangan berkahwin apa sahaja yang dilakukan menjadi pahala dan keberkatan. Tetapi bagaimana dengan pasangan yang tak berkahwin ini? Segalanya menambahkan dosa.

Tidak kira remaja atau semua manusia di dunia ini… janganlah pedulikan kata-kata manusia lain dalam menegakkan suruhan Allah. Buatlah yang sekadar semampunya jika itu saja kemampuan kita. Lakukanlah sebaiknya untuk mendapat keberkatan dalam hidup kita. Pahala kita cari dan kita fikirkan ke mana kita halakan anugerah hidup yang Allah beri pada kita.






Jangan salahkan orang lain. Kita dikurniakan akal. Kita fikirkan jalan sebaiknya. Kita boleh bernikah biarpun pada pandangan orang kita terlihat miskin. Itu lebih baik daripada kita bersekedudukan tanpa nikah. Katakanlah berlaku perceraian, kita punya hak untuk mendapatkan bahagian untuk diri sendiri. Kerana itu kita tidak dizalimi. Itulah sebabnya mengapa Islam mewajibkan pernikahan pada pasangan. Selain memelihara kehormatan seorang wanita, ia juga mengangkat darjat wanita itu secara tidak langsung. Perkara ini perlu difahami bukan sekadar sebab yang bersifat sementara kerana yang menanggung akibat itu adalah wanita.



Diharap wanita tidak kira umur perlulah berfikir secara bijak dalam membuat sebarang keputusan. Tidak salah kita berkawan dengan sesiapa saja.. namun pastikan diri sendiri tahu memilih antara yang baik dan yang merosakkan diri sendiri.



Kata orang taubat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun…. Kematian juga datang pada bila-bila masa. Kita sendiri tidak tahu ajal kita bila. Hari ini kita masih mampu memberi senyuman pada orang lain. Belum tentu esok kita dapat menghadiahkan senyuman lagi….. Perjalanan hidup ini terlalu singkat untuk kita melakukan hal yang merosakkan diri kita. Kita sendiri belum tahu azab yang akan kita tanggung di akhirat sana. Entah kita mampu atau tidak…. Allahua’lam.


0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea