Pages

Come and be with me

20140926

Tingkatan 3… PBS… PT3 lah and whatsoever

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 11:44 am

Tingkatan 3… PBS… PT3 lah and whatsoever



Sebut pasal UPSR semua dah tahu yang tahun ni paling worst untuk mereka sebab berlakunya kes kertas soalan bocor. Sabar lah, ujian kecil daripada Allah. Dalam nak save budget untuk PMR yang digantikan dengan PT3, datang pula masalah lain daripada UPSR. Kalau nak sebut pasal UPSR ni nantilah saya kupas., sebab saya nak cerita pasal isu tingkatan tiga.


Bermula dari tahun 2011 KPM memperkenalkan system PBS. Masa tu saya baru dipostingkan. Agak kabur lagi masa tu. Saya rasa semua cikgu pun sama. Apa ke benda lah pulak tu???? Rupanya ia merupakan satu transformasi untuk menjumudkan PMR dalam erti kata lain nak mansuhkan sijil PMR dan digantikan dengan system Pelaporan.


Awalnya PBS ini seperti benda baru yang sangat memeningkan kepala otak cikgu-cikgu. Mana tak nya, kena bina soalan beraras rendah, sederhana dan tinggi. Nak pula disesuaikan dengan tahap pemikiran murid-murid. Kemudian dua fail perlu wujud. Fail Perkembangan Murid (FKM) dan Fail Showcase (FS) perlu ada untuk dimasukkan eviden murid. Datanglah pula kertas-kertas yang perlu dicetak sampaikan pada tahun 2013 kertas tidak cukup di sekolah untuk direzo (dalam stok kehabisan) dek penangan PBS.

Mesyuarat jawatankuasa dalam sekolah pun ditubuhkan, ada setiausaha yang akan mengingatkan tentang fail.. kemaskini fail dan eviden murid. Memang lepak nak isi boring eviden. Kemudian, dipermudahkan pula dengan penghasilan buku-buku latihan yang kini mempunyai aras dan boleh membantu guru. Walau bagaimanapun, ia tetap juga terikat. Its not practical at all. Sebab seriously saya adalah orang yang paling malas malas dan paling malas nak susun eviden masukkan dalam fail FPM. Dahla fail tu dalam bilik yang kena naik turun tangga. So, memang saya malas.

Tahun 2014, dimaklumkan pula pada April dikaji semula. Namun hakikatnya PBS tidak pernah dimansuhkan. PBS tetap berjalan seperti biasa namun, eviden berangkai telah ditiadakan. Hanya dirumuskan kepada skop yang lebih mudah. Sekurang-kurangnya guru dapat mengurangkan beban untuk terlalu mengikut flow yang diingini.

Bagi pelajar tingkatan tiga….. pada bulan Julai baru diperkenalkan bentuk soalan sebenar PT3. Yang menjadi musykil mengapa bentuk-bentuk soalan ini tidak didedahkan sedari PBS 2011 lagi? Mengapa PBS dulu hanya dikatan tidak wujud ujian sumatif. Hanyalah ujian-ujian formatif. Tapi bila murid-murid dah naik tingkatan 3 dan baru dapat melihat skop dan bentuk soalan seperti ini, ia seperti kejutan. Kejutan yang membingungkan. 

Dunia hari ini…. Antara dunia peperiksaan dan dunia murid itu sendiri berada dalam dua dimensi yang berbeza. Murid hari ini penuh dengan gadget dan aplikasi android merasakan buku teks yang ada tidak memadai. Mungkin murid-murid di asrama lain pula.

Pengenalan bentuk soalan PT3 ini dianggap agak lewat pada pendapat saya. Yang pasti, PT3 ini sebenarnya menjimatkan kos guru-guru yang menjadi Pengawas Peperiksaan sekaligus guru yang menanda kertas peperiksaan. Saya setuju kerana keadah ini lebih praktikal. Lagipun murid tingkatan 3 tidak sesuai untuk bekerja. Jika mereka ingin melanjutkan pengajian ke sekolah berasrama penuh, mereka tetap akan menjalani ujian piawaian yang telah ditetapkan oleh mana-mana sekolah yang berasrama penuh. Keputusan PMR tidak dipertimbangkan di situ. Lagipun pencapaian itu hanyalah pengukur untuk tahap murid dan hanya digunapakai sebagai langkah untuk men streaming kan murid semasa di tingkatan empat. Itu pun saya belum nak lebarkan cerita tentang kelemahan streaming.


PT3 lahir dalam empat bentuk ujian utama. Terdiri daripada PAJSK (latihan fizikal), ujian mendengar & bertutur, ujian psikometrik dan ujian bertulis. Ujian bertulis pula dibahagikan dengan tiga bahagian lain. Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Kajian Kes. Bermula pada bulan Ogos (Kajian Kes) dan Ujian Lisan, September (Ujian Psikometrik) dan akan datang pada bulan Oktober (Ujian Bertulis). Ini yang dikatakan ujian pelbagai instrument. Belum termasuk agihan bentuk soalan setiap mata pelajaran. Bentuk soalan adalah berbeza dan lebih kepada bentuk soalan subjektif pelbagai instrument.


Kalau anda jadi murid tingkatan tiga, anda mungkin mengalami stress, muntah-muntah dan cirit-birit yang berpanjangan. 


Dalam pelaporan itu nanti akan wujud 13 pelaporan untuk menerangkan tahap murid itu sendiri sama ada mereka telah melepasi tahap keupayaan mereka atau tidak. Ibu bapa sendiri boleh menilai prestasi anak mereka.
PBS akan diambilkira sebagai pelaporan bagi setiap mata pelajaran termasuk jawapan bagi kajian kes (Sejarah dan Geografi), juga keputusan mata pelajaran lain. Semuanya diambilkira.
Ada yang cakap PBS itu apa??? Dan mereka ada yang gelar PBS sebgai (Pandai Bodoh Sama). Mengapa? Kerana ia bergantung pada usaha murid itu untuk mendapat tahap keupayaan mereka. Jika mereka memang langsung tak datang sekolah, tak mahu menjawab soalan, yang dimaksudkan di sini bukan pelajar lemah…. Kerana pelajar lemah juga mempunyai tahap untuk mencapai band masing-masing.

Bagi PT3 tahun 2014 saya masih belum pasti sama ada sinar atau sirna. Kerana melihatkan murid itu sendiri saya kurang yakin dalam menetapkan headcount. Masih samar untuk menjangkakan keputusan mereka kali ini. Dalam percubaan kali kedua yang lalu, hanya sedikit yang mengalami peningkatan. Manakala yang lain mengalami penurunan. Untuk melepasi tahap cemerlang (bagi mata pelajaran KH-KT… saya ajar) belum jelas kemampuannya.


Masa semakin suntuk untuk membuat pencerahan atau mencapahkan bentuk ulangkaji yang sesuai. Mungkin saya perlukan masa untuk membuat lebih banyak cara dan kaedah dalam usaha untuk meningkatkan daya kefahaman murid bagi kertas yang diambil ini.

I’m so pity for them. Apa pun usaha untuk membantu murid-murid ini tetap diteruskan. Walaupun PBS dan PT3 bukan sekadar retorik, ia sememangnya menguji pengajaran guru dalam PdP.


0 komen dari pembaca:

 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea