Pages

Come and be with me

20140918

When I was a kid - Periuk hitam legam

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:14 pm


Saya telah diajar oleh mak dan nenek tentang mencuci pinggan mangkuk di bilik air. Sebab saya masih kecil… jadi saya membasuh sambil duduk di bangku. Saya mula belajar memasak sejak berumur lapan tahun. Saya diajar cara-cara memasak air… melihat mereka memasak.
Semasa berumur sepuluh tahun, kami tidak lagi tinggal serumah dengan nenek, kerana ibu bapa telah membli sebuah rumah teres tiga bilik. Pada hujung minggu jika ibu saya yang semasa itu bertugas sebagai jururawat di Hospital Sultanah Aminah, saya akan menggalas tanggungjawabnya untuk memasak dan mengemas rumah semampu saya.

Masih ingat lagi pelbagai peristiwa suka duka semasa saya ditinggal dengan dua adik saya yang masih kecil. Seorang berumur lapan tahun dan seorang lagi berumur tiga tahun. Bila lapar saya akan memasak nasi dan menggoreng telur. 

Kadang-kadang buat nasi goreng Adabi terhangus, terkadang terlebih minyak. Tapi masa tu kami makan je apa yang ada. Dalam peti sejuk sentiasa ada makanan frozen supaya senang saya nak masak.

Pernah satu ketika saya membakar roti menggunakan toaster. Entah kenapa masa tu saya nak buat eksperimen. Saya dah siap-siap letak marjerin terlebih…. Tiba-tiba blackout. Masa tu saya tak pandai nak naikkan suis utama tu. Jadi saya diam-diam je la. Takkan nak mintak tolong adik lelaki saya tu… dia pun belum cukup tinggi masa tu. Mana lah sampai nak on kan semula suis utama tu…
Kepala dah naik pening fikir macam mana nak buat… perut dah lapar nak masak nasi tengahari macammana saya fikir….
Saya tak pernah guna periuk biasa untuk masak nasi. Selama yang saya tahu kena masak guna rice cooker elektrik. Sadisnya bila saya fikir balik. Sebab saya tak tau langsung macam mana cara nak masak nasi atas dapur. Masa mak masak saya tak pernah pulak tengok.

Aduhhhhhh….
Akhirnya terpaksalah jugak masak nasi atas dapur guna periuk biasa. Saya pun sukatlah air macam biasa. Tapi bila dah jerang atas dapur api saya memang cuak sangat. Api saya pasang besar masa tu. Tak tau macam mana bentuk nak api besar ke api kecil ke… Memang sangat serabut masa tu.
Lepas tu…. Amik kau… bau hangit seluruh dapur.

Alamak!!!!!!!! Saya tengok nasi dah perang, dengan asap seluruh dapur.
Berderau jugak darah saya masa tu…. Bukan pasal fikir dapur tu… tapi fikir periuk nasi tu dah melekat dengan kerak-kerak nasi hitam pekat melekat kat dinding periuk.
Saya dah buang nasi yang hangit tu.. terus buang sampah masa tu jugak. Kalau tak, mestilah nak tunggu penuh baru lah nak buang. Itu pun asyik saya je yang selalu kena buang sampah.

Saya sental periuk tu dengan bersemangat sekali. Tapi.. masih tak hilang jugak kerak hitam kat periuk tu. Dalam pun hitam, kat luar pun hitam jugak.
Akhirnya saya ambil keputusan untuk sorokkan periuk comot tu dalam setor. Lepas tu saya tak masak la… Saya Cuma buat sambal telur je. Masa mak abah balik mereka Tanya saya kenapa blackout. Saya cakap tak tau. Takut kena marah pasal buat eksperimen kat toaster tu. Lepastu… seramnya pasal periuk mak dah hitam legam tu takut kena marah.

Masa umur saya dah 20 masa kemas setor lepas pindah semula ke JB dari Pontian, barulah jumpa semula periuk comot tu….. hehehhehe….


Tapi masa tu mak dah tak marah pun. Periuk tu pun dah dibersihkan dan dah digunakan semula dah pun. Bila ingat-ingat semula…. Sebenarnya saya takut sangat kena marah dengan mak. Sebab mak garang sangat. 

0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea