Pages

Come and be with me

20130214

unsung heart

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 4:16 pm 0 komen dari pembaca
Terkadang aku selalu berfikir di kala sendirian.. Berfikir mengapa diri ini sukar diterima...
Aku selalu terfikir di mana silapku...Aku tak mampu menghalang kuasa Tuhan untuk dipertemukan jika itulah takdir dan jodohku. Aku percaya Tuhan telah memberikan aku sesuatu yang terbaik dalam hidupku.

Dan jika itu ujian buatku, aku terima dan redha dengan apa yang berlaku. Kerana aku pasti ujian Allah itu sangat hebat bagi mereka yang benar-benar hebat. Dan semestinya aku tidak pernah menyangka untuk berhadapan dengan semua takdir Allah ini. Apa pun aku bersyukur.

Aku tidak tahu entah sampai bila penolakan diri ini akan berlaku. Tidak ada yang lebih hebat daripada penolakan ini. Dan aku sering menyalahkan diriku tentang semua ini. Indah khabar dari rupa. Itulah yang aku lalui... Namun, aku tetap berfikiran positif. Positif untuk menghadapi segalanya. Aku serahkan pada Tuhan di saat aku benar-benar merasakan terpukul oleh semua ini.




Segalanya dilalui dengan ekpress. Namun aku belajar.. Belajar untuk menghadapi segalanya. Walaupun bukanlah sesuatu yang mudah, namun aku tekad untuk mempelajari dan melaluinya. Apa yang pasti aku masih belajar untuk melaluinya.

Entah di mana silapku... Hingga ke hari ini bila aku sedar.. Aku baca.. Aku tahu penolakan itu masih ada. Aku ini tidak mahu diwujudkan dalam hubungan ini. Apa yang aku boleh lakukan adalah berdoa. Kerana tidak ada yang mampu untuk memahami keadaan ini. Siapa pun boleh mengatakan apa sahaja kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang diperlukan dalam sesuatu hubungan.

Sebuah hubungan semestinya memerlukan komitmen, saling percaya mempercayai, memberi kekuatan, melengkapi kekurangan, menyemai benih cinta dan semangat. Kerana itulah kekuatan dalam sebuah perhubungan. Dan tidak semua manusia mampu untuk berusaha ke arah itu. Tidak semua orang juga mampu bertahan untuk itu. Malah ramai yang mencemburui akan hal itu. Ternyata dalam hal ini sahaja banyak yang perlu dilakukan untuk terus bertahan. Tambahan lagi adanya penolakan yang nampak tidak ketara tetapi sebenarnya amat jelas.

Aku tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh orang lain.. kerana pemahaman dan penerimaan kita berbeza-beza. Apa pun aku tetap kuat untuk melalui semua ini kerana aku tahu apa yang aku inginkan. Dan aku tahu untuk apa aku bersusah payah melalui semua ini dan yang jelas-jelasnya penolakan ini. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana tidak semua orang mampu menghadapi kenyataan.

Aku bukanlah manusia yang terlalu kuat, namun aku percaya bahawa Tuhan semestinya punya rencana untuk aku. Dan aku yakin aku dapat melalui semuanya dengan izin Mu Ya Allah..
Terima kasih kerana masih memberikanku ketabahan hati untuk melalui segalanya.


20130201

Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:33 pm 0 komen dari pembaca
Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?


Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?


Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.



Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.


Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.


Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita.

Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.


Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.

1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.



Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.

Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.


Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif (push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Sumber : http://penpatah.blogspot.com/2011/10/kenapa-lelaki-tinggalkan-wanita.html

Perangai GADIS yang buat TERUNA meluat!

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 6:24 pm 0 komen dari pembaca
 
Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!



1. Angkuh & Materialistik


Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.


2. Pasif Luar Biasa


Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.


3. Queen Control


Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!


4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri


“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan tadi kepada si dia.


5. Membebel &Mengeluh

Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.


6. Terlebih Berdandan


Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.


7. Bercerita Tentang Lelaki Lain


Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.


Satu-satunya banduan wanita di Penjara Lelaki yang tidak diketahui umum

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:55 am 0 komen dari pembaca
Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?
Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.












Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami


Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?


kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.
Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.

Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini.

Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!!

Yvonne Ridley mendedahkan kisah Dr.Aafia
http://www.youtube.com/watch?v=5-RfyiE1_YU&feature=player_embedded

20130130

Maulid Rasul SAW 2013

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 8:51 pm 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum wth...

Akhirnya sempat juga saya luangkan masa untuk menaip blog ni...

Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Allah sebab dapat berkesempatan ke suatu majlis di Masjid Bukit Antarabangsa lalu....


Walau sesibuk mana pun, kalau berkesempatan ke masjid, insha Allah, paksa juga kaki ni melangkah ke masjid. Apa yang paling suka sekali bila ada ceramah. Ceramah pula disampaikan oleh orang yang benar-benar dapat membangkitkan perasaan. Tak lain tak bukan.. Utz. Habib Ali Zainal Abidin...

Setiap kali ke masjid bila ada ustaz Habib ni.. sebab beliau dapat membangkitkan cinta pada Rasulullah SAW. Setiap kali dengar kata-katanya.. Terusik.. Rasa kagum dengan Nabi Muhammad SAW. Perasaan boleh jadi sedih... Insaf dan sangat mencintai Rasulullah. Tidak ada unsur-unsur politik. Yang ada hanyalah keagungan dan pujian kepada Allah dan RasulNya.

Di bawah ini saya sambungkan rangkaian untuk saudara-saudari mendengar ceramah beliau.
Jarang saya berasa kagum dengan orang-orang alim.. Kita sukar mencari manusia yang dapat membuatkan kita rasa kagum kepada Rasulullah SAW.


Ceramah Maulid 2013 _Ustz Habib Ali Zainal Abidin



Dan di bawah ni saya sertakan kepada sesiapa yang nak dengar nasyid versi bahasa arab yang kita panggil qasidah.... Nah... anda boleh click sini --> Qasidah

Seriously dulu saya tak tau apa itu qasidah.. tapi sejak pindah ke sebuah tempat tak lama dulu, saya diperkenalkan dengan muzik ni. Ianya lebih indah bila kita dapat hayati maksudnya.

Masa saya ke masjid ni dan dengar qasidah ni airmata saya mengalir.. sebab qasidah ni menceritakan kisah (sirah) hidup dan kehebatan Rasul SAW. Dihidangkan paparan skrin untuk bacaan dan maksud bagi qasidah tu. Subhanallah..... Sedih... Bukan sedih sebab apa... Sebab kita nak syafaat Rasul di akhirat nanti.. Tapi ilmu kita, amalan kita.. jauh sekali daripada cerminan muslim/ muslimah sebenar.
Tak malu kah kita nanti di akhirat bila mana kita hanya mengaku umat Nabi SAW tetapi kita tak pernah pun ikut apa suruhan dan tegahan Rasul. Bahkan untuk berselawat pun kita kedekut. Bila susah kita cari Tuhan.. Bila sakit baru ingat Allah.. Itupun adakalanya kita menyalahkan.

Kalau fikir-fikir semula adakah kita ni layak diberi syafaat???


20130119

AKU Part II

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 7:19 pm 0 komen dari pembaca
Ketika pertama kali menyambung pelajaran di politeknik ...Sabak Bernam. Aku rasa perpisahan kali ini agak jauh dengan keluarga. Namun aku dah biasa berjauhan dengan keluarga.

Kalau nak kata kelakar... Mungkin inilah yang kelakar.. Sebab inilah kali pertama aku punya handfone. Mungkin kalau orang yang baca akan gelak sakan. Ye la.. nak buat macam mana.. Masa ni ada fon pun sebab dah berjauhan dengan keluarga. Beli yang paling murah, Nokia 1100 rasanya.

 
Haa.. ini lah dia first fon tu.
 


Tapi fon ni la yang paling berharga dan paling istimewa yang pernah aku ada. Penghubung untuk semua. Sampaikan keypad tu pun dah jadi kuning dan nombornya pun hilang. Lama jugak lah guna.. Sampai habis belajar.

Bersyukur apa yang ada kan? Tapi fon ni dah tak wujud dah. Entah kat mana dah dicampak. Hehehe..
Apa pun.. nombor fon first ni paling diingatlah.. 0197857395. Hehehe.. Nombor ni pun entah wujud lagi ke tak pun tak pasti. Yang pasti sekarang dah ade no lain yang lebih senang ingat..tapi tak payah nak offshow la kan.

Life di kampus.. dengan batch pertama.. Bukan lah ada apa-apa sangat. Bukan senang dan gembiralah berada di situ. Tapi disebabkan cinta yang mendalam pada ilmu.. Aku terima segala kekurangan yang ada. Bersyukur sangat-sangat. Sebab masa duduk di asrama skewl dulu sangat lah teruk. Bayangkan 28 orang dalam satu dorm. Mungkin ada yang tak boleh bayangkan. Tapi bagi yang melaluinya.. Aku rasa ia azab. Sebab aku sampai dapat penyakit kulit yang teruk masa duduk asrama skewl dulu. Sebab tu bersyukur sangat-sangat dengan keadaan yang di kampus.

Nak cerita pasal belajar... Masa tu keadaan kat situ, bahan belajar pun tak seberapa. Sebab dalam library pun belum ada buku dan bahan ilmiah. Semua nak kena cari. Memang survivor lah pasal belajar. Nak cari dalam internet pun susah. Kedudukan kampus dengan jalan besar adalah dalam 28 km. Sejauh itu jugaklah nak cari bahan keperluan. Dengan keadaan pengangkutan pun terhad. Kalau nak balik kampung atau ke pekan kena telefon prebet sapu. Teksi yang ada kat pekan pun hanya 2 saje. Jadi isu jugaklah masa tu sebab pemandu teksi bengang orang asyik telefon prebet sapu. Eh, kita nak cepat... Takkan nak tunggu lama-lama.

Isu keselamatan lah masa tu sangat diambil kira. Yelah.. Kita risau gak kan.. Dok tempat orang.. Tawakkaltu 'ala Allah je masa tu. Niat kita baik. Alhamdulillah, duduk sana 3 tahun pun tak ada apa-apa yang berlaku.

Masa semester pertama belajar keadaan agak tertekan. Bila rindu nak balik kampung tapi tak dapat, terpaksalah duduk dekat tepi kolam yang bersebelahan dengan Pusat Islam. Kat situlah tempat nak tenangkan fikiran sendirian. Menyedut udara nyaman. Kalau ada kawan berjalan-jalan. Ingat lagi masa tu nak balik pun berkira-kira. Bila cuti panjang je baru balik. Ye lah.. bukan ade duit sangat pun masa tu. Budget sangat-sangat.

Lepas semester yang kedua.. ketiga... keempat... dan keenam.. keadaan makin stabil dan makin kerap la balik ke johor. Perjalanan pun bukan sekejap. Nak balik ke kampung ke, nak balik ke kampus ke... Mula-mula naik teksi/prebet sapu sampai ke pekan, lepas tu beli tiket sama ada ke KL/Klang. Kalau dah takde tiket ke KL, terpaksalah ke stesen Klang. Lepas tu barulah boleh beli tiket ke Johor Bahru.

Pernah sekali, bertolak dari JB pukul 8pagi sampai di kampus hampir pukul 12 malam. Masa tu menangis jugak sorang-sorang. Dah la balik pun sorang-sorang. Kawan yang balik pun ade yang sampai KL je. Jadi nak tak nak terpaksalah balik sendiri. Naik bas dari JB tu ke Klang, sebab masa tu nak ke KL takde. Jadi, bila sampai selangor, bas pun menghala ke UITM dulu, lepas tu barulah ke KLang. Sampai di Klang cari bas ekspress ke kampus sold out. Mana tak sold out, bas yang ke kampus tu bukan banyak pun. Kaunternya pun ikut masa dia je jual.

Terpaksalah naik bas lompat-lompat. Masa ni terpaksalah bersaing dengan manusia pelbagai kaum dan negara. Semua berebut nak naik. Last-last dapat jugaklah naik bas. Tapi sampai ke Kuala Selangor. Lepas tu sambung lagi naik bas untuk ke Sabak Bernam. Sampai di stesen K.Selangor pun hari dah petang dan maghrib. Masa tu cuaca dah gelap dan nak hujan. Akhirnya naik bas ke Sabak Bernam. Dalam bas tu nasib baik jumpa lagi dengan budak-budak poli yang sama. Kalau tak sure menangis sorang-sorang dalam bas.

Akhirnya, sampai jugak di stesen bas pekan Sabak Bernam. Lepas tu, barulah naik prebet sapu.... HUhuuuuu... Sampai je depan pintu pengawal... Dapat sign warna merah. Masa tu dah rasa macam bengang. Tapi lantak la.. Yang penting selamat gak sampai. Rasanya itulah pengalaman paling sukar.

Kadang-kadang tu menabung sikit-sikit, sampai masa korek balik tabung. Hehe..

Masa final sem enam, aku duduk dengan kawan yang sama-sama orang JB gak. Dia banyak nasihatkan aku supaya jangan makan makanan segera. Sebab tak baik untuk kesihatan. Biarlah susah macam mana pun, mesti makan nasi. Walaupun lauk kicap dengan telur je. Alah... biasalah kalau duk kat kampus mesti kenal 'nasi set', 'nasi dara' dan 'nasi teruna'. Tapi lain tempat, lainlah pulak namanya. Sebenarnya sama je... Nasi putih, letak kicap, letak telur / hotdog/ dengan sup. Itu pun dah memadai.

Bercakap pasal pinjaman PTPTN... Bukan tak dapat. Dapat, tapi duit tu tak guna untuk makan pun. Untuk beli buku-buku dan barang keperluan belajar. Dapat pun pinjaman separuh. Ok lah tu. Biarlah, daripada dapat banyak lepas tu lebam nak bayar balik.

Sebab tu bila part makan tu...Nak kata mewah tu takla. Tapi... dengan tulah membuatkan aku rasa bersyukur sangat-sangat dan sangat menghargai apa yang ada. Mungkin orang lain pun ada pendapat masing-masing, tapi terpulanglah.

Aku ni bukan jenis nak minta-minta kat bapak. Apa yang diberi aku amik. Kadang tu nak mintak pun rasa serba salah. Serius serba salah nak mintak lebih-lebih. Biasa aku mintak pun untuk tambang balik kampus dan makan RM150 - 200 je sebulan. Aku tak berani nak mintak lebih-lebih.

Masa sem 6 tu memanglah banyak gila pakai duit. Masa tu ada buat projek akhir, terpaksa keluar cari bahan. Pegi ke pejabat-pejabat kerajaan. Pinjam kereta kawan. Nasib baik dia ada kereta, dan masa tu pun aku dah pass lesen memandu. Memandu pun manual je. Bukan auto. Kereta lama gitu. Kereta apa?? Kereta toyota. Tapi dah cantik, di touchup masa tu. Kalau lalu, orang mesti tengok. Ye lah, kereta lama, yang bawa pun perempuan.

Kesusahan sebenarnya banyak mengajar cara hidup yang lebih baik untuk aku. Aku jenis jarang keluar dengan kawan-kawan. Kalau kawan kelas pun biasa join dengan perempuan. Even, kalau ade buat event berbuka puasa kelas pun aku tak pegi. Banyak sangat yang nak kena fikir. Bab duit ni aku sangat-sangatlah berkira untuk guna. Aku takut lari budget. Sebab tu aku jarang join. Aku tak kesah pun kawan-kawan nak cakap ape. :)

Sekian dulu aku utk Part II.




20130116

KELUAR MALAM : Sejauh mana relevannya?

Dicoret oleh; Nurain Shukree at 9:04 am 0 komen dari pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Allah SWT menjadikan siang dan malam sebagai putaran alam berganti-ganti bagi membolehkan manusia mengatur hidup. Waktu siang membuka peluang untuk manusia melakukan tugasan seharian mencari rezeki dan memenuhi keperluan lain. Manakala waktu malam adalah peluang untuk beristirehat.

Individu tidak bertanggungjawab telah menjadikan malam sebagai masa mencari mangsa dan memuaskan kehendak nafsu. Tengah malam di bandar besar tidak ubah seperti siang hari dengan dicahayai sinaran lampu dan manusia masih berpusu-pusu dengan tujuan masing-masing.

Untuk memenuhi permintaan ramai orang beraktiviti waktu malam, terdapat kedai serbaneka, restoran, kedai runcit, stesen minyak dan sebagainya yang beroperasi 24 jam. Ini menggalakkan lagi orang menjadikan waktu malam untuk bersantai dan menjalankan aktiviti yang hanya mereka saja faham sebabnya.

Bagi mereka yang terpaksa mencari rezeki atau bertugas pada waktu malam seperti anggota keselamatan, Jururawat, bekerja majlis bandaran dan pengawal keselamatan, berjaga malam memang menjadi kewajipan. Mereka melakukan tugas demi untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan umum.

Tidak elok berjaga

Sebaliknya yang dimusykilkan ialah apakah perlunya kita bersantai dan berembun sehingga lewat malam tanpa sebarang alasan. Bukan sedikit yang keluar rumah apabila waktu sudah melewati tengah malam semata-mata untuk menikmati secaran teh tarik atau roti canai. Ðah tu pula, ada yang mengambil masa yang panjang sehingga pukul tiga atau empat pagi baru pulang.

Amalan ini perlu diubah. Tidak elok berjaga malam kerana banyak kesan buruknya. Individu keluar malam dan balik lewat malam bererti tidak menghargai waktu malam yang disediakan oleh Allah SWT untuk kita berehat di rumah.

Waktu malam juga sebenarnya adalah masa terbaik untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadat sembahyang, membaca al-Quran dan berzikir. Sembahyang sunat pada waktu malam dilakukan oleh mereka yang ingin meningkatkan lagi ketakwaan.

Sesiapa yang tidur dengan niat merehatkan badan bagi membolehkan meneruskan tanggungjawab sebagai hamba-Nya pada hari esok juga dikira membuat kebajikan.


Lebih banyak buruknya
Tidur awal dan mendapat rehat yang cukup membolehkan kita bangun awal dan bekerja dengan produktif pada sebelah siangnya. Allah suka kepada orang yang bekerja dengan gigih untuk mendapat rezeki yang halal.

Aktiviti lewat malam banyak melibatkan perkara buruk. Pusat hiburan, perjudian, pelacuran, kongsi gelap, menyamun, zina, rogol, penagihan dadah, minum arak dan lumba haram banyak berlaku pada waktu lewat malam.

Ibu bapa harus mengawal anak-anak daripada pulang lewat malam. Tidak ada alasan untuk pelajar dan remaja keluar sehingga lewat malam. Yakinlah, jika anak anda suka pulang lewat malam, pasti ada aktiviti tidak baik yang dilakukannya. Anak yang baik menghargai waktu malam untuk bersama-sama ahli keluarga yang lain.
Ðalam hal ini, amat perlu ibu bapa sendiri yang terlebih dahulu mempraktikkan amalan pulang awal. Ibu bapa yang bertanggungjawab menjadi contoh kepada anak-anak. Keluarga bahagia menjadikan waktu malam untuk berkumpul bersama-sama di rumah.

Hargai waktu

Pada waktu malam adalah peluang terbaik untuk seluruh seisi keluarga bermesra, melakukan aktiviti bersama dan berbincang. Kita sepatutnya mengamalkan kembali tradisi orang tua kita dahulu, setiap orang perlu pulang dan berada di rumah sebelum waktu Maghrib.

Bapa mempunyai tanggungjawab berat membimbing ahli keluarga mengikut jalan yang diredha oleh Allah SWT. Tanggungjawab memimpin keluarga perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.

Kebiasaan sikap ibu bapa yang suka keluar malam turut diikuti anak-anak. Anak juga merasakan ingin mencari keseronokan di luar rumah pada waktu malam. Suasana gelap dan sunyi memudahkan untuk melakukan perbuatan tidak senonoh dan menyalahi undang-undang.
Sesetengah ibu bapa keluar malam untuk mencari pendapatan tambahan, sedangkan selebihnya sekadar untuk bersuka ria. Perbuatan ini banyak dilakukan oleh bapa. Bapa yang keluar rumah tanpa keperluan munasabah membuktikan dirinya bapa dan suami yang tidak bertanggungjawab.

Kempen rumahku syurgaku perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Keluarga adalah lambang kebahagiaan hidup. Hargailah waktu malam yang damai dan aman untuk beristirehat atau jika berkeupayaan, jadikan sebagai waktu untuk beribadat. Adalah lebih selamat dan aman pada waktu malam kita berada di rumah.

Waktu malam di luar rumah sebenarnya seram, ganas, melalaikan dan maksiat. Berada di luar rumah pada waktu larut malam mendedahkan kita kepada kejadian buruk.

 Renung-renungkan....
 

Shain Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea