Pages

Come and be with me

20140926

Kisah Cikgu Matematik yang garang

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:33 am

Kisah Cikgu Matematik yang garang



Semasa sekolah rendah, saya telah bersekolah di SK Sri Amar, Johor Bahru. Darjah satu hingga darjah tiga saya bersekolah petang. Selepas itu saya bersekolah pagi.
Semasa darjah satu hingga tiga saya telah menunjukkan perkembangan yang baik dalam subjek yang diajar. Saya akui saya agak pemalu namun jika dibandingkan murid-murid lain, ada yang lebih pemalu daripada saya. Kiranya saya ni setengah-setengah.

Alhamdulillah walaupun saya sangat fobia dengan cikgu yang garang sampaikan saya pernah terkencing dalam kelas sebab takut nak minta izin ke tandas. Tapi saya masih ok lagi. Sebab saya rasa itu salah saya sebab terlalu takut untuk mengganggu masa belajar. Walaupun sebenarnya saya dah tak boleh focus sebab menahan kencing.
Setelah menunjukkan perkembangan yang baik, saya dapat masuk ke kelas yang paling hadapan. Kelas 4 Amanah. Bermula dari situ kehancuran demi kehancuran berlaku.

Mungkin bagi sesetengah murid, mereka tidak mengambil berat akan emosi guru yang mengajar. Namun, bagi saya…. Guru yang baik adalah guru yang boleh bertoleransi dan tidak terlalu memaksa dan tidak terlalu membuatkan murid-murid takut. 

Matematik adalah subjek yang saya paling takut. Memang ramai cakap matematik itu susah. Tapi apa yang membuatkan saya lebih susah hati adalah cikgu Matematik yang sangat garang. Kalau tak siap kerja sekolah dicubit dan dirotan. 

Seriously saya tak boleh belajar dalam keadaan yang tertekan seperti itu. Mahu bertanya takut dimarah. Tidak siap kerja sekolah pun didenda. Saya teringat cikgu matematik pernah menyuruh menyiapkan latihan matematik sebanyak seratus soalan kalau tak silap. Paling sedikit lima puluh soalan. Apabila balik rumah saya bertanya kepada mak macam mana nak selesaikan masalah matematik yang diberi dan perlu dihantar keesokan harinya. Memang saya dah menangis malam tu sebab nak siapkan latihan matematik yang diberi. Saya tidak dapat berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan masalah matematik kerana sangat risau akan didenda keesokan harinya.


Akhirnya saya pasrah juga kerana masih terdapat beberapa soalan yang tidak siap. Saya petang bersekolah agama. Bila balik rumah dah sampai lewat petang. Biasanya saya akan tolong mak dulu sebelum saya siapkan kerja sekolah. Saya menyalahkan diri saya kerana tidak mampu menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Saya sangat tertekan.!!!!

Keesokan harinya saya berharap kalau boleh saya pengsan. Tapi saya gemuk waktu itu. Mana mungkin saya akan pitam macam kawan saya yang lebih kurus dan sering hidungnya berdarah.
Semasa kelas matematik, saya dirotan kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Cikgu Matematik itu seperti tidak mempunyai perasaan simpati langsung. Memang sakit bila dirotan. Tapi hati saya sangat sakit waktu itu.

Sejak kejadian itu. Keputusan matematik saya semakin merosot. Saya benar-benar seperti kehilangan kuasa dan kegembiraan apabila belajar Matematik. Kalaulah saya seorang yang berani ponteng kelas. Dah lama agaknya saya buat begitu.



Pada akhir tahun saya mengetahui yang saya dimasukkan ke kelas kelima. Saya semakin hilang upaya untuk terus belajar kerana saya benar-benar rasa tidak dihargai. Keyakinan saya pada waktu itu sudah berada di tahap paling rendah. Kesungguhan saya seperti sudah tidak punya makna apa-apa.

Semasa di darjah enam, saya ditolak masuk ke kelas yang keenam. Kejadian ini membuatkan saya semakin hilang keyakinan dalam usaha untuk belajar dengan tenang. Saya belajar bersungguh-sungguh tapi saya tidak dapat mencapai apa yang saya inginkan. Ia seperti dihalang oleh batu yang amat besar dan berwarna hitam. Saya seperti tidak nampak lagi cahaya yang menerangi diri saya semasa di darjah satu hingga darjah tiga dahulu.

Sewaktu itu saya belajar hanya bergantung kepada keajaiban. Saya amat berharap agar keajaiban dapat berlaku apabila saya menduduki mana-mana meja. Keyakinan saya telah benar-benar tiada. Saya gagal dalam segala aspek. Saya benar-benar hilang dalam diri sendiri.

Mungkin saya tak patut salahkan orang lain. Tapi sewaktu itu, saya tidak mempunyai kekuatan untuk berbincang dengan keluarga. Saya juga tidak punya kawan yang rapat dan saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk berbincang dengan mereka. Sampailah suatu masa…………….. nanti saya cerita.

….


0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea